Assalamualaikum ..
sumber : sy93966.com |
Entri khas untuk mereka-mereka yang suka melancong dan bercuti ke luar negara khususnya kaki travel, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Guangzhou. Salah satunya adalah Sunflowers Garden, yang bertempat Qingsha Town, Nansha District, Bandar Guangzhou atau disebut sebagai Flower City Square. Terdapat berjuta-juta bunga matahari dengan pelbagai warna yang di import dari Jepun. Ini kalau nak buat photoshot ni memang menarik !
Jadikan Guangzhou Destinasi Percutian Anda
Selain Flower City Square, terdapat banyak lagi tempat-tempat yang harus dikunjungi di Guangzhou. Antaranya ialah Lotus Hill dan Shamian Island. Apa yang menarik di Lotus Hill, sudah tentunya pemandangan yang cantik yang dikelilingi oleh tasik yang begitu indah.
sumber : 126.net |
Di Shamian Island pula terdapatnya hotel lima bintang pertama China yang dinamakan sebagai White Swan Hotel. Shamian Island mempunyai lebih dari 150 bangunan dalam gaya Eropah kerana dahulu Shamian Island pernah ditakluki oleh British dan Perancis. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan bangunan disitu dibina ala gaya barat.
Pasal makanan pula tidak perlu risau kerana ada restoran yang menyediakan makanan halal. Salah satu makanan yang terkenal di Guangzhou adalah Dim Sum.
Banyak lagi tempat yang menarik dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai tempat menarik di Guangzhou, klik Tempat Menarik Di Guangzhou dan 9 Tips Melancong Ke Guangzhou .
with love~rrp.cik itah
bestnya kalau dpt p..
ReplyDeleteX terfikir bila la dpt dtg ke cne..sudala cntik tmptnya
ReplyDeletealaaaa...last time pi xde pun pi kat sini...cantiknya la hai...
ReplyDeletecantiknye!
ReplyDeletecantek tempat dia!
ReplyDeleteBoleh beralih angin ke Guangzhou pula lepas ni. :)
ReplyDeleteBanyak tempat menarik disana ye CikItah :)
ReplyDeleteMenarik ni... seronok klu dpt berjln bercuti ke sana... :)
ReplyDeletecantiknyaaaa. no wonder bos akak selalu ke sini
ReplyDeleteCik Itah.. akak ada tag cik itah ye..
ReplyDeleteNak juga tahu apa yg cik itah benci.. nanti tengok kat blog akak ye.
Tq dear :)
Bestnya kalau dapat pergi bercuti kat Guangzhou tu
ReplyDeleteGUANGZHAU OR BATU PAHAT ?
ReplyDelete