You are reading:
Sihir VS Buatan Orang

Sihir VS Buatan Orang

Posted on: Tuesday, September 17, 2013


sihir


Sihir VS Buatan Orang | Apa itu sihir? Sihir selalunya dikaitkan dengan bomoh dan dukun dan selalunya dirujuk sebagai perbuatan orang. Bahan yang digunakan untuk sihir selalunya bergantung kepada tukang sihir itu sendiri. Sihir ini jugak dikenali sebagai santau atau ilmu guna-guna untuk menganiaya orang lain. Santau dilakukan dengan dua cara iaitu cara fizikal (makanan) dan cara santau angin. Dalam islam perbuatan menganiayai orang sangat dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi melalui cara halus seperti perbomohan, sihir atau ilmu hitam.

Punca sihir?  Masalah perniagaan, cinta, rebutan pangkat dan kedudukan dalam masyarakat, rebutan harta pusaka, perasaan marah dan hasad dengki, untuk mencuba kehebatan ilmu dan sebagainya.

Hukum memulangkan sihir? Kalau kita nak kembali sihir kepada si pembuat kita juga sama tarafnya seperti si pembuat, berdosa besar. Tak terampun dosa sebagai penyihir tu kecuali Allah yang Maha pengampun itu mengampuni. Faktanya memulangkan sihir dengan sendirinya telah membuatkan jin sihir itu mengganggap si pemulang sihir adalah sebagai tuan barunya.

Jenis-jenis sihir. Terdapat 9 jenis sihir iaitu Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri), Al-Mahabbah, Takhayyul, Al-Junun, Al-Khumul, Al-Hawatif, Al-Marad, Nazif dan Ta'til tawaj. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal sihir ni korang boleh klik kat SINI.

Mesti korang hairan kan kenapa aku tetiba share pasal sihir ni? Aku sebenarnya nak share dengan korang sihir-sihir yang popular kat Sabah terutamanya kat tempat aku iaitu Kota Belud. Bukanlah popular tetapi yang selalunya terjadi. Ada dua jenis sihir yang selalunya orang akan terkena iaitu semaeih dan lontong (bukan lontong yang makanan tu ya hehe jangan silap). Itu dalam bahasa Bajau la. Melayunya aku kurang pasti tapi rasanya itu termasuk dalam kategori santau

Sihir vs Buatan Orang


First aku terangkan pasal lontong. Lontong ni pada permulaanya nampak macam sakit-sakit biasa ja just like demam, rasa sejuk apa semua tapi bila da lama orang yang terkena sihir tu akan hilang selera makan, tak dapat buang angin, tak dapat buang air kecil dan buang air besar. Apapun tak boleh dan yang paling teruk bila perut dia membesar macam orang mengandung. Selalunya lontong ni si pembuat sihir akan letak dalam makanan atau tanam dekat tempat tertentu. Sangatlah bahaya bila kita termakan atau terlangkah benda tu. Lontong ni kalau tak dirawat secepatnya ia boleh menyebabkan kematian di mana perut yang membesar tadi akan pecah terburai. Korang pernah tengok lakonan Awal Ashaari dengan Fizz Fairuz tu? Something like that la. Tapi satu yang aku tak tahu pasal lontong ni bahan yang si tukang sihir guna.

Semaeih ni pula ada tiga peringkat di mana peringkat ketiga tu paling bahaya juga boleh menyebabkan kematian. Semaeih ni dia akan melekat seumur hidup tau. Semaeih peringkat pertama dan kedua boleh diubati tetapi orang yang pernah terkena sihir ni akan berpantang seumur hidup. Antara pantang dia yang aku tahu la, orang yang terkena tu tak boleh melihat orang yang telah meninggal (mayat), tak boleh makan makanan yang berlubang tengah seperti kangkung, kacang panjang dan seumpamanya dan limau nipis. Semaeih peringkat ketiga selalunya jarang berlaku tetapi bila terkena ia memang sukar untuk dirawat dan sihir tu kita akan bawa sampai mati. Nak tahu sebab apa? Sebabnya salah satu bahan yang si tukang sihir ni guna adalah air mayat orang yang da mati. Thats why aku kata Semaeih ni akan melekat seumur hidup. Biarpun kita sembuh namun tetap ada pantang, pantang tu pula adalah pantang seumur hidup kita. Cara si tukang sihir buat kita selalunya dia akan sentuh korang tanpa korang tak sedar atau penyihir akan palitkan dekat baju, tudung, rambut dan sebagainya. Korang penah tengok lakonan Samsul Yusuf tu? Haa something like that la. Selalunya orang yang terkena sihir semaeih ni akan berasa gatal-gatal, miang, timbul sesuatu dekat permukaan kulit muka atau badan(menyerupai jerawat tetapi gatal dan panas) sehinggalah area yang gatal tu menjadi busuk dan buruk sehingga berulat dan nampak tulang. 

Macam mana aku tahu semua ni? Adakah aku adalah tukang sihir? Ataukah salah seorang daripada keluarga aku? NO! Tekaan korang silap. Sebenarnya dalam family aku ada yang pernah terkena lontong dan semaeih ni dan salah seorangnya adalah aku. Aku? Yup , aku la. Kenapa tak percaya? :D Aku bila ingat benda ni sedih tau. Pasal apa..orang yang hantar sihir tu adalah kawan baik aku sendiri masa study dulu. Aku sayang dia kot tapi entah kenapa dia buat aku huhu agaknya aku ada silap kat dia tapi mungkin aku tak sedar. Moralnya berhati-hati bila bercakap dan membuat sesuatu. Jangan sampai ada yang sakit hati kat korang okay? Nanti tak pasal-pasal kena sihir haha :D



Renungan bersama :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:” Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
Dan sihir adalah dosa besar yang terletak pada tangga kedua selepas mensyirikkan Allah. Wallahuallam.


P/S : Ini adalah kisah aku pada tahun 2011. Alhamdulillah aku kini da sembuh biarpun masih berpantang :)

Comments

  1. seboleh2nya janganlah kita berpaksikan benda2 yang khurafat macam ni dan minta2 dijauhkanlah dari kita semua...

    ReplyDelete
  2. bahaya la sihir2 ni..mintak smpang lah

    lontong tu ingat makanan rupanya jenis sihir

    ReplyDelete
  3. aduhai.. sabar je la bila ada orang sanggup aniaya kita macam tu.. apa2 pun dekatkan diri dgn Allah..

    ReplyDelete
  4. seram plak nak bc hbs..

    lar yeke dear..

    sbr jela..

    itula..kdg2 kt baik org nak gak buat kt..

    ReplyDelete
  5. nauzubillah, sihir ni biasanya orang buat untuk membalas dendam. Perbuatan syirik, semoga kita semua dijauhi daripada perbuatan sihir ini

    ReplyDelete
  6. Aku tak percaya semua nie... tapi aku tau benda nie ada... cubalah jauhkan diri... takut gak :(

    ReplyDelete
  7. MOHON DIJAUHKAN BENDA-BENDA MACAM NI.. AMALKANLAH AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BOLEH MENGHINDARKAN DIRI KITA DARI TERKENA SIHIR..

    ReplyDelete
  8. takut dengar pasal sihir² nie..mintak dijauhkan la

    tapi org zaman sekarang sanggup buat ape je untuk kepuasan hurmmmm

    ReplyDelete
  9. Kesian Itahh :(
    Semoga Cik Itah eiqa nie dilindungi oleh Allah s.w.t..
    Aminnn..
    Terkejut gak td bce tgok kawan sendiri yg buat..
    Hhmmm..
    Terima kasih la sebab share pasal sihir nie..
    Serba sedikit dapat gak eiqa tahu..

    ReplyDelete
  10. seeloknya jangan kita percaya sangat ,lagi2 amalkan.. jauhilah pekara khurafat

    ReplyDelete
  11. ingatkan lontong makanan.. ishh seriau baca entry ni mintak dijauhkan.. =) amalkan al-mathurat insyaallah

    ReplyDelete
  12. subhanallah..smpai mcm 2 skli dia bt kt awak?? hm sy trut bersimpati..smoga pulih la spenuhnya..brdosa je siapa yg amalkn sihir dn kenakn org ni..ntah2 xbau syurga nnti nauzubillah..tp cra rawatan dia mcm mn?? xdinyatakan pun??

    ReplyDelete
  13. ya allah sanggup buat shbt baik sendiri mcm tu???

    terima kasih berkongsi dear... semoga kita semua dijauhkan dari perkara mcm ni...

    ReplyDelete
  14. insyaAllah . betapa dalam cinta kita terhadap Allah . Allah akan lindung kita . Al-Quran jangan pernah tinggal untuk dibaca :) insyaAllah . terima kasih atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete
  15. owhhh ok2 =) xterlah pula kt situ..he3 sori2..

    ReplyDelete
  16. ya Allah .. keji betul siapa yang hantar benda macam tu pada awak .. satu jelaa sy nasihatkan .. tiap kali tidur.. nak pergy mana2 ,, jangan lupa baca ayat kursi!! insyaAllah .. selamat dunia akhirat... jadikanlah ayat2 suci al-quran tu sebagai pedinding..bg sesiapa yang buat perbuatan terkutuk tu mungkin di dunia dia tak dapat balasan ,, tunggu jela di akhirat nnty ..stay strong dear!!!!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum itah. thanks sharing entri ni. awak pantang 2 makanan ye.. kesian awak. semoga cepat sembuh dan sentiasa dilindungiNya. insyallah. kuatkan semangat ye

    ReplyDelete
  18. ya allah mohon dijauhkanlah. seram bila bc psl sihir2 ni. awak, jaga kesihatan & pantang baik2 ye.

    semoga dia yg kenakan sihir tu kembali bertaubat pd Allah hndaknya.

    awak jaga diri ye.

    ReplyDelete
  19. ada bacaan apa tah penah dgr orang soh bc.. hmmm

    ReplyDelete
  20. MasyaAllah...sampai macam tu sekali ya..semoga tabah ye Itah...banyak memohon pertolongan dari Allah..bab kawan ni, sensitif betul..dalam hati kita tak tahu apa rasa diorang luaran semua nampak sempurna..

    ReplyDelete
  21. Eh awat tak gitau awk takleh makan apa? Huhuu..

    ReplyDelete
  22. aku benci sangat sangat dengan orang pengecut yang mengamalkan ilmu sihir ni. tikam orang dari belakang dengan cara halus. kalau ada dendam dan tak puas hati baik bersemuka saja, yang kalah mampuslah yang menang pula masuk penjara. baru adil, dua dua merana.

    ReplyDelete
  23. @ayeneng bffmaaf baru perasan soalan ni . sy berubat dkt kampung sy area Kota Belud , Sabah :)

    ReplyDelete
  24. maaf nak tnye alamt kat sabah bleh tk?saye ni dh lama terkena sihir..dri bulan 12.bnyk dh prawat tpi blum smbuh2.

    ReplyDelete
  25. @Cik Itah@RRP cik itah.. bole tak sy nk contect cik itah.. abg sepupu sy terkena semaieh ni bole tak tolong ?

    ReplyDelete
  26. cik itah kalau awak baca komen sy ni.. boleh tak awak whatsapp sy? saya minta tolong sangat2 mcm mana nk sembuh kan penyakit semaieh ni.. semoga allah membukakan hati awk utk tolong orang yg terkena penyakit yg sme pernah awak alami.. amin..

    0178921569 nat .. i need ur help .. plz :(

    ReplyDelete
  27. Saya kena Sihir teruk. Orang buat sampai jin masuk dalam badan. Kena lari ke Masjid until keluarkan jin. Padang masyhar nanti semoga orang yg zalim aku celaka. Berbulan nak sembuh. Nak hidup dengan tenteram pun tak boleh. Asyik zalim.

    ReplyDelete
  28. Bagai mn ka cara untk mnghilng kan pnyakit lontong

    ReplyDelete
  29. Buat rawatan dimane?tolonggggg beritahu...maksedare saya sedang kena 2 sihir tu.. .tak tau nak ubat d mane...tolong kol saya....urgent 0139982376

    ReplyDelete
  30. Salam, kawan sy macam ada tanda terkena semaieh..gatal-gatal di kulit muka dan kepala.Gatal2 di muka tu tumbuh mcm biji2 dan di kepala pun sama. Tak bole kena panas, dan berpeluh. Dulu tak macam ni, dia mula kena dr tahun 2015 smapi sekarang. Klu bole sharing dgn sy info berubat semaieh, sy pun tgal di sabah.

    ReplyDelete
  31. Siapa tahu penawar lontong boleh x share pengalaman sikit.. Urgent sangat ni.. Siapa tahu boleh direct contact sy 0178337567.. Mama sy mangsa lontong.. Bantuan anda hanya Tuhan yg akan balas.. Huhu

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan, Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 5M saya sters hampir bunuh diri tidak tau harus bagai mana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya bertemu dengan KYAI MANSUR ALI, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi kata Pak.KYAI pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 7Miliyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 7M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi KYAI MANSUR ALI Di Tlp 0853-2415-9769 Atau Kunjungi Situs KYAI https://www.uanggaibsakti.com/ agar di berikan arahan. Supaya tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik, jika ingin seperti saya coba hubungi KYAI MANSUR ALI pasti akan di bantu Oleh Beliau

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini ada jiran yang memberikan saya rokok dan makanan,tak lama selepas itu banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    ReplyDelete
  34. NOTA UNTUK PEMBACA YANG TERJUMPA ENTRI INI

    Entri ini ditulis pada tahun 2013 dan hanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja. Jika anda terjumpa maaf sy tidak dapat membantu kerana sy juga bukan pakar dalam bab ni.

    -tuan blog/penulis-

    ReplyDelete
  35. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 887 4351 35870

    ReplyDelete