You are reading:
Sayur Tarap Masak Lemak

Sayur Tarap Masak Lemak

Posted on: Sunday, August 25, 2019

tarap

Sayur Tarap Masak Lemak | First thing first, gambar diatas tu aku letak gambar full without crop, sayur tarap sebelah kiri tu ya hehe. Kali ini aku kongsikan pula salah satu makanan popular di kalangan penduduk Sabah. Buat mereka yang pernah datang ke Sabah tu rasanya memang familiar dengan buah tarap/terap ni. Buah ni kalau mentah boleh dijadikan sayur, kalau masak boleh dimakan begitu sahaja dan dia punya tahap kemanisan tu, gila punya manis. Selain tu tarap masak juga boleh di buat cucur atau bubur (aku suka kalau dicampur dengan bubur sagu atau kacang hijau). Buah tarap ini juga terkenal di kalangan pelancong yang datang melancong ke Sabah.

Bahan-bahan: Buah tarap mentah dipotong dadu, santan kelapa, kunyit hidup, daun kunyit, halia , cili api, udang kering atau ikan liking, pucuk ubi dan perasa.

Cara-cara;

  1. Kalau korang menggunakan santan kelapa pastikan santan pekat dan santan cair diasingkan dan santan cair tu jangan terlalu banyak ya (masa mau buat santan cair tu jangan taruh banyak air).
  2. Halia, kunyit hidup, udang kering dan cili api ditumbuk halus ya.
  3. Masukkan buah tarap, halia, kunyit hidup, cili api, udang kering @ ikan liking dan santan cair. Tutup periuk dan tunggu sehingga mendidih. Kacau sekata. 
  4. Selepas itu masukkan daun kunyit dan biarkan selama beberapa minit.
  5. Masukkan santan pekat, pucuk ubi dan perasakan. Bila dah masukkan santan pekat tu pastikan api perlahan untuk mengelakkan daripada pecah santan.
  6. Dah cukup rasa, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.

Part paling aku nda suka kalau masak sayur tarap ni, masa kupas kulit tarap ni. Seleceh kupas kulit nangka, kulit tarap lagi leceh, sudah tu banyak lagi mau kemas. Nasib baik sedap so gigihlah kan ketang ketung dekat dapur haha


by, cik itah @ ramaramapendek


Comments

  1. sayangnya ndak sempat makan buah tarap semasa mengajar di Papar dulu. Cuma sempat belajar makan ambuyat dgn penyepit...

    ReplyDelete
  2. Tarap tu macamana rasa dia sis. Tak pernah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masak rasanya manis2 berlemak..tapi kalau masih mentah dan buat sayur dia lebih kurang macam rasa buah nangka jugak tapi lagi sedap..bagi sy la hehe

      Delete
  3. Selalu dengaq tarap ni tpi tak penah tgok depan2 lagi. hopefully one day dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu datang Sabah kebetulan musim buah cubala nanti

      Delete
  4. kira mcam masak lemak nangka muda lah ni ye...
    dh lama teringin nk rasa buah tarap tu... cemana lah agaknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lebih kurang tapi sy lagi suka rasa dia berbanding nangka hehe

      Delete
  5. Salam Cik Itah, Kak Feni dah follow Cik Itah. Btw buah tarap ni tak tahu pun rupa macam mana. Harapnya boleh sampai Sabah. Boleh try buah ni. Lauk nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah follow balik sis.. sis google ja jumpa tu buahnya hehe

      Delete
  6. Done follow sini.. Sedap nye sayur lemak, sy tak makan lagi hummm....

    ReplyDelete
  7. ndak pernah makan sayur Tarap..klu makan buahnya selalu lah..favourite bah ni..:)

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan lagi ni, fuhh cam susah nak boleh ke masak masakan ni kan,, macam buah nangka putik la ni nak masak tapi janji makan puas hati :D ..

    ReplyDelete
  9. Cik Itah, LZ kena Google buah tarap baru tahu macam mana rupa buah tarap ni..
    Nampak seperti cempedak dan cara masakan pula seperti masak lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tapi rasanya berbeza..sy lagi suka buah tarap

      Delete
  10. kalau buah tarap mmg penah mkn hehehe yg ni mmg x penah

    ReplyDelete
  11. pertama kali dengar sayur tarap. hehe. banyak lagi jenis makanan yg ada dlm malaysia yg kak belum tau rupanya :D

    ReplyDelete
  12. Makan dengan nasi panas memang terangkat mak mertua lalu pun tak sedar ni hahaha

    ReplyDelete
  13. Sedapnya sayur lemak ,saya suka juga masak lemak. Nampak macam nangka rupa buah ni ye. #1122

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u follow. ada beza hehe nangka bentuknya bujur, tarap ni bulat dan kulitnya tebal sikit

      Delete
  14. adakah ia mcm masak lemak nangka?
    sama kah rasa nyer, cik itah.
    aida x pernah makan lagi. tq for sharing ilmu ni.

    ReplyDelete
  15. Halah.. kat sini tak ada.. Teringin nak rasa.. selalu nampak gambar je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau berkesempatan datang Sabah rasala nanti kalau ngam2 musim hehe

      Delete