Wednesday, March 2, 2016

5 Things I Hate Most

Assalamualaikum ..

5 Things I Hate Most

Rules / Syarat Join :
Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

Sudah lama sebenarnya tak join entri tag-tag ni malah segmen dan GA pun dah tak pernah join. Ini adalah yang pertama aku join untuk tahun ni. Join pun sebab jadi mangsa tag hahaha apapun terima kasih kepada blogger Kak Yati sebab sudi tag - semoga dapat merapatkan silaturrahim sesama blogger :)

Sebelum tu nak tanya, tajuk entri ini dalam bahasa English so kena update dalam bahasa Melayu ke English ea? Kalau English..BI aku ni takat 7D ja kahkahkah abaikan!


5 Things I Hate Most


Perkara/Benda Pertama (1st Things) - Bau rokok a.k.a Perokok

Bukan lagi tak suka tapi seriously aku paling benci bau rokok dan aku paling tak tahan nak bercakap dengan abang sulung aku sebab dia adalah seorang perokok tegar. Kalau boleh nak tibai ja kepala dia, nasib baik abang aku hahaha perasaan hormat tu masih ada okay! Apa yang orang suka sangat dengan rokok ni aku tak tahulah padahal bukan sedap manapun..bau busuk ada la. Kalau rasa spageti ke strawberry ke aku tak hairan, aku pun nak. Ini..alamak..!

Perkara/Benda Kedua (2nd Things) - Orang Yang Suka Meludah Merata-rata Tempat

Hah! Ini lagi satu hal. Aku tak tahulah kan perangai mereka-mereka yang suka meludah merata-rata tempat ni. Sudahlah hijau..pekat lagi. Aduh! Geli okay. Kau nak meludah a.k.a buang kahak boleh tapi tolonglah buang ditempat yang sepatutnya bukannya dekat lift or floor yang menjadi laluan ramai. Ubah sikit perangai annoying tu!

Perkara/Benda Ketiga (3rd Things) - Orang Yang Suka Buang Sampah Merata

Hah! Seangkatan dengan perkara kedua tadi. Sudah terang-terang disitu bukannya tong sampah tapi buang sampah dekat situ pasal apa? Aku pernah ternampak seorang lelaki ni..dia makan aiskrim then sampahnya dia pergi buang dekat pasu bunga...adakah patut? Kau tak tahu rupa tong sampah ya?? Sabar sajalah!

Perkara/Benda Ke-empat (4th Things) - Orang Yang Makan Tapi Tak Reti Nak Cuci Pinggan Sendiri

Since aku tinggal menyewa so aku nampak certain-certain perangai housemate aku yang tak berapa aku nak suka. Lepas masak, kuali longgok dekat singki. Lepas makan, pinggan longgok dekat singki. Lepas minum, cawan longgok dekat singki. Semua nak longgok dekat singki, sudah macam KLCC aku tengok. Bila nak cucinya? Apa kau ingat singki tu boleh bersihkan semua ya? Bad habbit!

Perkara/Benda Ke-lima (5th Things) - Orang Yang Tak Pentingkah Kebersihan/Kekemasan

Ini kalau nak terang satu-satu memang panjang so aku ringkaskan contoh orang yang balik kerja then tak reti nak cuci kaki or mandi, terus ja masuk bilik baring atas katil. What the....?? Huh! Contoh kedua orang yang tak reti mengemas, biar ja barang-barang dia bersepah macam tu. Aku yang menengok ni hanya mampu krik krik krik. Nak tegur pun takut kecil hati. Sabar sajalah!

So..itulah dia antara lima perkara/benda yang aku tak suka. Kalau ikutkan banyak lagi aku tak suka tapi lima ni yang menduduki tempat teratas hehehe. Nak tanya Kak Yati , berpuas hati tak dengan entri ni? Haha

Hampir terlupa tag lima orang rakan blogger. Minta maaf buat senarai dibawah ni, anda jadi mangsa tag ;
  1. Blogger Asha Lya
  2. Blogger Kahty R'bain
  3. Blogger Shahida Dzulkafli
  4. Blogger Nurul Yui
  5. Blogger Zie Madini



with love~rrp.cik itah

28 comments:

  1. Bagus Cik Itah..
    Akak bagi 5 bintang hahaha..

    Akak pun tak suka org merokok CI..
    Ingat lagi akak ckp dgn en suami akak..
    Kalau nak nikah dgn saya boleh tak berhenti merokok..
    Kalau tak boleh..
    Tak payah nikah hahaha..
    Lepas tu en suami akak cerita punya dia nak berhenti merokok..
    Dia gi merokok smpi habis 20btg tu..
    Sekali tu dia rasa tak sedap sgt..termuntah2..
    Terus berhenti merokok..
    Dan skrg dia sendiri tak tahan bau rokok.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..berjaya jugak suami akak tinggalkan habit rokok hihi

      Delete
  2. Alamak kita jdi mngsa tag..insyallah da klpgn nnt lya buat
    Serupa mcm kat atas tu kategori2 yg lya x suka hihi

    ReplyDelete
  3. Aduhai punya panjang akak taip..
    Hilang ke cik itah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum approve hihi sebab tu tak muncul :)

      Delete
  4. hee smpt n rajin yui buat ya cik itah =)

    ReplyDelete
  5. kebanyakan perempuan tak suka semua ni..heheh

    ReplyDelete
  6. boleh dikatakan awak sangat pembersih... kalau rokok ada flavor tu, nampak gayanya suruh abg awak hisap vape.. hihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha entah reti ke tidak dia pakai vape..

      Delete
  7. yg meludah merata tmpt tu laa paling pengotor kan.. huhu

    ReplyDelete
  8. Bau rokok mmg melemaskan... slmt bersegmen!!... :)

    ReplyDelete
  9. ssama!!! boni pun tak suka lima2 benda ni.. haha.. pengotor.. tapi.. kalau vape boleh consider lagi tak?? hehehe

    ReplyDelete
  10. bab asap roko u , saya juga tak suka . dah mcm busuk benor baunya kan ...

    ReplyDelete
  11. Zumal benci gak orang yang 5 sikap kat atas tu... eeee tak leh terima

    ReplyDelete
  12. sama la tak suka semua benda ni :( bau rokok lagilah ya Allah sabar ajelah ngan orang suka merokok kat tempat awam ni

    ReplyDelete
  13. Rasanya, ketaksukaan kita perkara-perkara buruk tu sama juga. Tambah-tambah lagi no.1 tu, perokok. Haish.

    ReplyDelete
  14. sama la kita. tak suka asap rokok. nasib la dpt suami yang tak merokok.

    ReplyDelete
  15. euuwww~! meludah siap hijau2.. yekk sangat.

    ReplyDelete
  16. the most hateful habit: buang sampah merata...rasa mcm nak sumbat balik je sampah tu dalam mulut diorang.terbyg je pun rasa dah mmg geram sgt ni..xde sivik namanya...grrrr

    ReplyDelete
  17. Saya merokok sejak 22 tahun yang lampau hingga sekarang....cuma saya rasa bersyukur isteri saya amat memahami dan tidak pernah menghalang walaupun isteri sya seorang guru Ijazah yang pentingkan kebersihan.....Bila harga rokok naik dari RM12.50 kepada RM17 maka secara tak langsung saya rasa macam pembaziran...untuk elakan pembaziran maka setiap hari saya menabung RM20 dalam tabungan rokok...sebulan saya dapt RM600 ....tapi saya still merokok beli yg murah....

    Isteri saya pernah berkata " tidak semua orang itu sempurna aban, abang tak boleh buang tabiat merokok ok x pa ,tapi abang ada kelebihan dari segi lain...pakaian kemas dan segak , penmapilan yang bergaya, sportman...yang mungkin tidak ada pada orang yang tak merokok...." itulah kata kata isteri saya yg amat saya ingat hingga hari ini....
    Maaf kalau ada yg terguris dgn penulisan saya.....hehehehe

    ReplyDelete
  18. meludah merata tu mmg tak boleh tolerate... pengotor tau

    ReplyDelete
  19. 5 perkara yang saya suka

    1 awak
    2 awak
    3 awak
    4 awak
    5 awak

    simple

    ReplyDelete
  20. 5 perkara yang saya suka

    1 awak
    2 awak
    3 awak
    4 awak
    5 awak

    simple

    ReplyDelete