Monday, March 31, 2014

Tip Menghilangkan Whitehead


how to removes whitehead

Tip Menghilangkan Whitehead | Entry khas untuk kaum Hawa yang sukakan kecantikan. Sebelum ni aku dah buat entry Masker Putih Telur [klik untuk lihat] Entry kali ini aku nak bagi tip mudah untuk menghilangkan whitehead menggunakan putih telur. Caranya lebih kurang macam entry sebelum ni cuma bezanya kali ini dengan menggunakan kapas.

So ikut cara ni step by step ;
  • Sebiji telur pun dah cukup just asingkan putih dan kuning telur tu..
  • Pukul putih telur sehingga kembang
  • Bersihkan wajah terlebih dahulu menggunakan pencuci muka atau air untuk membuka liang pori. Tambahan, korang juga boleh sapukan toner [ikut keselesaan]
  • Ratakan kapas muka dengan putih telur
  • Tekap/tempek/tampal rata kapas [yang telah diratakan putih telur] diwajah korang dan biarkan sehingga kapas kering..[kalau aku, aku biarkan selama 2 jam]
  • Tambahan, sebelum biarkan kapas kering wapkan muka dengan air panas selama 1 minit [ini cara aku, buat atau tidak tak jadi masalah hihi p/s tak wajib nak ikut]
  • Tanggalkan kapas muka dan lihat hasilnya. Then cuci muka dengan air atau pencuci muka [ikut keselesaan]

*Note: Untuk kesan terbaik lakukan tiga kali seminggu dan korang akan nampak hasilnya.

Kebaikan masker putih telur korang boleh tujuk kat SINI. Sekian dan selamat mencuba!


with love~rrp.cik itah
Read More »