Tuesday, March 22, 2016

Jom Ketahui Maksud Bahasa Pasar Orang Sabah

Assalamualaikum..

bahasa pasar sabah
sumber : Fan Page Facebook Sabahan Dot My
Lima perkataan diatas adalah bahasa pasar yang digunakan oleh orang-orang Sabah. Ada tidak rakan-rakan blogger dari Smemenanjung Malaysia yang pernah datang Sabah dan pernah dengar satu daripada lima perkataan diatas? Tahu apa maksudnya? Hee mesti ramai yang tak faham kan. Biar aku terangkan satu-satu..

Jom Ketahui Maksud Bahasa Pasar Orang Sabah 


1. Miring tu maksudnya lainnya adalah senget.

2. Tapuk itu pula maksudnya sembunyi atau menyorok. Teringat masa kanak-kanak dulu, aku adik beradik selalu main tapuk-tapuk hehehe seronok :)

3. Taris-taris bermaksud berjalur atau garisan-garisan lurus macam skirt dibawah ni;


4. Buyuk pula maksudnya menipu atau main tipu.

5. Limpas itu pula lalu atau tumpang lalu.


Sabahan , betul tidak translation aku? Kalau tak betul..oh teruknya! Hoho


Promotion :

Fly to your next epic adventure in India from only RM159, promo ends 27 March!

10 Chic Hotels Below RM350 That Will Make You See India In A New Light




with love~rrp.cik itah

Monday, March 21, 2016

Cukur Kening Ke Lukis Kening?

Assalamualaikum..

Lama tak update entri. Kesian blog ni huhu. By the way, hari ini si dia ke Pahang nak jumpa ahli #TBA, harapnya selamat sampai. Aku pula masih di Sabah. Maklumlah cinta jarak jauh tapi lagi selamat kan haha tak adalah nak dating every weekend macam remaja-remaja sekarang kan, jimat duit kahkah betul tidak?

Ok stop, back to topic. Adalah satu hari ni tapi aku tak ingat siang ke malam tetiba si dia tanya

"Awakk, awak cukur kening ea?"
"Kenapa?"
"Awakkk..saya tak suka awak cukur kening ea. Mak pun tak pernah buat macam tu"
"Tak adalah. Mana ada. Sy lukis je, tak cukur pun"

Untuk memuaskan hati dia aku send satu gambar wajah aku with no make-up. Then aku cakap kat dia.

"See? Still ori kan"
"Nasib baik. Baguslah macam tu" Smiley.

Cukur Kening Ke Lukis Kening?


Kening ni sebenarnya adalah seri pada wajah seseorang wanita sebab itulah ramai yang suka cukur supaya kening berbentuk dan kelihatan cantik. Tapi sejak-sejak dunia fesyen semakin maju ni, kalau nak bergaya dan nampak cantik tak semestinya kena cukur kening kan. Lukis pun sudah memadai, betul tidak? Akupun suka lukis kening sejak-sejak dah terjebak dengan dunia make-up ni hahaha tapi oklah kan at least kening still original. Kalau tengok sekali nampak macam bercukur tapi sebenarnya tak pun. Mainan make-up semata :)

Cukur kening ke lukis kening? Dia berbeza. Cukur kening, kening akan kelihatan berbentuk dan lawa tapi kena cabut or cukur(alis) bulu keninglah. Lukis kening pula, hanya perlu lukis ja tak perlu nak cabut ke cukur bagai, keningpun akan kelihatan cantik dan berbentuk :)

Nak kening kelihatan cantik berseri? Jom praktis :)

cara lukis kening
sumber : Mira at MK

with love~rrp.cik itah

Wednesday, March 2, 2016

5 Things I Hate Most

Assalamualaikum ..

5 Things I Hate Most

Rules / Syarat Join :
Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

Sudah lama sebenarnya tak join entri tag-tag ni malah segmen dan GA pun dah tak pernah join. Ini adalah yang pertama aku join untuk tahun ni. Join pun sebab jadi mangsa tag hahaha apapun terima kasih kepada blogger Kak Yati sebab sudi tag - semoga dapat merapatkan silaturrahim sesama blogger :)

Sebelum tu nak tanya, tajuk entri ini dalam bahasa English so kena update dalam bahasa Melayu ke English ea? Kalau English..BI aku ni takat 7D ja kahkahkah abaikan!


5 Things I Hate Most


Perkara/Benda Pertama (1st Things) - Bau rokok a.k.a Perokok

Bukan lagi tak suka tapi seriously aku paling benci bau rokok dan aku paling tak tahan nak bercakap dengan abang sulung aku sebab dia adalah seorang perokok tegar. Kalau boleh nak tibai ja kepala dia, nasib baik abang aku hahaha perasaan hormat tu masih ada okay! Apa yang orang suka sangat dengan rokok ni aku tak tahulah padahal bukan sedap manapun..bau busuk ada la. Kalau rasa spageti ke strawberry ke aku tak hairan, aku pun nak. Ini..alamak..!

Perkara/Benda Kedua (2nd Things) - Orang Yang Suka Meludah Merata-rata Tempat

Hah! Ini lagi satu hal. Aku tak tahulah kan perangai mereka-mereka yang suka meludah merata-rata tempat ni. Sudahlah hijau..pekat lagi. Aduh! Geli okay. Kau nak meludah a.k.a buang kahak boleh tapi tolonglah buang ditempat yang sepatutnya bukannya dekat lift or floor yang menjadi laluan ramai. Ubah sikit perangai annoying tu!

Perkara/Benda Ketiga (3rd Things) - Orang Yang Suka Buang Sampah Merata

Hah! Seangkatan dengan perkara kedua tadi. Sudah terang-terang disitu bukannya tong sampah tapi buang sampah dekat situ pasal apa? Aku pernah ternampak seorang lelaki ni..dia makan aiskrim then sampahnya dia pergi buang dekat pasu bunga...adakah patut? Kau tak tahu rupa tong sampah ya?? Sabar sajalah!

Perkara/Benda Ke-empat (4th Things) - Orang Yang Makan Tapi Tak Reti Nak Cuci Pinggan Sendiri

Since aku tinggal menyewa so aku nampak certain-certain perangai housemate aku yang tak berapa aku nak suka. Lepas masak, kuali longgok dekat singki. Lepas makan, pinggan longgok dekat singki. Lepas minum, cawan longgok dekat singki. Semua nak longgok dekat singki, sudah macam KLCC aku tengok. Bila nak cucinya? Apa kau ingat singki tu boleh bersihkan semua ya? Bad habbit!

Perkara/Benda Ke-lima (5th Things) - Orang Yang Tak Pentingkah Kebersihan/Kekemasan

Ini kalau nak terang satu-satu memang panjang so aku ringkaskan contoh orang yang balik kerja then tak reti nak cuci kaki or mandi, terus ja masuk bilik baring atas katil. What the....?? Huh! Contoh kedua orang yang tak reti mengemas, biar ja barang-barang dia bersepah macam tu. Aku yang menengok ni hanya mampu krik krik krik. Nak tegur pun takut kecil hati. Sabar sajalah!

So..itulah dia antara lima perkara/benda yang aku tak suka. Kalau ikutkan banyak lagi aku tak suka tapi lima ni yang menduduki tempat teratas hehehe. Nak tanya Kak Yati , berpuas hati tak dengan entri ni? Haha

Hampir terlupa tag lima orang rakan blogger. Minta maaf buat senarai dibawah ni, anda jadi mangsa tag ;
  1. Blogger Asha Lya
  2. Blogger Kahty R'bain
  3. Blogger Shahida Dzulkafli
  4. Blogger Nurul Yui
  5. Blogger Zie Madini



with love~rrp.cik itah