Saturday, September 28, 2013

My First BF


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


arwah ayah


Salam sabtu semua dan selamat berhujung minggu hee. Handsome tak my first boyfriend? Hehe dia adalah lelaki pertama yang aku lihat tau dari zaman baby lagi sehinggalah aku umur 15 tahun sob sob sedih pula terasa. Korang percaya tak kalau aku kata ini la satu-satunya gambar arwah ayah yang family aku ada? Arwah memang tak suka bergambar tau, paksa la macam mana pun kalau dia kata tak nak maka tak nak la jawabnya. Tapi tak apa even tak ada gambar pun wajahnya tetap terpahat dihati :) 
Jika aku rindu si dia la (MR.SECRET) tempatku meluah dan dia selalu pesan " kalau rindu sedekahkan al-fatihah dan surah yasin untuknya " kata-kata itu la yang selalu ku pegang. Sometime tu tengok orang lain bermanja dengan abah diorang rasa cemburu pun ada. Tapi aku bersyukur sebab masih ada ibu , alhamdulillah :) 
Buat korang-korang yang masih ada ayah dan ibu tu hargailah mereka, sayangilah mereka, peluklah mereka seeratnya, kucuplah tangan mereka, bermanjalah sepuasnya dengan mereka, buatlah apa saja yang mampu menggembirakan mereka selagi mereka masih ada.. 


P/S : today and tomorrow aku busy mempelajari sesuatu, apa dia? pssshh rahsia hehe. so tunggu kedatangan Cik Itah ni dekat blog korang korang isnin nanti ya :)



with love~rrp.cik itah

Friday, September 27, 2013

Wordless Friday


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


renungan bersama



P/S : salam jumaat buat semua blogger :)




with love~rrp.cik itah

Thursday, September 26, 2013

Danger : Malware Ahead Part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

PrintScreen from : puangojes.blogspot.com
PrintScreen from : lindarosman.com


Ini adalah sambungan daripada entry INI. Komen daripada Kak Mizz Aiza telah berjaya menarik perhatian aku untuk menulis entry kali ini. 


Daripada maklumat yang aku dapat benda ni berpunca daripada satu link maybe bloglist or something. Korang nampak tak kat pic tu dia kata macam ni : Content from www.lindarosman.com bla bla bla..
Aku tak tahu macam mana nak contact tuan punya blog , facebook PG aku tak tahu nak masuk blog pun tak dapat. Nak minta tolong bagi korang korang atau siapa sahaja yang dapat masuk blog puangojes.blogspot.com boleh tak tolong info kat PG tentang hal ni sekaligus PG boleh remove link yang bermasalah. Toleransi sesama blogger :) terima kasih .




with love~rrp.cik itah

Free Software : Malwarebytes


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Semalam aku scan laptop cabuk aku dan inilah resultnya

free software


Wuu trojan! Patut la laptop aku selalu hang haha well actually aku tak la expert sangat pasal laptop komputer virus ni semua . Ada orang kata memakai antivirus kat laptop tu bagus tapi ada jugak yang kata tak pasang antivirus lagi bagus sebab virus tu takkan kacau bila kita tak kacau diorang (scan virus). Aku tak tahu la mana satu yang betul dan mana satu yang lebih tepat. Aku tak pakai kot antivirus kat laptop cuma aku install software remove virus (remove tool) ja iaitu malwarebytes kadang sekali dalam dua minggu aku akan scan laptop. Tapi antivirus atau remove virus (remove tool) ni sebenarnya lebih kurang sama sahaja bezanya kadang antivirus ni dia automatik scan bila kita cucuk pendrive. Dulu aku pakai kaspersky tapi disebabkan malas nak renew lesen aku uninstall haha aku tak suka benda-benda cerewet ni tapi aku sendiripun cerewet jugak. Macam mana tu..:D So sekarang aku pakai free software ja la hahaha :D


P/S : aku selalu download kat SINI. pelbagai macam software yang ada, mana la tahu korang berminat nak pakai free software macam aku maybe xoxo :P



with love~rrp.cik itah

Tuesday, September 24, 2013

Hanya kerana komen


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

sebelum tu aku nak minta maaf kat En.Fais dan Cik Eiqaa 
sebab aku printscreen komen korang tanpa izin hee hee hee jangan marah :D


klik untuk tumbesaran


Komen tu aku rembat kat blog Cik Eiqaa entry Air yang dicincang tidak akan putus.
Da habis aku baca entry tiba la masa untuk drop komen.
Tetapi membaca komen diorang buat aku terlupa nak komen apa.
Entah kenapa aku rasa ada kelucuan disitu tanpa aku sedar aku da terketawa macam orang gila hahaha :D

Customer tanya " Aikk , kenapa ketawa??"
Aku " Huh? Opss..err...aa..rrrr..grr..". Tak tahu nak jawab apa. Maluuu T.T


P/S : Banyak blog yang aku tak sempat terjah balik . sorry banyak+++





with love~rrp.cik itah

Danger : Malware Ahead


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


malware


Pernah tak korang ada situasi ni,
baru nak mula seronok baca entry satu blog tu tetiba saja keluar benda ni?
Opss sedihnya tak dapat baca habis entry dia T.T


P/S : Kenapa jadi macam tu ? Apa puncanya?



with love~rrp.cik itah

Monday, September 23, 2013

ChurpChurp I Am Blurr :D


Assalamualaikum dan salam sejehtera :)


Okay guys i'm back. Baru dua hari kot aku tak online churp churp da ubah layout. Seriously aku tersangat la blur nak guna hahaha. Siapa yang baik hati tu boleh kongsi tak macam mana cara nak ambik gambar setiap campaign tu then nak buat dia jadi kecik macam kat bawah header aku tu? Aku tak reti la korang hoho. Dah la wifi sekarang ni banyak buat hal ee ee ee geram! Kalau aku tetiba menghilang tak terjah balik blog owesome korang tu faham faham saja la ya :(







with love~rrp.cik itah


Friday, September 20, 2013

Ice Age 4


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Nak tanya. Suka tak layan cerita kartun kat bawah ni?

cartoon

kartun


Kartun ni bertajuk "Ice Age 4 Continental Drift". Aku suka sangat layan sebab cerita dia lucu namun tetap ada pengajaran yang tersirat. Kartun ni lebih kepada kekeluargaan dan persahabatan.

P/S :
Nak bagitahu korang ini last update sebelum aku menghilang untuk beberapa hari. 
but don't worry sekembalinya aku nanti aku pasti akan terjah blog hebat korang tu.
kalau ada sepuluh entry korang yang aku tertinggal 
sepuluh sepuluh tu jugak pasti akan ku baca dan komen haha
 Gonna miss guys!

As salam :) take care of you , sahabat alam maya hee <3




with love~rrp.cik itah

Wordless Friday


Assalamualaikum dan salam sejehtera :)

wordless friday

Nampak tak? Jelas tak? Huhu okay bagi yang kurang jelas aku senaraikan kat bawah ni ye..

  • Mandi dan membersihkan diri bagi yang mahu menunaikan solat jumaat
  • Memotong kuku
  • Mencabut bulu ketiak, menggunting misai, mencukur bulu ari-ari
  • Memakai wangi-wangian, minyak rambut
  • Memakai pakaian bersih dan cantik warna putih sangat digalakkan
  • Membaca surah al-Kahfi pada malam jumaat dan siangnya
  • Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah
  • Memperbanyakkan doa
  • Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti bersedekah
  • Datang awal ke masjid
  • Mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid
  • Diam ketika khutbah


cute bag
Baru sampai semalam daripada Latina/Nataria. Cute tak? 
Hihi beg budak-budak kan haha sekali sekala :D


P/S : Salam jumaat buat Adam dan Hawa <3




with love~rrp.cik itah


Thursday, September 19, 2013

Wordless 2 : Status FACEBOOK


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


wordless 2



PrintScreen from Facebook
Ni fake account ke apa aku tak pasti, yang aku pasti orang ni ada pm aku then bila tengok profile semuanya berunsurkan seks termasuk timeline cover. He's not in my friendlist.


P/S : Apa komen korang??



with love~rrp.cik itah

Wordless 1 : Open & Close


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

wordless 1


Signboard tertera OPEN. That person tanya : "buka ke?"
Signboard tertera BUKA. dan people masih bertanya : "buka ke?"

grrr........!!





with love~rrp.cik itah

Tuesday, September 17, 2013

Sihir VS Buatan Orang


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Entry ini agak panjang dari sebelum-sebelum ni.

sihir


Apa itu sihir? Sihir selalunya dikaitkan dengan bomoh dan dukun dan selalunya dirujuk sebagai perbuatan orang. Bahan yang digunakan untuk sihir selalunya bergantung kepada tukang sihir itu sendiri. Sihir ini jugak dikenali sebagai santau atau ilmu guna-guna untuk menganiaya orang lain. Santau dilakukan dengan dua cara iaitu cara fizikal (makanan) dan cara santau angin. Dalam islam perbuatan menganiayai orang sangat dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi melalui cara halus seperti perbomohan, sihir atau ilmu hitam.

Punca sihir?  Masalah perniagaan, cinta, rebutan pangkat dan kedudukan dalam masyarakat, rebutan harta pusaka, perasaan marah dan hasad dengki, untuk mencuba kehebatan ilmu dan sebagainya.

Hukum memulangkan sihir? Kalau kita nak kembali sihir kepada si pembuat kita juga sama tarafnya seperti si pembuat, berdosa besar. Tak terampun dosa sebagai penyihir tu kecuali Allah yang Maha pengampun itu mengampuni. Faktanya memulangkan sihir dengan sendirinya telah membuatkan jin sihir itu mengganggap si pemulang sihir adalah sebagai tuan barunya.

Jenis-jenis sihir. Terdapat 9 jenis sihir iaitu Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri), Al-Mahabbah, Takhayyul, Al-Junun, Al-Khumul, Al-Hawatif, Al-Marad, Nazif dan Ta'til tawaj. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal sihir ni korang boleh klik kat SINI , SINI dan SINI.

Mesti korang hairan kan kenapa aku tetiba share pasal sihir ni? Aku sebenarnya nak share dengan korang sihir-sihir yang popular kat Sabah terutamanya kat tempat aku iaitu Kota Belud. Bukanlah popular tetapi yang selalunya terjadi. Ada dua jenis sihir yang selalunya orang akan terkena iaitu semaeih dan lontong (bukan lontong yang makanan tu ya hehe jangan silap). Itu dalam bahasa Bajau la. Melayunya aku kurang pasti tapi rasanya itu termasuk dalam kategori santau

Sihir vs Buatan Orang


First aku terangkan pasal lontong. Lontong ni pada permulaanya nampak macam sakit-sakit biasa ja just like demam, rasa sejuk apa semua tapi bila da lama orang yang terkena sihir tu akan hilang selera makan, tak dapat buang angin, tak dapat buang air kecil dan buang air besar. Apapun tak boleh dan yang paling teruk bila perut dia membesar macam orang mengandung. Selalunya lontong ni si pembuat sihir akan letak dalam makanan atau tanam dekat tempat tertentu. Sangatlah bahaya bila kita termakan atau terlangkah benda tu. Lontong ni kalau tak dirawat secepatnya ia boleh menyebabkan kematian di mana perut yang membesar tadi akan pecah terburai. Korang pernah tengok lakonan Awal Ashaari dengan Fizz Fairuz tu? Something like that la. Tapi satu yang aku tak tahu pasal lontong ni bahan yang si tukang sihir guna.

Semaeih ni pula ada tiga peringkat di mana peringkat ketiga tu paling bahaya juga boleh menyebabkan kematian. Semaeih ni dia akan melekat seumur hidup tau. Semaeih peringkat pertama dan kedua boleh diubati tetapi orang yang pernah terkena sihir ni akan berpantang seumur hidup. Antara pantang dia yang aku tahu la, orang yang terkena tu tak boleh melihat orang yang telah meninggal (mayat), tak boleh makan makanan yang berlubang tengah seperti kangkung, kacang panjang dan seumpamanya dan limau nipis. Semaeih peringkat ketiga selalunya jarang berlaku tetapi bila terkena ia memang sukar untuk dirawat dan sihir tu kita akan bawa sampai mati. Nak tahu sebab apa? Sebabnya salah satu bahan yang si tukang sihir ni guna adalah air mayat orang yang da mati. Thats why aku kata Semaeih ni akan melekat seumur hidup. Biarpun kita sembuh namun tetap ada pantang, pantang tu pula adalah pantang seumur hidup kita. Cara si tukang sihir buat kita selalunya dia akan sentuh korang tanpa korang tak sedar atau penyihir akan palitkan dekat baju, tudung, rambut dan sebagainya. Korang penah tengok lakonan Samsul Yusuf tu? Haa something like that la. Selalunya orang yang terkena sihir semaeih ni akan berasa gatal-gatal, miang, timbul sesuatu dekat permukaan kulit muka atau badan(menyerupai jerawat tetapi gatal dan panas) sehinggalah area yang gatal tu menjadi busuk dan buruk sehingga berulat dan nampak tulang. 

Macam mana aku tahu semua ni? Adakah aku adalah tukang sihir? Ataukah salah seorang daripada keluarga aku?

NO! Tekaan korang silap. Sebenarnya dalam family aku ada yang pernah terkena lontong dan semaeih ni dan salah seorangnya adalah aku. Aku? Yup , aku la. Kenapa tak percaya? :D Aku bila ingat benda ni sedih tau. Pasal apa..orang yang hantar sihir tu adalah kawan baik aku sendiri masa study dulu. Aku sayang dia kot tapi entah kenapa dia buat aku huhu agaknya aku ada silap kat dia tapi mungkin aku tak sedar. Moralnya berhati-hati bila bercakap dan membuat sesuatu. Jangan sampai ada yang sakit hati kat korang okay? Nanti tak pasal-pasal kena sihir haha :D
Aku berpantang tak? Yes, of course. Aku terkena sihir semaeih, sihir yang melakat seumur hidup. Seumur hidup aku tak boleh makan dua jenis makanan. Apa dia? Biarlah rahsia :)

Kisah orang yang pernah terkena sihir. Klik SINI untuk baca.

P/S : Ini adalah kisah aku dua tahun 2011. Alhamdulillah aku kini da sembuh biarpun masih berpantang :)

Renungan bersama :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:” Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
Dan sihir adalah dosa besar yang terletak pada tangga kedua selepas mensyirikkan Allah. Wallahuallam.



with love~rrp.cik itah


Monday, September 16, 2013

Pulihkan MOOD Dengan Farm Frenzy!


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


farm frenzy


Budak-budak? Yeah i know this game selalunya budak ja yang layan tapi tak salah jika sekali sekala aku pun jadi budak layan game macam ni hoho. Seronok kot sebab dapat pulihkan mood aku yang down akhir-akhir ni. By the way , SELAMAT HARI MALAYSIA buat seluruh warga Malaysia yang duduk kat dalam negara mahupun luar negara. Ni nak kongsikan sikit story dengan korang , macam yang korang tahu dekat entry ini aku ada mention pasal atok aku kan, malam tadi atok kena tahan dekat wad. Korang doakan atok aku cecepat sihat ya. Aku tahu korang-korang ni baik hati dan aku sayang korang semua biarpun kita cuma kenal kat alam maya :)


P/S : Entry ni pendek ja tapi entah kenapa aku mengambil masa tiga puluh minit hingga satu jam nak publishkan :D



with love~rrp.cik itah

Wednesday, September 11, 2013

SUSHI


Assalamualaikum :)



Hujan lagi petang ni , maklum la sekarang kan musim hujan. Tapi bukan nak cerita pasal tu, ni nak cerita pasal sushi. Melayan cerita BiskutCelup pasal Jepun dan Sushi tadi uwahhhh buat aku terliur macam terasa rasa da aku tengah mengunyah sushi adoii. Tak boleh jadi ni..kaki aku kena merayau ni pergi Sushi King haha. Dalam banyak-banyak gambar sushi yang aku google tadi aku pilih gambar kat atas tu sebabnya itu adalah sushi kegemaran aku. Nama dia aku tak hafal yang aku tahu aku memang suka makan. 


P/S : Jom temankan aku pergi Sushi King :)




with love~rrp.cik itah

Tuesday, September 10, 2013

SEGMEN PERTAMA CHE YAM


 Assalamualaikum :)

SEGMEN PERTAMA CHE YAM

Birthday girl hari ni rajin join segmen haha cantik banner segmen ni..i like
syarat nak join mudah dan senang macam segmen-segmen sebelum ni
aku nak ajak korang-korang yang rajin tu bersama memeriahkan lagi segmen pertama Che Yam ni
tandanya untuk bagi sokongan sekaligus merapatkan silaturrahim
kita sesama blogger :)


P/S : Macam biasa klik pada banner untuk join :)



with love~rrp.cik itah

Happy Blogwalking


Assalamualaikum :)


Macam biasa. Aku join segmen lagi hee.
Segmen kali ni di tag oleh Kak Kinah.
Thanks akak for that tag i really really really appreciate it haha 
kebetulan aku tengah mencari segmen nak join tu yang happy gila bila kena tag.
So..mengikut tuan punya blog yang anjurkan segmen ni peserta kena tag dua orang rakan blogger.
Nak tag siapa ya? Dia atau dia ataukah dia?
Fikir fikir dan fikir akhirnya aku pilih seorang Adam dan seorang Hawa hee :)

Tag :



P/S : Klik pada banner untuk join segmen :)



with love~rrp.cik itah

Monday, September 9, 2013

Pantang Orang Tua-Tua


Assalamualaikum :)

hujan
Lepas je aku snap pic ni hujan pun turun..


Haa macam mana cuaca dekat tempat korang? Panaskah? Mendungkah? Hujankah? Takpun bersaljikah? Sebut pasal salji ni aku sebenarnya teringin sangat nak pergi negara-negara yang bersalji macam Korea, Sweden dan New Zealand. Tapi tak dapat pergi pun tak apalah, dapat pergi ke Snow Walk I-City pun bolehlah merasa juga aku salji hehe. So..back to topic cuaca kat tempat aku sekarang tak menentu. Kejap mendung kejap hujan kejap lagi panas tapi dalam satu hari tu memang confirm akan hujan diiringi petir dan guruh. Eeii bab-bab petir dan guruh ni aku memang jenis yang penakut. Orang tua-tua (kat tempat aku la) selalu kata bila petir, "jangan pakai baju warna merah nanti kena petir". Selain dari tu ada beberapa lagi pantang atau kebiasaannya mereka buat ketika petir+guruh ni ;

1) Tidak boleh bercermin p/s selalunya dorang akan tutup pakai kain
2) Tak boleh makan terutamanya makan nasi
3) Tidak boleh bergelak sakan sampai tak ingat dunia
4) Tak boleh memasak
5) Duduk diam jangan buat kerja apapun pun tak boleh
6) Jangan mandi atau buat perkara yang terdedah dengan air
7) Jangan berteduh di bawah pokok besar atau pokok pisang dan pokok kelapa
8) Jangan memegang benda yang daya tarikannya lebih seperti pisau, parang atau cangkul dll.

Orang kampung aku terutamanya orang tua-tua kebiasaannya akan patuh dengan pantang ni. Aku tak tahulah benda ni betul ke tak , boleh percaya atau tidak. Aku tak ikut pun semua ni hehe. Aku ada juga try Google pasal benda tapi maklumat tak cukuplah. 

P/S: Apa komen korang pasal ni?



with love~rrp.cik itah

Saturday, September 7, 2013

Segmen Tambahkan Follower & Isi Tabung

Assalamualaikum :)



Ouchak! 

Selamat petang. Hee aku join segmen lagi:) 
Segmen kali ni daripada Kak Kina p/s umur dia sama macam kakak aku thats why panggil kakak hee 
tapi dia sebenarnya muda lagi baru 24 tahun :) 
Seperti sebelum-sebelum ni syarat nak join pun mudah dan senang. 
Bolehlah klik pada banner untuk join.


P/S : Jom meriahkan segmen.



with love~rrp.cik itah

Review Blog 2.0

Assalamualaikum :)




Seperti Kak Sheila aku pun nak meriahkan masa lapang aku dengan join Blog Review ni. Otak tengah kosong sekarang ni tak ada ada idea nak taip apa. Kalau korang berminat nak meriahkan aktiviti lapang Kak Sheila bolehlah klik pada banner. Sila..sila jangan malu jangan segan. Syarat nak join pun senang dan mudah :)

P/S : Esok aku cuti itu bermakna aku pun cuti dari dunia blogging ni selama 24 jam. Aku nak rehat puas-puas , penat kerja. So see you on Monday :)



with love~rrp.cik itah

Tuesday, September 3, 2013

Segmen Bloglist Aswan Azmy


Assalamualaikum :)


Segmen Bloglist Aswan Azmy


Aku join segmen lagi huhu segmen ni berakhir pada 5 september 2013. Yang berminat nak join bolehlah klik banner okay. Kebelakangan ini aku sibuk dengan sesuatu. Guess what? Nanti 5 september aku update entry you all tahu la tu hee ^^


with love~rrp.cik itah

Monday, September 2, 2013

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D


Assalamualaikum :)

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl  

P/S : Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Mama'D :)



with love~rrp.cik itah