Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri Syawal 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Salam Jumaat & selamat menunaikan solat jumaat :)

Aku disini engkau disana..aisehhh hihi khas untuk sahabat alam maya blog Cik Itah | ramaramapendek ni, korang tersangatlah comel, cute, cantik & kacak ! korang sangat awesome & korang memang adorable friends ! and i love you guys <3 harap akan dapat jumpa korang semua suatu hari nanti jika tidak di dunia mungkin di akhirat sana, insyAllah dan jika korang rasa  kita belum cukup mengenali, kenali aku DISINI

ikhlas dariku ;

walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang, mohon maaf segala kekhilafan kerana ada tikanya, mata silap memandang, telinga tersalah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga.



Esok aku akan balik kampung..harapnya selamat sampai. korang pun okay, semoga selamat sampai :) . Aku akan bercuti selama seminggu bermula esok sehingga 3 ogos 2014. So..jumpa nanti okay..kongsikan cerita raya korang, nak juga tahu heee ^_^

Apapun..have a cutest raya semua...kosong kosong ehhh? he he ;)


with love~rrp.cik itah

Thursday, July 24, 2014

Edisi Ramadhan : Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Entri ini pernah aku share suatu ketika dahulu - tahun 2012. Namun sekali lagi ingin aku share dengan korang :) Untuk renuangan & muhasabah diri bersama :)


Ya Allah cepatnya masa berlalu, tahu-tahu kita sudah hampir di pusingan akhir ramadhan. Dulu masa menyambut Ramadhan bukan main lagi bersungguh dengan azam hendak layan puasa. Bertekad Rmaadhan kali ini mahu lakukan betul-betul, penuh kualiti dan lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Nampaknya Ramadhan yang kita lalui mcam biasa sahaja malah kadang-kadang terasa lebih comot dari tahun-tahun sudah. Cemas juga rasanya kerana usia kita semakin meningkat namun kualiti puasa masih di tahap rendah, tidak seimbang dengan kualiti dunia yang kita bina berbanding kualiti agama yang kita hayati. Walau bagaimanapun kita masih ada peluang lagi. Sebagai motivasi supaya lebih bersungguh-sungguh membuat pecutan akhir sepuluh Ramadhan ini marilah kita hayati suatu cerita motivasi.

Ada seorang hamba Allah ini, dia pergi ke hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi....aauuummmmm!!!!! iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya. Jadi si hamba Allah itupun lari menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah itu sebab ia terlalu lapar. Harimau terus kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ini punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga berdoa supaya dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau itu. Dengan kuasa Allah diperlihat sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, diapun terjunlah ke dalam perigi itu. Pada perigi itu ada tali dan timba.

Diapun bergayut pada tali itu. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya. Dia pun berfikirlah macam mana hendak meyelamatkan diri sambil berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya. Sedang dia berfikir-fikir bagaimana hendak selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah lagilah seram dibuatnya. Hendak tahu ada apa dekat bawah itu? Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.

Apalah nasib sudah jatuh ditimpa tangga lagilah takut si hamba Allah itu. Atas ada harimau bawah pula ada buaya. Dalam keadaan risau dan takut itu dia berfikir untuk mencari jalan keluar. Tiba-tiba keluar seeokor tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas ikut tali itu. Sampai ke atas, tikus itu gigit pula tali itu. Kemudian keluar lagi seeokr tikus berwarna hitam. Dia berfikir lagi, kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus jatuh ke bawah pasti akan dimakan buaya.

Hamba Allah itu pun mendongak ke atas langit untuk melihat lebah yang sedang membawa madu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulutnya. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah itu lalu berkata "Fuh manisnya madu ini, tidak pernah aku rasa semanis ini. Sungguh sedap! Subhanallah". Kerana setitik madu itu hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menantinya diatas perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


Kalau semua hendak tahu, hamba Allah itu adalah kita. Harimau yang mengejar itu adalah maut yang sedang menanti kita. Jadi marilah kita sama-sama beringat, dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam itu pula adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan lah setitik saja madu jatuh ke dalam mulutnya dia lupa kepada harimau dan buaya itu. Macam kitalah, apabila dapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri, lupa dunia tempat beramal dan mencari bekal.

Sebaik peluang adalah bulan Ramadhan dengan seribu janji dan jaminan dari Allah. Semoga cerita ini menjadi renungan kita dalam mengisi sepuluh terakhir Ramadhan yang penuh keistimewaan, terutama bersungguh-sungguh memburu malam LAILATURQADAR! InsyAllah...


Credited ;
Tazkirah Remaja
oleh,

Datuk Mohd Zawawi Yusoh


with love~rrp.cik itah

Wednesday, July 23, 2014

Tuesday, July 22, 2014

Iklan Raya 2014 JKKN Sabah - Kuih Ibuku

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Cuma nak share Iklan Raya terbaru 2014 oleh JKNN Sabah yang diadaptasi daripada coteran kisah sedih "Budak Si Penjual Kuih" yang ditulis dan dikongsikan di laman media sosial. Seriously, aku sangatlah tersentuh tengok iklan ni..sedihh haihh :'(


 
 
with love~rrp.cik itah

Monday, July 21, 2014

Persiapan Raya 0/100 %


Gambar Hiasan. Credited to : Kelantan Home

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Persiapan raya 0% dari 100% . Inilah yang mula merisaukan aku sekarang huhuhu biskut raya tak buat lagi, baju raya pun takda lagi ..pendek kata, satu apapun takda..alamak!!
Sejak minggu lepas kut aku tercari-cari baju raya tapi masih tak jumpa juga yang betul-betul kena dihati. Malam tadi shopping sampai kedai pun nak tutup tapi satu apapun tak beli. Apakah cerewetnya aku??! Buat penat ja kaki berjalan, apa yang aku cari tak tahu la haihh..

Aku cari baju raya warna biru laut atau turquoise sebenarnya tapi semua yang aku jumpa pun warna purple, warna pink, warna merah...asyik-asyik warna yang sama. Kemanakah menghilangnya warna kegemaran aku?? Alahaii.. :(

Persiapan korang mesti sudah 100% complete kan? Ada yang dah balik kampung dah pun rasanya kan? Untunglah huhu. Apapun bagi korang yang akan balik kampung dalam minggu ni..hati-hati di jalan raya okay, semoga selamat sampai. Aku tanggal 26/07 baru dapat balik kampung..semuanya last minutes! Alamak!

P.S Aku dapat berita gembira dari kakak aku, dia pregnant 4 bulan..alhamdulillah bertambah anak buah lagi heee eh tapi..tapi anak sendiri bila eh? Muahahaha nonsense! Kbai~


with love~rrp.cik itah

Thursday, July 17, 2014

Lipstik Tahan Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

credited to : http://shinypinklips.blogspot.com/
Lipstik Tahan Lama | Aku terasa nak buat entri pasal ini, ternampak dekat search keyword sebenarnya. Sebelum ini aku pernah buat entri Lipgloss Tahan Lama. Tapi disini aku nak share lipstik yang aku guna yang aku rasa ianya memang tahan lama iaitu Simply Pretty produk keluaran dari Avon. Sekali touch-up pun dah cukup, tak perlu nak touch-up banyak kali :)

Banyak pilihan warna yang ada, tapi kalau aku (aku lah kan), aku pilih red fantasy CB14. Harga aku tak ingat tapi rasanya bawah RM20 kut kalau tak silap. Kalau rasa nak cuba pergi ja mana-mana cawangan Avon p/s Watson pun ada dijual :)

Tips pemakaian. Supaya lebih tahan lama aku syorkan jangan sesekali kemam bibir okay. Kalau aku, aku lebih selesa sapukan dengan jari supaya nampak lebih rata dan cantik dipandang. And sometime juga selepas sapukan lipstik aku akan sudahi dengan lipbalm - baby lipbalm dari Maybelline. 

Selepas disudahi dengan lipbalm

p.s warna boleh pilih ikut kesukaan masing-masing tapi kalau nak cari warna hitam, hijau, biru atau kuning..harap maaf ya, memang takda hehehe :P


with love~rrp.cik itah

Wednesday, July 9, 2014

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


klik banner

**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm

with love~rrp.cik itah

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Terima kasih buat tuan punya GA [Fafizah Halim] sebab invite :)

 Tarik Mula : 4 Julai 2014 Tarikh Tutup : 21 Julai 2014 Tarikh Keputusan : 25 Julai 2014

Tarikh Mula : 4 Julai 2014
Tarikh Tutup : 21 Julai 2014
Tarikh Keputusan : 25 Julai 2014
 
p.s buat semua yang join..semoga berjaya & murah rezeki - amin. buat yang belum join pula, mari bersama kita meriahkan GA ini heee ^_^


with love~rrp.cik itah

Tuesday, July 8, 2014

GA Cash RAYA RM1000 by Emas Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Join GA pula hari ini. Kepada semua yang join GA ini - semoga berjaya dan murah rezeki, amin :))

As-Salam


[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]


with love~rrp.cik itah

Monday, July 7, 2014

Segmen Blogwalking by Eiqa Almond

Assalamulaikum dan salam sejahtera :)

Tanda sokongan untuk sayang aku yang seorang ni hahahha lama benar dia menghilang.
Akupun dah rindu rindu bagai hehehe :P

http://eiqaalmond.blogspot.com/2014/07/segmen-blogwalking-by-eiqa-almond.html

HADIAH ( perserta yang bertuah ) :
Kimono Cardigan ( labuh )  x  1 peserta yang bertuah
Topup RM5  x  2 peserta yang bertuah
TARIKH TAMAT : 24 Julai 2014

with love~rrp.cik itah

Nuffnang : CPUV Oldtown True White Coffee

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Alhamdulillah Nuffnang masih berbesar hati nak bagi cpuv baru dekat blog ramaramapendek ni walaupun dua tiga hari ini aku tidak begitu aktif berblog, tiada entri baru apatah lagi nak terjah mana-mana blog. Aku pun tak tahu nak tulis apa, segalanya kosong!

Tapi rasanya selepas entri ini aku nak menaip satu entri bertajuk R.I.N.D.U. Ehhh? Hahaha entah kenapa namun akhir-akhir ini aku lebih suka berbicara soal hati dan perasaan. Mungkin aku tengah dilamun cinta! Hahaha mungkin la kan hehhehe terasa jiawangnya disitu jiwang ala-ala filem Titanic!
Okay okay. Cukup cukup! Hehehe :P Sekadar bergurau :D :D


with love~rrp.cik itah

Wednesday, July 2, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Dear all, have a nice wednesday hee
Man's and women's shopping pattern :D

Man's and women's shopping pattern
FACEBOOK
with love~rrp.cik itah