Assalamualaikum ..
Suatu ketika dahulu penggunaan Jam Tangan pernah menjadi "hot trend" di kalangan individu.Tidak dinafikan dengan kewujudan smart phone atau telefon pintar sebagai alarm dan penunjuk masa, penggunaan jam tangan dilihat telah menjadi kurang relevan malah semakin sedikit orang yang menggunakan jam tangan untuk melihat waktu. Namun masih ada segelintir individu yang masih setia dengan penggunaan jam tangan dalam kehidupan harian mereka.
Pernah tidak korang mengalami situasi ni. Dari satu kedai ke satu kedai jam tangan susah nak dapatkan jam tangan yang menarik minat? Haa apa susah..ZALORA MALAYSIA kan ada? Jangan tak tahu Zalora Malaysia menawarkan pelbagai koleksi jam tangan yang menarik malah dengan harga yang berpatutan termasuklah jenama Fossil, DKNY, Michael Kors, Casio, G-Shock, Swiss Eagle dan banyak lagi dengan pelbagai rekaan dan warna yang pastinya menarik mata yang memandang.
Rekaan dan warna memainkan peranan penting dalam pemilihan jam tangan. Ada yang menginginkan jam tangan mengikut gaya kasual, formal, mewah dan lain-lain.
Kalau aku pula, kalau aku lah kan..aku suka pakai jam tangan mengikut warna baju atau yang sesuai dengan pemakaian aku. Contoh kalau nak pergi menghadiri event of course lah kan nak pakai jam yang lebih elegant dan bergaya, betul tidak? Korang tahu tak bahawa penggemar koleksi jam tangan bertali kulit dipercayai merupakan individu yang serius manakala pemakai jam tangan digital pula digambarkan sebagai individu yang lasak? Hmm aku kategori yang mana agaknya ya? Korang pula? Jom tanya minat masing-masing :)
Suatu ketika dahulu penggunaan Jam Tangan pernah menjadi "hot trend" di kalangan individu.Tidak dinafikan dengan kewujudan smart phone atau telefon pintar sebagai alarm dan penunjuk masa, penggunaan jam tangan dilihat telah menjadi kurang relevan malah semakin sedikit orang yang menggunakan jam tangan untuk melihat waktu. Namun masih ada segelintir individu yang masih setia dengan penggunaan jam tangan dalam kehidupan harian mereka.
Antara Empat Sebab Jam Tangan Masih Menjadi Pilihan ;
Sebagai Aksesori
Jam Tangan bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk masa malah ada individu yang menganggapnya sebagai salah satu aksesori yang wajib ada. Segelintir pula berpendapat bahawa penampilan mereka tidak akan lengkap tanpa pemakaian jam tangan. Bagi aku pula kalau sudah terbiasa memakai jam tangan sejak dulu memang akan addicted untuk terus memakai..kan?Sebagai Penyelamat Waktu Yang Mudah dan Cepat
Kita seharusnya tidak boleh terlalu bergantung dengan penggunaan telefon pintar sahaja kerana ia juga akan kehabisan bateri. Di sini jam tangan berfungsi sebagai penyelamat waktu kita. Membaca waktu melalui jam tangan juga adalah lebih cepat dan mudah. Tak perlu nak gagau handphone dalam handbag, kerling ja jam di tangan..mudah kan?Sebagai Pelaburan Jangka Panjang dan Simpanan Peribadi Yang Berharga
Jangan hairan dan terkejut jika sesetengah individu sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki jam tangan idaman mereka. Terdapat banyak koleksi jam tangan yang menarik dan penuh gaya dari pelbagai jenama dan rekaan sama ada keluaran tempatan mahupun antarabangsa. Sesetengah individu bijak mempromosikan koleksi jam tangan mereka untuk dijual semua sehingga ada individu lain yang tertarik untuk membelinya. Berbaloi kan?Sebagai Simbol Personaliti dan Karakter Diri Seseorang
Pemakaian jam tangan membolehkan kita mengenali karakter dan personaliti diri seseorang. Ada yang berpendapat bahawa seseorang yang memakai jam tangan adalah seorang yang menepati waktu dan tidak suka membuang masa dengan sesuatu yang sia-sia. Masa itu emas! Disini, individu memilih untuk memakai jam tangan kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang tidak menepati masa dan tidak menitikberatkan soal waktu. Salah seorangnya aku, ya terutamanya semasa menghadiri temuduga mahupun semasa menghadiri temujanji memang wajib pakai jam tangan!Pernah tidak korang mengalami situasi ni. Dari satu kedai ke satu kedai jam tangan susah nak dapatkan jam tangan yang menarik minat? Haa apa susah..ZALORA MALAYSIA kan ada? Jangan tak tahu Zalora Malaysia menawarkan pelbagai koleksi jam tangan yang menarik malah dengan harga yang berpatutan termasuklah jenama Fossil, DKNY, Michael Kors, Casio, G-Shock, Swiss Eagle dan banyak lagi dengan pelbagai rekaan dan warna yang pastinya menarik mata yang memandang.
Rekaan dan warna memainkan peranan penting dalam pemilihan jam tangan. Ada yang menginginkan jam tangan mengikut gaya kasual, formal, mewah dan lain-lain.
Kalau aku pula, kalau aku lah kan..aku suka pakai jam tangan mengikut warna baju atau yang sesuai dengan pemakaian aku. Contoh kalau nak pergi menghadiri event of course lah kan nak pakai jam yang lebih elegant dan bergaya, betul tidak? Korang tahu tak bahawa penggemar koleksi jam tangan bertali kulit dipercayai merupakan individu yang serius manakala pemakai jam tangan digital pula digambarkan sebagai individu yang lasak? Hmm aku kategori yang mana agaknya ya? Korang pula? Jom tanya minat masing-masing :)
with love~rrp.cik itah
saya ad 1 je jam tangan....pakai untuk semua event..kalo x pkai rs x lengkp
ReplyDeleteyui kalau xde jam mcm xlengkp plak. huhu
ReplyDeleteLya dulu2 suka sgt bli jam tgn..skrg ni jak minat tu da berubah
ReplyDeleteTpi klau da org hadiahkn lya x tolak hihi
Akak sejak ada handphone..
ReplyDeleteDah tak guna jam tangan Cik Itah..
Jam yg ada buat simpan dalam almari jer :)
abam kie ada 4 jam tgn yg digunakan mengikut keperluan..
ReplyDeleteRasa berminat nak beli jam tangan pintar lak ^-^
ReplyDeleteLepas habis belajar haritu sampai ke sudah tak pakai jam sebab malas gantu bateri huhu
ReplyDeleteLama dh tak pakai jam tangan...
ReplyDeleteSaya jenis pakai jam tangan satu je untuk semua occasion.. tapi nak yang bertali kulit.. sebab lengan saya kecik lagi buat masa ni. Hadiah kahwin pon dapat yang bertali kulit... selesa dan old school gitu. jom join gA saya:
ReplyDeletehttp://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html
kebanyakan lelaki still pakai jam tangan. perempuan tak pasti la pulak.
ReplyDeletekak mia kurang minat pakai jam... kalau ada orang bagi hadiah, simpan buat koleksi..
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.
blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html
pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html
fatin mmg kena pakai jam, kalau tertinggal jam kat rumah, xsenang duduk rasanya :)
ReplyDeleteada jam tangan. tp semua habis bateri. hahahaha......
ReplyDeleteJam tangan wajib ada.. Kalau xde cam x lengkap..
ReplyDeleteAkak setia.. selagi x rosak, memang x ganti..
assalamualaikum rama2...mmg wajib ada ...cantik n lengkap jadinya...:)
ReplyDeleteKalau keluar tak pakai jam tangan mcm rasa tak lengkap je hihii.. :)
ReplyDeleteJAM TANGAN KAWIN JER YANG SAYA AKAN PAKAI :)
ReplyDelete