Sayur Tarap Masak Lemak | First thing first, gambar diatas tu aku letak gambar full without crop, sayur tarap sebelah kiri tu ya hehe. Kali ini aku kongsikan pula salah satu makanan popular di kalangan penduduk Sabah. Buat mereka yang pernah datang ke Sabah tu rasanya memang familiar dengan buah tarap/terap ni. Buah ni kalau mentah boleh dijadikan sayur, kalau masak boleh dimakan begitu sahaja dan dia punya tahap kemanisan tu, gila punya manis. Selain tu tarap masak juga boleh di buat cucur atau bubur (aku suka kalau dicampur dengan bubur sagu atau kacang hijau). Buah tarap ini juga terkenal di kalangan pelancong yang datang melancong ke Sabah.
Bahan-bahan: Buah tarap mentah dipotong dadu, santan kelapa, kunyit hidup, daun kunyit, halia , cili api, udang kering atau ikan liking, pucuk ubi dan perasa.
Cara-cara;
- Kalau korang menggunakan santan kelapa pastikan santan pekat dan santan cair diasingkan dan santan cair tu jangan terlalu banyak ya (masa mau buat santan cair tu jangan taruh banyak air).
- Halia, kunyit hidup, udang kering dan cili api ditumbuk halus ya.
- Masukkan buah tarap, halia, kunyit hidup, cili api, udang kering @ ikan liking dan santan cair. Tutup periuk dan tunggu sehingga mendidih. Kacau sekata.
- Selepas itu masukkan daun kunyit dan biarkan selama beberapa minit.
- Masukkan santan pekat, pucuk ubi dan perasakan. Bila dah masukkan santan pekat tu pastikan api perlahan untuk mengelakkan daripada pecah santan.
- Dah cukup rasa, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Part paling aku nda suka kalau masak sayur tarap ni, masa kupas kulit tarap ni. Seleceh kupas kulit nangka, kulit tarap lagi leceh, sudah tu banyak lagi mau kemas. Nasib baik sedap so gigihlah kan ketang ketung dekat dapur haha
by, cik itah @ ramaramapendek
sayangnya ndak sempat makan buah tarap semasa mengajar di Papar dulu. Cuma sempat belajar makan ambuyat dgn penyepit...
ReplyDeletepandaila ni makan ambuyat ya, sedap tu..
DeleteTarap tu macamana rasa dia sis. Tak pernah cuba
ReplyDeletekalau masak rasanya manis2 berlemak..tapi kalau masih mentah dan buat sayur dia lebih kurang macam rasa buah nangka jugak tapi lagi sedap..bagi sy la hehe
DeleteSelalu dengaq tarap ni tpi tak penah tgok depan2 lagi. hopefully one day dpt
ReplyDeletemana tahu datang Sabah kebetulan musim buah cubala nanti
Deletekira mcam masak lemak nangka muda lah ni ye...
ReplyDeletedh lama teringin nk rasa buah tarap tu... cemana lah agaknya ye
ya lebih kurang tapi sy lagi suka rasa dia berbanding nangka hehe
DeleteSalam Cik Itah, Kak Feni dah follow Cik Itah. Btw buah tarap ni tak tahu pun rupa macam mana. Harapnya boleh sampai Sabah. Boleh try buah ni. Lauk nampak sedap.
ReplyDeletedah follow balik sis.. sis google ja jumpa tu buahnya hehe
DeleteDone follow sini.. Sedap nye sayur lemak, sy tak makan lagi hummm....
ReplyDeletecubala nanti
DeleteTarap always my favourite.. :)
ReplyDeleteya sy pun suka jg hihi
Deletendak pernah makan sayur Tarap..klu makan buahnya selalu lah..favourite bah ni..:)
ReplyDeletesadap baitu kan hehe
Deletetak pernah makan lagi ni, fuhh cam susah nak boleh ke masak masakan ni kan,, macam buah nangka putik la ni nak masak tapi janji makan puas hati :D ..
ReplyDeleteleceh sikit masa kupas kulitnya tu hehe
DeleteCik Itah, LZ kena Google buah tarap baru tahu macam mana rupa buah tarap ni..
ReplyDeleteNampak seperti cempedak dan cara masakan pula seperti masak lemak..
ya tapi rasanya berbeza..sy lagi suka buah tarap
Deletekalau buah tarap mmg penah mkn hehehe yg ni mmg x penah
ReplyDeletesedap ni
Deletepertama kali dengar sayur tarap. hehe. banyak lagi jenis makanan yg ada dlm malaysia yg kak belum tau rupanya :D
ReplyDeleteeya banyak lagi kak hehe
DeleteMakan dengan nasi panas memang terangkat mak mertua lalu pun tak sedar ni hahaha
ReplyDeletehaha memang sedap sis
DeleteNah kan, bikin terliur bah ni.
ReplyDeleteeya kak pip hehe
DeleteSedapnya sayur lemak ,saya suka juga masak lemak. Nampak macam nangka rupa buah ni ye. #1122
ReplyDeletethank u follow. ada beza hehe nangka bentuknya bujur, tarap ni bulat dan kulitnya tebal sikit
Deleteadakah ia mcm masak lemak nangka?
ReplyDeletesama kah rasa nyer, cik itah.
aida x pernah makan lagi. tq for sharing ilmu ni.
serupa tapi rasa berbeza sikit hehe
DeleteHalah.. kat sini tak ada.. Teringin nak rasa.. selalu nampak gambar je..
ReplyDeletemana tau berkesempatan datang Sabah rasala nanti kalau ngam2 musim hehe
Delete