Kini Lebih Nilai Dengan Scoot Flight | Semenjak dua-menjak ini, ramai orang suka bercuti atau terbang dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan kos rendah. Mungkin disebabkan ramai berpendapat sebenarnya untuk perjalanan ke tempat-tempat tertentu tidak perlulah mengeluarkan lebih wang jika hanya sekadar membawa diri dan muatan yang minimal. Apatah lagi jika sekadar untuk pergi bercuti untuk tempoh masa beberapa hari sahaja. Kemunculan operator penerbangan tambang rendah sebenarnya menguntungkan buat para traveller, kerana ia lebih flexible selain harganya yang jauh lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang all-in-fare.
Antara yang penerbangan yang sedang meningkat naik ialah Scoot Flight. Ia merupakan antara penerbangan jenis kos rendah yang berkredibiliti dan berbaloi untuk dicuba. Bagi korang yang tidak tahu, Scoot Flight merupakan salah satu anak syarikat Singapore Airlines. Ia mempunyai target market yang fokus bagi para pelanggan yang lebih prefer penerbangan yang selesa dengan bajet yang terhad tetapi masih mengekalkan kualiti perkhidmatan pada tahap yang terbaik. Tidak hairanlah jika ianya menjadi pilihan ramai, disamping itu ia juga terbang ke lebih 50 buah bandar di serata dunia termasuklah Malaysia. Mengujakan bukan? So apa lagi, cepat-cepat tempah scoot online flight booking dekat Traveloka website. Selain itu, Scoot Flight ini juga antara airline yang mempunyai dua fleet dari jenama yang berbeza iaitu Airbus dan Boeing dan turut menawarkan kelas ekonomi dan ScootBiz. Bagi kelas ekonomi Scoot Flight ianya menyediakan beberapa jenis pakej. Antaranya ialah Pakej Fly, pakej FlyBag dan pakej FlyBagEat.
Pakej Fly, merupakan pakej yang paling jimat dan berbaloi, sangat sesuai bagi korang yang terbang on budget atau sekadar untuk bersantai. Manakala pakej FlyBag ini lebih untuk mereka-mereka yang terbang dengan membawa check-in bagasi kerana pakej ini termasuk bagasi sebanyak 20 kg. Untuk yang lebih premium sedikit dalam kelas ekonomi, korang boleh pilih untuk pakej FlyBagEat yang termasuk juga 20 kg elaun bagasi, serta in-flight meals. Korang juga boleh memilih seat yang berlabel sebagai Super Seat dan STRETCH untuk seat yang mempunyai ruang legroom yang lebih besar dari seat kelas ekonomi yang lain. Dengan adanya beberapa pakej yang menarik ini, terpulang pada korang nak pilih pakej yang mana satu yang korang nak.
Kelas ScootBiz pula hanya terdapat untuk flight Boeing dan ia lebih mahal sedikit jika dibandingkan dengan kelas yang lain. Walaupun begitu, ia ditawarkan dengan kelebihan seperti 30 kg check-in baggage allowance, serta 15 kg cabin baggage. Pakej ScootBiz juga lebih berbaloi jika korang terbang ke destinasi yang agak jauh kerana tambangnya sudah termasuk meals atau light refreshment. Ia juga ditawarkan dengan priority BoardMeFirst, welcome drink, kemudahan arrive first, dan anda juga dapat stream movies melalui smartphone. Jika korang kebetulan menaiki Boeing 787, kelas ScootBiz juga mempunyai in-seat usb power dan ScooTV. Jadi perjalanan korang tidaklah begitu membosankan dan boleh siap-siap cas telefon sebelum mendarat. Scoot Flight juga ada menawarkan Wi-Fi pada harga yang tertentu, jadi jika anda hendak menggunakan atau memerlukan Wi-Fi, bolehlah bertanya kepada Cabin Crew yang bertugas.
Jadi ke manakah destinasi yang Scoot Flight ni fly? Jika ke KLIA 2, jangan hairan jika ternampak kapal terbang dengan taris kuning keemasan dengan tulisan flyscoot.com, ia merupakan kapal terbang yang bakal membawa korang ke destinasi yang terpilih. Contohnya, dari Singapura ke Kuala Lumpur. So, sekarang korang mempunyai pilihan yang menawarkan harga yang lebih kompetetif untuk ke Singapura. Jika kebetulan korang sedang mencari flight yang berbaloi korang boleh tempah singapore to kuala lumpur cheap flights dari web Traveloka. Sumpah, dekat site ni ada banyak offer flight yang murah, berpatutan, dan semuanya on-budget. Paling terkenal dekat Kuala Lumpur sudah semestinya Menara Berkembar Petronas, bangunan ikonik yang masih mengekalkan status sebagai bangunan berkembar tertinggi didunia. Perjalanan korang di Kuala Lumpur tidak membosankan sebab ia menawarkan tempat menarik seperti, restoran berputar yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Jika korang bukan seorang yang gayat, dinner in the sky merupakan sesuatu yang korang wajib cuba. Paling best tentunya Pasar Malam Jalan Alor yang menawarkan pelbagai makanan yang sedap dan murah.
Jika ke Kuala Lumpur, lawatan ke Batu Caves sesungguhnya membuatkan korang kagum dengan patung Lord Murugan yang bersalut emas yang berada dibahagian bawah Gua Batu Caves. Di sini juga korang boleh menapak beratus anak tangga untuk mengunjugi beberapa gua dan kuil yang terletak dibahagian atas Batu Caves. Kuil ini merupakan antara beberapa kuil terbesar di Malaysia, dan sangat meriah ketika pesta Thaipusam. Satu lagi tarikan di Kuala Lumpur ialah perbandaran Putrajaya yang merupakan kawasan pentadbiran kerajaan Malaysia. Ia menjadi tumpuan pelancong kerana senibina yang unik, terutamanya Masjid Putra dan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, selain taman-taman serta tasik buatan yang melatari perbandaran tersebut. So bagi korang yang mahukan penerbangan pada harga yang lebih berbaloi, layarilah laman atau aplikasi Traveloka untuk grab tawaran yang menarik.
by, cik itah @ ramaramapendek
Baru tahu tentang scoot flight ni.. Adalah pilihan lain untuk penerbangan tambang murah.. Next time nak travel boleh usha scoot flight..
ReplyDeletesila sila..harga mmg berbaloi
DeleteHari2 kak ana nampak batu caves dari rumah. Hehe
ReplyDeletewahhh untungla hehe
Deleteokay, first time dengar scoot flight ni.macam okay juga ye
ReplyDeletecubala nanti kalau kebetulan pergi travel
DeleteSinggah sini jap..
ReplyDeletethank u..
Deletewaa baru tahu ni pasal scoot flight
ReplyDeleteWah lebih murah ye.. nak Usha la nanti
ReplyDeleteScoot Air ni pun dah ada laluan Singapore to Kota Bharu. Hmmm..mudah la nak ke overseas!
ReplyDeletesy tau psl scoot ni pun sbb ms tu nk cari flight ke aussie...
ReplyDeleteWoot! Comelnya nama Scoot Flight :) Rasa macam scooter yang sangat comel :)
ReplyDeletepulakk haha
DeleteBudget traveller mmg suka kalau ada airlines sebegini ...
ReplyDeletebetul tu sis
DeleteFirst time dengar Scoot Flight, nampak macam best je.
ReplyDelete