Ayam Goreng Berempah | Resepi yang biasa kita dengar dan makan. Bahan-bahan yang aku guna tidaklah selengkap mana, asal jadi ja dan yang penting sedap haha masuk bakul angkat sendiri yo. Masakkan aku tidaklah sesedap mana tapi aku rajin masak dan suka kongsikan gambar yang aku masak dekat media sosial facebook, blog dan terutamanya instagram. Boleh dikatakan aku ni kaki makan jugaklah dan habit aku is aku suka cuba masak masakkan yang aku nda pernah masak sebelum ni. Aku ni pulak jenis yang nda memilih makanan, apa yang ada aku makan ja cuma adalah certain food yang tekak aku nda boleh terima macam ikan keli, ikan haruan dan petai. Makanan kegemaran aku pula semestinya makanan-makanan kampung seperti ulam-ulaman, sambal belacan, gulai rebus (tumis air), ikan masin cicah air limau perghh sedapnya memang heaven!
Bahan-bahan yang aku gunakan untuk perapan ayam adalah ; ayam, serai, halia, serbuk kari daging, serbuk cili, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan perasa. Kebiasaannya aku akan perap ayam ni satu malam dan esoknya baru aku goreng. Orang kata lagi lama kau perap lagi sedap. Oh ya sebenarnya setiap kali aku masak ayam berempah ni aku biasanya perap bersama daun kari jugak tapi masa ni aku terlupa beli daun karinya so apa yang ada sajalah aku guna.
Bahan-bahan untuk sambal adalah seperti gambar di bawah ; tomato, lada merah, lada hijau, cili api, bawang besar, sebiji bawang putih, sebiji bawang merah, udang kering ataupun belacan (buat mereka yang alergik udang tu boleh juga digantikan dengan ikan bilis), limau kasturi dan perasa.
Cara menyediakan sambal ;
Goreng semua bahan yang disenaraikan. Terpulang mau goreng sekaligus ataupun secara berasingan. Cara aku, langkah pertama aku goreng udang kering dahulu sehingga garing lepas tu toskan. Selepas itu aku goreng pula lada, cili dan semua bawang sekaligus. Sementara tunggu garing/masak, tumbuk udang kering menggunakan batu lesung (blend pun boleh tapi aku prefer tumbuk). Bila dah garing atau naik bau, toskan dan goreng pula tomato. Sementara tunggu tomato masak, masukan pula cili dan bawang yang di goreng tadi ke dalam udang goreng yang sudah ditumbuk dan tumbuk sehingga hancur tetapi jangan terlebih hancur ya. Bila tomato dah masak, masukkan ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga sekata dan masukkan perasa.
Cara ringkasnya ;
- Goreng udang kering sehingga garing dan toskan
- Goreng lada, cili dan bawang sehingga naik bau/garing dan toskan
- Goreng tomato sehingga layu dan toskan.
- Tumbuk bahan goreng tadi mengikut step diatas (1,2,3), boleh jugak kalau mau tumbuk sekaligus tapi aku nda cadangkan terutamanya tomato sebab berair (watery) jadi agak leceh bila tumbuk lagipun tomato kan lembut ja, lenyek ja sudah.
- Bila semua sudah ditumbuk rata masukan pula perasa dan limau secukupnya.
Dah siap bolehlah dihidangkan bersama nasi dan bahan hiasan seperti terung goreng, timun, tempe goreng, kubis dan lain-lain. Tips untuk goreng ayam supaya kekal berjus (juicy), lepas keluarkan marinated chicken dari peti sejuk jangan terus goreng, lepas 30 minit baru goreng dan pastikan api tidak terlalu kecil dan jangan terlalu panas..just nice..
by, cik itah @ ramaramapendek
Nampak sedap tu..rindunya akak nak makan lauk2 pedas...la ni kena pantang dulu sampai bulan 10 nanti...
ReplyDeletetak lama lagi tu sis..nanti dah bole makan pedas balik
Deletewahh.. sedapnya.. terliur
ReplyDeletecubala nanti sis hehe
DeleteRajin masak sis..hehe..
ReplyDeletenampak rupa ayam tu pun sudah tau sedap...
TQ sharing resepi, nti kak cuba..:)
sy masak x la teror mana tapi yes sy memang rajin masak cuma kadang tu pandai datang malas jugak hehe
Deleteaduh3 sedapnya
ReplyDeletesedap tapi pedas hehe
Deleteaduh. sedap nyer :)
ReplyDeleteaida ni jarang buat ayam goreng berempah. sesekali je.
more to ayam goreng crispy, cik itah.
ijat peminat ayam. tapi bila ayam goreng berempah, dia rejek!
sian plak kat dia...
hehe biasala tu lain2 selera
Deletetak bole jugak kalau ikut selera kita ja kan hehe
Sedapnya.. resepi pun tak susah.. boleh dicuba nie..
ReplyDeletecubala sis :)
Deletesuka makan ayam goreng berempah slps balik dari sekolah..
ReplyDeletesedap kann
Deletelama dah ray x makan ayam goreng berempah. ray follow sini tau #1123
ReplyDeletehi thank u..salam perkenalan Ray :)
DeleteMakan dgn nasi panas sedap ya amat.
ReplyDeleteBetul si hehe
Deletetetiba rasa mcm dah lama x mkn masakan pedas
ReplyDeleteSis ni mesti x berapa suka makanan pedas hehe
DeleteNampak sangat menyelerakan
ReplyDelete