Ya Allah cepatnya masa berlalu, tahu-tahu kita sudah hampir di pusingan akhir ramadhan. Dulu masa menyambut Ramadhan bukan main lagi bersungguh dengan azam hendak layan puasa. Bertekad Rmaadhan kali ini mahu lakukan betul-betul, penuh kualiti dan lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Nampaknya Ramadhan yang kita lalui mcam biasa sahaja malah kadang-kadang terasa lebih comot dari tahun-tahun sudah. Cemas juga rasanya kerana usia kita semakin meningkat namun kualiti puasa masih di tahap rendah, tidak seimbang dengan kualiti dunia yang kita bina berbanding kualiti agama yang kita hayati. Walau bagaimanapun kita masih ada peluang lagi. Sebagai motivasi supaya lebih bersungguh-sungguh membuat pecutan akhir sepuluh Ramadhan ini marilah kita hayati suatu cerita motivasi.
Ada seorang hamba Allah ini, dia pergi ke hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi....aauuummmmm!!!!! iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya. Jadi si hamba Allah itupun lari menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah itu sebab ia terlalu lapar. Harimau terus kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ini punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga berdoa supaya dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau itu. Dengan kuasa Allah diperlihat sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, diapun terjunlah ke dalam perigi itu. Pada perigi itu ada tali dan timba.
Diapun bergayut pada tali itu. Jadi dia bergantungan ditengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya. Dia pun berfikirlah macam mana hendak meyelamatkan diri sambil berdoa kepada Allah agar menyelamatkannya. Sedang dia berfikir-fikir bagaimana hendak selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah lagilah seram dibuatnya. Hendak tahu ada apa dekat bawah itu? Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.
Apalah nasib sudah jatuh ditimpa tangga lagilah takut si hamba Allah itu. Atas ada harimau bawah pula ada buaya. Dalam keadaan risau dan takut itu dia berfikir untuk mencari jalan keluar. Tiba-tiba keluar seeokor tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas ikut tali itu. Sampai ke atas, tikus itu gigit pula tali itu. Kemudian keluar lagi seeokr tikus berwarna hitam. Dia berfikir lagi, kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus jatuh ke bawah pasti akan dimakan buaya.
Hamba Allah itu pun mendongak ke atas langit untuk melihat lebah yang sedang membawa madu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulutnya. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah itu lalu berkata "Fuh manisnya madu ini, tidak pernah aku rasa semanis ini. Sungguh sedap! Subhanallah". Kerana setitik madu itu hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menantinya diatas perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau semua hendak tahu, hamba Allah itu adalah kita. Harimau yang mengejar itu adalah maut yang sedang menanti kita. Jadi marilah kita sama-sama beringat, dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan hitam itu pula adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan lah setitik saja madu jatuh ke dalam mulutnya dia lupa kepada harimau dan buaya itu. Macam kitalah, apabila dapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri, lupa dunia tempat beramal dan mencari bekal.
Sebaik peluang adalah bulan Ramadhan dengan seribu janji dan jaminan dari Allah. Semoga cerita ini menjadi renungan kita dalam mengisi sepuluh terakhir Ramadhan yang penuh keistimewaan, terutama bersungguh-sungguh memburu malam LAILATURQADAR! InsyAllah...
Credited ;
Tazkirah Remaja
oleh,
Datuk Mohd Zawawi Yusoh
p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...
ReplyDeletesemoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan
ReplyDeleteselamat hari raya awak =)
@Khai♥Rin : anies sy pun sama ya..maaf zahir & batin :)
ReplyDelete@Fazleyatul Aini insyAllah..selamat hari raya jugak :)
ReplyDeletethanks for sharing kisah yang penuh keinsafan ini cik itah.... :D
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
semoga kita dapat jumpa lagi di ramadhan akan datang... insyaAllah..
ReplyDeleteIngatkan cerita ala-ala Sang Kancil tadi.. Rupa-rupanya ada kisah keinsafan disebaliknya.. :'(
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatannya :)
ReplyDeletegood story..thanks for your reminder..
ReplyDeleteselamat hari raya...
ReplyDeleteSatu Perkongsian yg sangat bagus ita..semoga kita dpt bertemu lagi ramadhan yg akan datang..=D
ReplyDeletekisah yg amat brutal, sebrutal kehidupan kita.
ReplyDeletealhamdulillah artikel yang bermanfaat. salam kenal dan jemput singgah blog ye. jangan lupa komen sekali! www.kaio.my
ReplyDeletetq share.
ReplyDeleteKejap je dah akhir ramadhankan . Sedih sgt rasa . Hope amalan kita dibulan ramadhan tahun nie ditrima allah .
ReplyDeleteSelamat hari raya sis :)
Thanks for the story..Banyak iktibarnya.
ReplyDeleteSemoga amalan kita semua diterima Allah swt... aamiin...
ReplyDeleteagk nyer dpt ke jita jumpa ramadan thn dpn??
ReplyDeletecerita yg byk pengajaran
ReplyDeletebest citer ni
ReplyDelete