Friday, February 26, 2016

Jadikan Guangzhou Destinasi Percutian Anda

Assalamualaikum ..

Jadikan Guangzhou Destinasi Percutian Anda
sumber : sy93966.com

Entri khas untuk mereka-mereka yang suka melancong dan bercuti ke luar negara khususnya kaki travel, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Guangzhou. Salah satunya adalah Sunflowers Garden, yang bertempat Qingsha Town, Nansha District, Bandar Guangzhou atau disebut sebagai Flower City Square. Terdapat berjuta-juta bunga matahari dengan pelbagai warna yang di import dari Jepun. Ini kalau nak buat photoshot ni memang menarik !

Jadikan Guangzhou Destinasi Percutian Anda


Selain Flower City Square, terdapat banyak lagi tempat-tempat yang harus dikunjungi di Guangzhou. Antaranya ialah Lotus Hill dan Shamian Island. Apa yang menarik di Lotus Hill, sudah tentunya pemandangan yang cantik yang dikelilingi oleh tasik yang begitu indah.

Jadikan Guangzhou Destinasi Percutian Anda
sumber : 126.net


Di Shamian Island pula terdapatnya hotel lima bintang pertama China yang dinamakan sebagai White Swan Hotel. Shamian Island mempunyai lebih dari 150 bangunan dalam gaya Eropah kerana dahulu Shamian Island pernah ditakluki oleh British dan Perancis. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan bangunan disitu dibina ala gaya barat.

Pasal makanan pula tidak perlu risau kerana ada restoran yang menyediakan makanan halal. Salah satu makanan yang terkenal di Guangzhou adalah Dim Sum.

Banyak lagi tempat yang menarik dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai tempat menarik di Guangzhou, klik Tempat Menarik Di Guangzhou dan 9 Tips Melancong Ke Guangzhou .



with love~rrp.cik itah

Wednesday, February 24, 2016

Empat Faktor Kenapa Aku Pilih Wedges? Kenapa Tidak High Heels?

Assalamualaikum ..

Wedges or High Heels
sumber : Google

Wedges or high heels? Of course lah wedges. Kenapa dan mengapa? Ini cuma sekadar pendapat aku. Well, masing-masing punya pendapat tersendiri kan :)

Empat Faktor Kenapa Aku Pilih Wedges? Kenapa Tidak High Heels?


Minat

Antara faktor utama aku memilih wedges adalah kerana minat. Sejak dari dulu aku memang gemar menggayakan wedges jika dibandingkan dengan high heels. Bagi aku wedges lebih menawan dan menarik dipandang :)

Lebih Mudah Untuk Digayakan

Wedges lebih mudah untuk digayakan betul tidak? Sebabnya wedges tak ada tumit yang tajam-tajam macam heels tu. Huh! Sengsara aku kalau pakai heels. Pernah hari tu aku try pakai heels, 2 inci ja kut dan bolehnya aku terpeliot? Bayangkan malunya aku disitu hu hu hu sembunyi muka dalam handbag xoxo

Wedges Itu Lebih Cute dan Comel

Oleh kerana aku rasa diri aku comel dan cute so aku pun terasa nak pakai benda-benda comel ja kahkah. Gurau. Cuba perhatikan high heels lepas tu perhatikan pula wedges. Wedges lebih comel dan cute betul tak? Bagi aku high heels lebih kelihatan seksi dan gorgeous, sebab itulah aku tak mahu pakai. Tapi betullah wedges tu comel!

Melambangkan Personaliti dan Karakter Diri

Aku pernah terbaca wanita yang suka menggayakan wedges ini kononnya adalah seorang yang fleksibel yang mudah bergaul dan tidak memilih bulu atau warna kulit dalam berkawan. Mungkin betul dan mungkin juga tidak pendapat ni tapi kalau akulah kan dalam bab berkawan ni aku memang tak memilih bulu pun. Kaya ke miskin ke, berkulit putih ke hitam ke, berwajah cantik ke hodoh ke..bagi aku semuanya sama yang penting hati tu.

Wedges Cute dan Comel
sumber : taconesdemoda.com

So korang lebih suka menggayakan apa? Adakah high heels? Atau sama seperti aku, Wedges? Sandals? Flats ataupun Kasut Sport? Sebenarnya tidak kisahlah pakai apapun asalkan kita yakin dengan penampilan diri kita mesti akan tetap kelihatan cantik dan menawan. Apa yang penting kita selesa dengan apa yang kita gayakan :)



with love~rrp.cik itah

Friday, February 19, 2016

Empat Sebab Jam Tangan Masih Menjadi Pilihan

Assalamualaikum ..

Jam Tangan

Suatu ketika dahulu penggunaan Jam Tangan pernah menjadi "hot trend" di kalangan individu.Tidak dinafikan dengan kewujudan smart phone atau telefon pintar sebagai alarm dan penunjuk masa, penggunaan jam tangan dilihat telah menjadi kurang relevan malah semakin sedikit orang yang menggunakan jam tangan untuk melihat waktu. Namun masih ada segelintir individu yang masih setia dengan penggunaan jam tangan dalam kehidupan harian mereka.

Antara Empat Sebab Jam Tangan Masih Menjadi Pilihan ;


Sebagai Aksesori

Jam Tangan bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk masa malah ada individu yang menganggapnya sebagai salah satu aksesori yang wajib ada. Segelintir pula berpendapat bahawa penampilan mereka tidak akan lengkap tanpa pemakaian jam tangan. Bagi aku pula kalau sudah terbiasa memakai jam tangan sejak dulu memang akan addicted untuk terus memakai..kan?

Sebagai Penyelamat Waktu Yang Mudah dan Cepat

Kita seharusnya tidak boleh terlalu bergantung dengan penggunaan telefon pintar sahaja kerana ia juga akan kehabisan bateri. Di sini jam tangan berfungsi sebagai penyelamat waktu kita. Membaca waktu melalui jam tangan juga adalah lebih cepat dan mudah. Tak perlu nak gagau handphone dalam handbag, kerling ja jam di tangan..mudah kan?

Sebagai Pelaburan Jangka Panjang dan Simpanan Peribadi Yang Berharga

Jangan hairan dan terkejut jika sesetengah individu sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki jam tangan idaman mereka. Terdapat banyak koleksi jam tangan yang menarik dan penuh gaya dari pelbagai jenama dan rekaan sama ada keluaran tempatan mahupun antarabangsa. Sesetengah individu bijak mempromosikan koleksi jam tangan mereka untuk dijual semua sehingga ada individu lain yang tertarik untuk membelinya. Berbaloi kan?

Sebagai Simbol Personaliti dan Karakter Diri Seseorang

Pemakaian jam tangan membolehkan kita mengenali karakter dan personaliti diri seseorang. Ada yang berpendapat bahawa seseorang yang memakai jam tangan adalah seorang yang menepati waktu dan tidak suka membuang masa dengan sesuatu yang sia-sia. Masa itu emas! Disini, individu memilih untuk memakai jam tangan kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang tidak menepati masa dan tidak menitikberatkan soal waktu. Salah seorangnya aku, ya terutamanya semasa menghadiri temuduga mahupun semasa menghadiri temujanji memang wajib pakai jam tangan!

Jam Tangan


Pernah tidak korang mengalami situasi ni. Dari satu kedai ke satu kedai jam tangan susah nak dapatkan jam tangan yang menarik minat? Haa apa susah..ZALORA MALAYSIA kan ada? Jangan tak tahu Zalora Malaysia menawarkan pelbagai koleksi jam tangan yang menarik malah dengan harga yang berpatutan termasuklah jenama Fossil, DKNY, Michael Kors, Casio, G-Shock, Swiss Eagle dan banyak lagi dengan pelbagai rekaan dan warna yang pastinya menarik mata yang memandang.

Rekaan dan warna memainkan peranan penting dalam pemilihan jam tangan. Ada yang menginginkan jam tangan mengikut gaya kasual, formal, mewah dan lain-lain.

Kalau aku pula, kalau aku lah kan..aku suka pakai jam tangan mengikut warna baju atau yang sesuai dengan pemakaian aku. Contoh kalau nak pergi menghadiri event of course lah kan nak pakai jam yang lebih elegant dan bergaya, betul tidak? Korang tahu tak bahawa penggemar koleksi jam tangan bertali kulit dipercayai merupakan individu yang serius manakala pemakai jam tangan digital pula digambarkan sebagai individu yang lasak? Hmm aku kategori yang mana agaknya ya? Korang pula? Jom tanya minat masing-masing :)


with love~rrp.cik itah

Friday, February 5, 2016

Memilih Sahabat | Lima Sifat Yang Perlu Ada


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

lima sifat yang perlu ada
sumber : pakarcinta.com

Kata Imam Ghazali:

Ketika memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat."

Apabila kita mahu memilih sahabat lihatlah lima (5) sifat yang ada padanya ;




Memilih Sahabat | 5 Sifat Yang Perlu Ada


Orang yang berakal

Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

Orang yang baik akhlaknya.

Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dirinya dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.


Orang yang soleh

Hindarkan bersahabat dengan orang yang fasik yang kerap mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut kepada Allah itu tidak sesal dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akhirnya akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

Orang yang benar

Jangan engkau bersahabat dengan orang yang selalu berbohong,barangkali dia akan menipu engkau. Berdusta atau berbohong adalah perangi keji yang dicela agama dan tidak disukai oleh semua manusia. Dengan memilih sahabat yang baik mudah-mudahan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa mencegahnya. Mendengar orang mengumpat tanpa kita cegah pun sudah suatu dosa kpd kita.!

Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.

Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak kepada dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi jiwa dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia dibimbangi kamu pula akan turut tamak kepada dunia.

(Ringkasan dari kitab Ihya & Bidayatul Hidayah). Dikreditkan kepada Ustaz Azhar Idrus (Original fan page)




Sekian dan salam sayang buat semua blogger dan pembaca blog ramaramapendek. Salam jumaat  :) 


with love~rrp.cik itah

"DIA" Peminat Aku


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai buat semua blogger dan silent reader :)

Dia Peminat Aku
sumber gambar : www.santabanta.com


Wahh tajuk bukan main lagi. Patutnya dihari jumaat ni kongsilah wordless friday ke renungan untuk muhasabah diri ke kan? Ini........hihi layankan sajalah. Petang nanti aku up lagi satu entri khas untuk hari jumaat. Ehh?

"DIA" Peminat Aku. 


Terdetik dihati aku untuk semak balik entri-entri lama. Terpandang komen baru dari seorang blogger.

"Eh dia ni. Entri yang sudah berkurun pun mahu komen". Aku abaikan. Klik lagi entri lain.

"Eh? Ini pun dia komen". Klik lagi entri lain....

"Eh, ada jugak dia komen?". Aku klik klik klik dan klik semua entri lama. Scroll-down, tengok komen terbaru. Wahh rupanya hampir semua entri aku tak kira lama ke baru dia komen. Pendek kata dia sentiasa ada. Awww..so sweet. Terima kasih awak :)

Love Note:
Walau siapapun dia, to my future husband ; "Jodoh itu rahsia Ilahi. Dan Dia mengatakan awak untuk saya dan saya untuk awak"


P.S Aku dan dia dalam perancangan. Inshaa Allah semoga dipermudahkan jodoh untuk kami - amin.


Sekian dan salam sayang buat semua blogger :)


with love~rrp.cik itah