Tuesday, August 20, 2019

Kini Lebih Nilai Dengan Scoot Flight

 
kini lebih nilai dengan scoot flight
Photo dikreditkan kepada kotabharuairport


Kini Lebih Nilai Dengan Scoot Flight | Semenjak dua-menjak ini, ramai orang suka bercuti atau terbang dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan kos rendah. Mungkin disebabkan ramai berpendapat sebenarnya untuk perjalanan ke tempat-tempat tertentu tidak perlulah mengeluarkan lebih wang jika hanya sekadar membawa diri dan muatan yang minimal. Apatah lagi jika sekadar untuk pergi bercuti untuk tempoh masa beberapa hari sahaja. Kemunculan operator penerbangan tambang rendah sebenarnya menguntungkan buat para traveller, kerana ia lebih flexible selain harganya yang jauh lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang all-in-fare.

Antara yang penerbangan yang sedang meningkat naik ialah Scoot Flight. Ia merupakan antara penerbangan jenis kos rendah yang berkredibiliti dan berbaloi untuk dicuba. Bagi korang yang tidak tahu, Scoot Flight merupakan salah satu anak syarikat Singapore Airlines. Ia mempunyai target market yang fokus bagi para pelanggan yang lebih prefer penerbangan yang selesa dengan bajet yang terhad tetapi masih mengekalkan kualiti perkhidmatan pada tahap yang terbaik. Tidak hairanlah jika ianya menjadi pilihan ramai, disamping itu ia juga terbang ke lebih 50 buah bandar di serata dunia termasuklah Malaysia. Mengujakan bukan? So apa lagi, cepat-cepat tempah scoot online flight booking dekat Traveloka website. Selain itu, Scoot Flight ini juga antara airline yang mempunyai dua fleet dari jenama yang berbeza iaitu Airbus dan Boeing dan turut menawarkan kelas ekonomi dan ScootBiz. Bagi kelas ekonomi Scoot Flight ianya menyediakan beberapa jenis pakej. Antaranya ialah Pakej Fly, pakej FlyBag dan pakej FlyBagEat.

Pakej Fly, merupakan pakej yang paling jimat dan berbaloi, sangat sesuai bagi korang yang terbang on budget atau sekadar untuk bersantai. Manakala pakej FlyBag ini lebih untuk mereka-mereka yang terbang dengan membawa check-in bagasi kerana pakej ini termasuk bagasi sebanyak 20 kg. Untuk yang lebih premium sedikit dalam kelas ekonomi, korang boleh pilih untuk pakej FlyBagEat yang termasuk juga 20 kg elaun bagasi, serta in-flight meals. Korang juga boleh memilih seat yang berlabel sebagai Super Seat dan STRETCH untuk seat yang mempunyai ruang legroom yang lebih besar dari seat kelas ekonomi yang lain. Dengan adanya beberapa pakej yang menarik ini, terpulang pada korang nak pilih pakej yang mana satu yang korang nak.

Kelas ScootBiz pula hanya terdapat untuk flight Boeing dan ia lebih mahal sedikit jika dibandingkan dengan kelas yang lain. Walaupun begitu, ia ditawarkan dengan kelebihan seperti 30 kg check-in baggage allowance, serta 15 kg cabin baggage. Pakej ScootBiz juga lebih berbaloi jika korang terbang ke destinasi yang agak jauh kerana tambangnya sudah termasuk meals atau light refreshment. Ia juga ditawarkan dengan priority BoardMeFirst, welcome drink, kemudahan arrive first, dan anda juga dapat stream movies melalui smartphone. Jika korang kebetulan menaiki Boeing 787, kelas ScootBiz juga mempunyai in-seat usb power dan ScooTV. Jadi perjalanan korang tidaklah begitu membosankan dan boleh siap-siap cas telefon sebelum mendarat. Scoot Flight juga ada menawarkan Wi-Fi pada harga yang tertentu, jadi jika anda hendak menggunakan atau memerlukan Wi-Fi, bolehlah bertanya kepada Cabin Crew yang bertugas.

Jadi ke manakah destinasi yang Scoot Flight ni fly? Jika ke KLIA 2, jangan hairan jika ternampak kapal terbang dengan taris kuning keemasan dengan tulisan flyscoot.com, ia merupakan kapal terbang yang bakal membawa korang ke destinasi yang terpilih. Contohnya, dari Singapura ke Kuala Lumpur. So, sekarang korang mempunyai pilihan yang menawarkan harga yang lebih kompetetif untuk ke Singapura. Jika kebetulan korang sedang mencari flight yang berbaloi korang boleh tempah singapore to kuala lumpur cheap flights dari web Traveloka. Sumpah, dekat site ni ada banyak offer flight yang murah, berpatutan, dan semuanya on-budget. Paling terkenal dekat Kuala Lumpur sudah semestinya Menara Berkembar Petronas, bangunan ikonik yang masih mengekalkan status sebagai bangunan berkembar tertinggi didunia. Perjalanan korang di Kuala Lumpur tidak membosankan sebab ia menawarkan tempat menarik seperti, restoran berputar yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Jika korang bukan seorang yang gayat, dinner in the sky merupakan sesuatu yang korang wajib cuba. Paling best tentunya Pasar Malam Jalan Alor yang menawarkan pelbagai makanan yang sedap dan murah.

Jika ke Kuala Lumpur, lawatan ke Batu Caves sesungguhnya membuatkan korang kagum dengan patung Lord Murugan yang bersalut emas yang berada dibahagian bawah Gua Batu Caves. Di sini juga korang boleh menapak beratus anak tangga untuk mengunjugi beberapa gua dan kuil yang terletak dibahagian atas Batu Caves. Kuil ini merupakan antara beberapa kuil terbesar di Malaysia, dan sangat meriah ketika pesta Thaipusam. Satu lagi tarikan di Kuala Lumpur ialah perbandaran Putrajaya yang merupakan kawasan pentadbiran kerajaan Malaysia. Ia menjadi tumpuan pelancong kerana senibina yang unik, terutamanya Masjid Putra dan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, selain taman-taman serta tasik buatan yang melatari perbandaran tersebut. So bagi korang yang mahukan penerbangan pada harga yang lebih berbaloi, layarilah laman atau aplikasi Traveloka untuk grab tawaran yang menarik. 


by, cik itah @ ramaramapendek

Saturday, August 17, 2019

Sotong Masak Hitam

sotong masak hitam

Sotong Masak Hitam | Aku dapat resepi ni dari kawan serumah aku, Eca. Katanya arwah mak dia ajar masak macam ni ja, sangat ringkas dan mudah. Bahan-bahan diperlukan adalah sotong, cili api, minyak dan perasa i.e garam, aji etc. Caranya pula, panaskan minyak, masukan sotong (tanpa buang dakwat) sekali dengan cili api, kacau sehingga sotong masak. Lepas tu masukan perasa dan tutup api. Haa ringkas gila kan? Simple yet yummy okay!

Sotong masak hitam ni, nda kiralah ikut resepi mana sekalipun asal nama sotong masak hitam, kalau untuk sendiri makan, suami atau anak aku rasa okay tapi kalau mau hidang untuk mak mertua atau bakal mak mertua aku nda suggest sotong masak hitam ni sebab nda semua makan masakkan macam ni, not all people out there familiar with this kind of recipe even my own mother. Ni kalau aku masak macam ni untuk mak aku kompom2 kena bebel sampai esok haha boleh jadi mak aku "banned" satu tahun nda boleh masak sotong!


by, cik itah @ ramaramapendek

Monday, August 5, 2019

The Unexpected

the unexpected

The Unexpected | Niat untuk ber"blogwalking" last week terbantut when i got an email for interview on Thursday (August 1st). Since the job scope is different from my current position so I need to focus and read whatever I need to. Alhamdulillah the interview session went well and the next day i've been invited in for a second interview. Happy? Of course yes. Little did i know in the late afternoon that day my grandma passed away.. I was rushing going back to Kota Belud and arrived around 8.00pm..

Sedikit terkilan sebenarnya, terkilan dengan diri sendiri, marah dengan diri sendiri. Kali terakhir aku jumpa nenek masa hari raya aidilfitri. Lepas tu adalah sekali balik kampung dan bila mak aku pesan "jangan lupa balik nanti salam nenek", aku balas "iya" but then aku tak buat pun. Mind-set aku "Ahh tak apalah raya haji nanti balik juga, bukannya tak jumpa langsung". Aku just balik without salam nenek padahal rumah nenek sebelah rumah mak aku ja pun. Aku langsung tak jangka hari raya aidilfitri tu lah terakhir aku jumpa dia, salam tangan dia, peluk cium kulit tua dia. Yes i regret that.

Pesan aku buat sesiapa yang baca entri ni, hargailah semua orang yang berada di sisi kita setiap masa terutamanya keluarga kita, rasailah kehadiran mereka selagi mereka masih ada. Jangan jadi macam aku. Rasa sesal tu sakit :(

Sabtu ni aku balik Kota Belud untuk kenduri tahlil arwah nenek. Inshaa Allah minggu depan aku akan "blogwalking" mana-mana blog yang belum sempat aku baca dan followback.


by, cik itah @ ramaramapendek

Saturday, July 20, 2019

Nasi Goreng Orang Bujang

masakan bujang

Nasi Goreng Orang Bujang | I don't know what happen to me but recently aku semakin malas mau masak. Kalau nda tapau makanan dari luar aku akan order through foodpanda, KFC or Mc's Donald padahal sebelum ni aku gila punya rajin masak. Pergi kerja bawa bekal, every weekend cuba resepi yang aku belum pernah masak tapi sekarang ya rabbii..susah mau cakap. When laziness takes over nahh apa yang ada dalam peti ais campak ja la oii..


Bahan-bahan :
  • Nasi, sotong, ikan bilis, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan, pucuk ubi kayu.

Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Lepas tu ketepikan.
  2. Tuangkan minyak (ikut kesesuaian) dan goreng ikan bilis sehingga garing
  3. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan kacau sehingga naik bau
  4. Masukkan sotong, kacau selama 5-10 saat dan masukkan nasi dan kacau selama beberapa minit.
  5. Masukkan pucuk ubi kayu dan kacau lagi.
  6. Masukkan perasa dan kacau selama yang korang rasa2 ianya dah siap dan bole dihidang^^

Resepi yang sangat mudah dan ringkas ni. Cubalah nanti ok :)

by, cik itah @ ramaramapendek

Thursday, July 18, 2019

Romance Anime You Might Want to Watch


best anime

Romance Anime You Might Want to Watch | Kali ini aku akan kongsi beberapa anime romantik yang aku dah tengok dan syorkan buat peminat-peminat anime diluar sana ataupun buat mereka yang baru mula tengok anime. Aku akan kongsikan tajuk dan sinopsis tapi sinopsis ringkas saja tau and of course the synopsis is based on anime, not manga sebab aku hanya follow One Piece punya manga ja, other than that memang nda follow

1. Sukitte Li Nayo (Say "I Love You")
Kerana pengalaman sewaktu zaman kanak-kanaknya, Tachibana Mei beranggapan bahawa orang akan mengkhianati antara satu sama lain, cepat atau lambat dan menjadikannya seorang yang sangat "anti social" namun sejak mengenali Kurosawa Yamato, seorang pelajar lelaki yang popular di kalangan pelajar wanita di sekolahnya, persepsi Mei berubah dan dia mula menyimpan perasaan terhadap Yamato. Genre : drama, romance, school, shoujo.

2. Ao Haru Ride (Blue Spring Ride)
Bagi Yoshioka Futaba, budak lelaki adalah terlalu kasar dan ganas kecuali Tanaka Kou. Jujurnya, dia menyukai Kou namun secara tiba-tiba Kou berpindah sekolah tanpa sebab yang jelas. Memasuki sekolah menengah, Kou muncul kembali dengan nama dan personaliti yang berbeza. Genre : comedy, drama, school, shoujo, slice of life, romance.

3. Tonari No Kaibutsu Kun (My Little Monster)
Mizutani Shizuku seorang yang kuat belajar dan hanya fokus kepada perancangan masa depannya. Satu hari dia ditugaskan untuk menyampai cetakan kelas ke rumah Yoshida Haru, seorang pelajar yang amat jarang ke sekolah. Sejak mengenali Haru kehidupan Shizuku menjadi huru-hara. Genre : slice of life, comedy, romance, school, shoujo.

4. Akagami No Shirayuki Hime (Snow White With The Red Hair)
Shirayuki, seorang pakar herba yang disukai oleh Prince Raj kerana keunikan warna rambutnya yang merah seakan-akan buah apple merah. Enggan menjadi gundik Prince Raj, Shirayuki memotong pendek rambutnya untuk ditinggalkan kepada Prince Raj dan melarikan diri. Pelarian itu membawa pertemuannya dengan Prince Zen dan mereka mulai jatuh cinta antara satu sama lain. Genre : fantasy, romance, drama, shoujo.

5. Kaichou Wa Maid Sama (Maid Sama)
Ayuzawa Misaki merupakan presiden majlis di Seika High School. Mempunyai watak yang tegas dan dikategorikan oleh pelajar lelaki sebagai seorang wanita yang membenci lelaki. Namun di sebalik reputasinya yang tegas, dia diam-diam bekerja sambilan di Maid Cafe tanpa diketahui oleh teman sekolahnya. Satu hari rahsianya diketahui Usui Takumi, seorang pelajar lelaki yang popular di Seika High School. Sejak itu kehidupan Misaki menjadi "miserable" kerana Usui selalu menganggunya. Genre : comedy, school, romance, shoujo.

6. Kamisama Hajimemashita (Kamisama Kiss)
Kerana gagal membayar sewa rumah, Momozono Nanami ditendang keluar dari rumah sewanya. Nanami bertemu seorang lelaki yang bernama Mikage dan pertemuan itu membawa pertemuannya bersama Tomoe, seorang Yokai. Tidak mengambil masa yang lama Nanami jatuh hati kepada Tomoe tetapi ditolak oleh Tomoe yang tanpa disedarinya bahawa dia juga menyukai Nanami. Genre comedy, demons, supernatural, romance, fantasy, shoujo.

7. Soredemo Sekai Wa Utsukushii (The World Is Still Beautiful)
Nike, Puteri ke-4 Rain Dukedom pergi ke kerajaan Matahari untuk berkahwin dengan King Livius demi negaranya tanpa mengetahui bahawa bakal suaminya hanyalah seorang budak yang baru berusia 14 tahun. Genre : adventure, romance, fantasy, shoujo.

8. Ookami Shoujo to Kuro Ouji  (Wolf Girl and Black Prince)
Kerana ingin menjalinkan persahabatan, Sinohara Erika berbohong dan memperkenalkan teman lelakinya melalui gambar curi yang diambilnya tanpa mengetahui lelaki itu adalah Sata Kyoya, lelaki yang sentiasa mejadi perhatian di sekolahnya. Erika meminta pertolongan Kyoya untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya dan permintaan itu dipersetujui oleh Kyoya dengan syarat Erika menjadi "wolf girl a.k.a pet " kepadanya. Genre : comedy, school, shoujo, romance.

9. Devils Line
Anzai Yuuki adalah separuh manusia, separuh vampire. Dia juga merupakan "police officer" dan ahli F Squad yang menangkap vampire yang membunuh dan meminum darah manusia. Misi kerjanya membawa pertemuannya dengan Tsukasa Taira, seorang manusia tulen yang kemudiannya menjadi kekasihnya. Genre : vampire, romance, action.

10. Kyokai No Kanata (Beyond The Boundary)
Kanbara Akihito menyelamatkan teman sekolahnya Kuriyama Mirai dari membunuh diri, Mirai tiba-tiba menikam Akihito dengan pedang yang terbentuk dari darahnya sendiri dan mendapati Akihito adalah separuh "youmu". Genre : fantasy, slice of life, supernatural.

 11. Sword Art Online
Pada tahun 2022, game "Sword Art Online" diperkenalkan dan semakin mendapat tempat di kalangan pemuda. Dengan "nerve gear", topi keledar yang meransang lima deria otak pengguna, pemain mengalami dan mengawal watak dalam permainan mereka. SOA membawa pertemuan Kirigaya Kazuto (Kirito) bersama seorang gadis bernama Yuuki Asuna yang kemudiannya menjalinkan hubungan dan berkahwin dengannya di dalam game SOA. Genre : action, adventure, fantasy, game, romance.

12. Zutto Mae Kara Suki Deshita (I've Always Liked You)
Enomoto Natsuki berterus terang dan meluahkan perasaan kepada Setoguchi Yuu, rakan zaman kanak-kanaknya. Bagaimanapun di akhir kenyataannya dia berbohong bahawa luahan itu hanya sekadar "practice confession" nya. Yuu yang turut menyimpan perasaan terhadap Natsuki berazam akan sentiasa menyokong walau siapapun lelaki pilihan Natsuki biarpun bukan dirinya. Genre : romance, school.

Selain itu banyak lagi anime-anime yang menarik untuk di tonton antaranya ialah
  1. Kimi No Nawa (Your Name)
  2. Hotarubi No Mori'e (The Light of Firefly Forest)
  3. Violet Evergarden
  4. Kimi Ni Todoke (From Me to You)
  5. Shigatsu Wa Kimi No Uso (Your Lie in April)
  6. Kimi No Suizo Wo Tabetai (I Want to Eat Your Pancreas)
  7. Clannad
  8. Orange
  9. Ore Monogatari (My Love Story)
  10. Toradora

For your information, anime yang aku share ni tak semua happy ending ya, ada yang hero/heroin "dead" di hujung cerita so buat mereka-mereka yang hati tisu tu bersiap sedia untuk menangis. Tengok anime pun boleh nangis? Huu kau jangan main-main. Once kau addict tengok anime ni semua perasaan kau akan rasa.

Why i liked anime? Well some people said "the only reason you don't like anime is because you don't watch it". Aku dulu tengok One Piece ja, punca terjebak tu sebab dulu One Piece tu disiarkan dekat tv, adik aku pula gila punya suka layan so akupun layanlah sekali, rupanya abang akupun sama. Bermula dari situ sampai sekaranglah layan dan lepas tu mulalah terjebak tengok anime yang lain. Tapi nda semualah aku layan, aku tengok genre dia juga, paling nda suka genre harem. Pernah sekali aku terlayan satu anime ni (lupa sudah tajuk apa), incest oii.. seram aku. Gara-gara itu aku dingin sekejap dengan adik beradik lelaki aku. Damn!

Oh ya satu lagi sebab aku suka tengok anime is because of their hilarious reaction to whatever it is, kalau kelakar tu kelakar gila, comel, gila comel, buat muka huduh, huduh gila..hahaha really made my day!


by, cik itah @ ramaramapendek

Tuesday, July 16, 2019

A Hobby For Myself

my drawing

Rather than just spending our time lying around and doing nothing we ought to make each and every moment count by doing something productive that interests us, right? Some said, if you tried your hand at many things you could easily get to know yourself better as improving useful skills to learn where your talents or interests lie.
A Hobby For Myself | This time i would like to share one of my hobbies beside cooking and watching anime. Drawing. Yes drawing! To be honest i'm not pretty handy with drawing but i like it since at my young age. I remember when i am at elementary school when our teacher is not around, other student would go running around making noises while me, i just sat on my table and enjoy drawing. Unfortunately things change as i growing up and taking another course of study (Science Technology, basically drawing is not in the list) so i have to adapt my self and slowly giving up on drawing. But i still like it and sometime i just draw whatever i like to. Still lack of talent though haha how do we say it? Lol

Did you know that drawing can reduces tension/stress? It works on me and it should on you too. And by the way do you ever read my short stories? I've share it on this blog a few years ago.. I think i like writing too, urghh..girls imagination is as high as the sky i guess. Whatever but here's the link Tiga Pertemuan. Be sure to read it when you have free time okay. Thanks in advance!


by, cik itah @ ramaramapendek

Saturday, July 13, 2019

Resepi Kerabu Sotong


kerabu sotong

Resepi Kerabu Sotong | Sebenarnya aku plan mau keluar tengok wayang Crawl tapi takda kawan. Hari tu aku keluar tengok wayang seorang, rasa orang tengok aku macam aku buat dosa mentang mentanglah diaorang mostly berpasangan. Untunglahh.. Okay enough. Back to topic..

Aktiviti hujung minggu aku (if i stay at home) kalau nda tengok anime mesti cuba resepi baru tapi resepi ni bukanlah resepi baru cuma ini adalah percubaan pertama aku. Teringin juga mau buat outdoor activities tapi kalau sorang nda bestlah kan..

Bahan-Bahan :

  • Sotong, Tomato, Bawang Besar, Daun Ketumbar, Serai, Cili Api, Limau Kasturi / Limau Nipis dan Perasa.

Cara Menyediakan ;

  1. Rebus sotong terlebih dahulu tetapi jangan terlalu lama, sekejap sahaja..dalam 30 saat. Lepas tu ketepikan.
  2. Hiris tomato, bawang, ketumbar, cili api dan serai. Hirisan tu suka hati korang, kecil besar ke, dadu ke. Terpulang.
  3. Campurkan kesemua bahan dan perahkan jus limau. Masukkan perasa dan gaul sebati. Siap !

Simple dan mudah bukan? Makan tepi pantai pun best ni.. ^^



with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Wednesday, July 10, 2019

"I LOVE ODEN"

I LOVE ODEN | Niatnya tahun ni mau come back ke dunia blog ni tapi tak comeback2 jugak. Last aku update is on January tapi sekarang dah berapa bulan Cik Itah oii? Dah lah sebelum ni bertahun senyap haha masalah betul aku ni. Mahu padam blog ni rasa sayang pulak haii.. Oh ya, entri ini memang aku dah perap lama dekat draft so layankan sajalah ya^^

oden

 

"I LOVE ODEN"


Macam biasalah, aku ni kalau hujung minggu aktiviti dua ja, tengok anime dan masak. Keluar pergi shopping mall tu agak jarang tapi kalau nak ajak pergi hiking, joging, pulau nahh you tell me where i tell you when.

Akhir-akhir ni makin popular Oden Family Mart dekat media sosial terutama dekat Facebook dan Instagram, ada saja orang share. Aku ni pula kalau bab makanan selagi tak cuba selagi itu akan curious. Punca utama aku terjebak dengan Oden ni sebenarnya adalah daripada One Piece. Apa tu? One Piece tu anime, one of the most popular anime nowdays. Oden diperkenalkan dekat One Piece manga chapter 920 bertajuk "I LOVE ODEN". Ditambah lagi dengan gambar Oden Family Mart yang orang share dekat Facebook makin berliurlah aku haha. Nak cari Family Mart dekat Sabah memang takda. Sudahnya nahhh kita try buat sendirilah. Nak fly ke Japan memang belum mampu lagi.

Jadi tak jadi belakang kira yang penting kita makan. Fuhh boleh tahan sedapp !


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Wednesday, January 30, 2019

Resepi Kerabu Udang Yang Mudah Dan Ringkas



kerabu udang

Resepi Kerabu Udang


Bahan - bahan ;

  • Udang, Buah Mangga, Tomato, Bawang Besar, Cili Api dan Perasa.

Cara Menyediakan ;

  1. Rebus udang (30 saat dan toskan). Simpan ke dalam peti sejuk sementara sediakan bahan yang lain.
  2. Hiris kasar buah mangga mudah, tomato, bawang besar dan cili api.
  3. Masukkan udang dan gaul bersama bahan hirisan tadi.
  4. Masukkan perasa dan siap untuk dihidang bersama nasi putih.

Masakan orang bujang ni ringkas sahaja. Selamat mencuba ^^


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Tuesday, January 1, 2019

Pengalaman Terkena Herpes Zoster


kayap
Picture credited to WebMD.com

Pengalaman Terkena Herpes Zoster | Ingat blog ni lagi? Ya aku tahu, aku lama menyepi dekat blog. Kiranya tahun ni nak come back, inshaa Allah. How are you, good? Because i'm fine.

Herpes Zoster atau Shingles, di negara kita lebih dikenali dengan nama Kayap, ialah sejenis penyakit kulit berpunca daripada Varicella-Zoster Virus yang mana virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan Chickenpox, di Sabah dikenali sebagai Cacar.

Selepas jangkitan Chickenpox sembuh, virus ini tidak mati atau hilang daripada badan kita bahkan ianya hidup di dalam nervous system kita selama bertahun-tahun sebelum ianya aktif kembali sebagai Herpes Zoster atau Shingles atau Kayap. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca utama yang menyebabkan virus ini aktif tetapi seseorang dengan pertahanan tubuh yang lemah atau berumur 60 tahun ke atas lebih berpotensi untuk terkena Herpes Zoster. Seseorang yang pernah mengalami Chickenpox semasa kecil juga berpotensi untuk terkena Herpes Zoster tetapi tidak semua, di United States hanya 1 daripada 3 orang dewasa yang terkena Herpes Zoster ini. Info lanjut boleh baca di Shingles : Symptoms, Treatment, and Prevention by healthline.

Tanda-tanda awal yang aku rasai - It happens a few months ago. Satu malam tu aku tidur macam biasa esoknya bangun belakang sebelah kiri badan aku rasa macam pedih then perasanlah ada rash, daripada yang aku rasa (i've touch it) ruamnya berkelompok. Mulanya ingatkan kena gigit bed bug tapi hairan juga dari mana bed bug nya sedangkan sarung bantal, lapis tilam etc everyweek aku basuh dan bersihkan. To be honest yes, aku ni agak pembersih so when it comes to bed bug i was like "seriously my bed has that tiny little bug??" lah kan..

The next two days, satu kelompok lagi timbul dekat sebelah kiri dada aku (side area) dan pada masa tu juga aku dah start rasa sakit macam terbakar dan satu yang aku tak boleh tahan sakitnya, nerves pain, macam kena renjatan elektrik yang mana sakitnya dekat area dada which is at first i thought it was my heart or lungs that has a conflict or something worst. Bukan apa, orang Malaysia ni terutama aku pantang ada masalah kesihatan sikit-sikit google, so pikiran terbawa-bawa then mulalah percaya ada penyakit itulah inilah hahaha. So pesanan aku buat semua, don't google your symptoms kalau tak nak terkena penyakit kemurungan dan stress haha instead go to the nearest clinic or hospital and tell doctor's what symptoms do you have, be honest, tell him/her everything that he/she needs to know.

Then bila dah bawa ke klinik, doktor sahkan ianya adalah Herpes Zoster and that's the first time i've heard about it. From what i've been told, Herpes Zoster is not a life threatening, however the symptoms can be very painful and the nerve pain can be last in several weeks or months for some people. Ini aku akui, sakitnya Allah saja yang tahu, tak dapat tidur malam satu hal. I am totally messed when having this Herpes Zoster.

Lawaknya ingatkan kos setakat rm80 ke rm100 ja, bila pergi kaunter nurse bagi bil mahunya terkeluar biji mata aku haha dalam purse cuma rm200, bil rm335. Nasib baik boleh bayar guna kad debit. To be honest the cost is too expensive, for me lah sebab doktor cuma bagi ubat tahan sakit, kurang gatal, ubat sapu dan antivirus, dia cek pun tak sampai 15 minit so yeahh.. 

Take care of yourself and good day everyone !

with love~cik itah @ ramaramapendek