Friday, January 27, 2017

If You Can't Get What You Love Learn To Love The Things You've Got

Assalamualaikum & hi

If You Can't Get What You Love Learn To Love The Things You've Got

If You Can't Get What You Love Learn To Love The Things You've Got | Yes you must learn to love the things you've got. Ada hikmahnya kenapa kita tak dapat apa yang kita inginkan, mungkin itu bukanlah terbaik untuk kita.

Aku sejak dulu impian nak kerja bank tapi sampai sekarang tak sangkut-sangkut. Mungkin dah jodoh aku kerja dengan firma guaman. Mula-mula aku dapat kerja ni dulu serius aku tak suka. Tiap hari aku tak semangat nak pergi kerja dan yang paling teruk aku selalu buat silap sampai bos aku tegur siap bagi warning dengan aku. Yela firma guaman kan so bila buat silap lagi-lagi di depan client buruklah nama firma kan..

Suatu hari aku terdengar lagu Passenger bertajuk Things That Stop You Dreaming dimana dalam lirik tu kata, if you can't get what you love you learn to love the things you've got if you can't be be what you want you learn to be the things you're not. Aku sungguh terkesan dengan lirik tu. Esok dan seterusnya aku cuba perbaiki diri aku, aku cuba untuk bekerja dengan seikhlasnya dan sebaik mungkin.

Dan alhamdulillah, kini aku suka dan selesa bekerja dengan firma guaman. Pesanan aku buat mereka diluar sana yang tak dapat apa yang korang impikan, belajarlah untuk suka apa yang korang dah dapat. Jangan biar perasaan "tak suka" tu tertanam dalam hati dan minda korang sampai terbuat banyak silap macam aku nanti korang sesal.

Tuhan ja yang tahu apa yang terbaik untuk kita so belajar terima apa seadanya yang kita dapat. Sekian.



with love ~ cik itah @ ramaramapendek

4 comments:

  1. betul tu cik itah. belajar untuk suka apa yang kita ada. tq atas prkongsian ni. :)

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat CI. Tak semua yg kita suka kita dapat, jadi belajarlah untuk menyukai apa yg kita ada.

    Mungkin yg kita tak suka itulah yg terbaik buat kita. Bukan ke perancangan Allah tu yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. hehe...impian nak.kerja bank?mcm impian i dulu.tp skrg dah 12 tahun dlm bank.rasa nak buat business..keje apapun ok syg....yg penting kita enjoy kan dlm kerja

    ReplyDelete
  4. kdg2 sesuatu y kita x suka tulah y terbaik utk kita.. itulah rezeki kt..sama mcm lya.. kerja skrang bukanlah pilihan.. tp skrang, dh matang..sgt bersyukur ..sbb inilah rezeki kita kan..

    ReplyDelete