Ikan Basung Rebus Kuning | Ikan Basung antara ikan yang terkenal dan digemari di kalangan penduduk Sabah. Bukan sahaja harganya murah jika dibandingkan dengan harga ikan yang lain namun rasanya juga sangat sedap. Selain masak rebus ikan basung juga sedap jika di goreng dan dijadikan ikan ampap. Di Kota Belud terutamanya suku kaum Bajau Samah dan Irranun memang terkenal dengan masakkan ampap ni. Sebelum ini aku pernah kongsikan Resepi Ampap Nangka Ikan Liking. InshaAllah jika berkesempatan aku akan kongsikan pula Resepi Ikan Basung Masak Ampap.
Bahan-bahan yang diperlukan (kuantiti bahan yang digunakan mengikut kesesuaian, kebiasaannya aku masak memang main agak ja hehe tapi rasanya tetap nyummy!);
- Ikan basung
- Halia*
- Kunyit hidup*
- Serai (diketuk / dititik)
- Bawang butih, bawang merah*
- Cili api (kalua nda mau pedas tak perlu simpan)*
- Asam jawa / asam keping
- Minyak untuk menumis
- Perasa (garam, aji)
- Tomato
- Daun limau purut (bahan tambahan, kalau takda pun takpa)
Caranya ;
- Tumbuk bahan-bahan bertanda *, serai diketuk.
- Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak
- Tumis serai dan bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau
- Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih
- Apabila sudah mendidih, masukkan ikan basung yang sudah di siang dan di bersihkan dan asam keping / jawa. Tunggu sehingga ikan sedikit masak
- Masukkan tomato dan daun limau purut. Biar seketika
- Selepas 30 saat atau seminit perasakan dan siap untuk dihidang bersama ambuyat atau nasi putih.
Resepi ni kiranya macam resepi ikan pindang atau singgang cuma kalau dekat Sabah biasa panggil ikan rebus ja. Kebiasaannya rebus ikan basung ni dihidangkan bersama nasi putih atau ambuyat. Kena-kena lagi hidang panas panas, pedas lagi fuhh memang nyaman!
wow..sedapnya..:)
ReplyDeletepedas2 masam memang sedap sis
Deletenampak sedap. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama2
DeleteNampak sedap
ReplyDeleterasa pun sedap hehe
DeleteFirst time dengar nama ikan ni, boleh la nak try masak kalau terjumpa ikannya...
ReplyDeletedia macam ikan pindang/singang cuma di Sabah biasa sebut ikan rebus
DeleteOoo gitu. Nice sharing cik itah
Deletesekali tgk mcm singgang ikan.. hihi..
ReplyDeletediala tu hehe di KK ini biasa sebut ikan rebus
Deletemcm nampak lauk singgang atau masak pindang... mesti besti hirup kuahnya
ReplyDeletebetul tu sis hhe
DeleteKalau org ganu kata masak singgang. Fav menu rumah kak ana singgang ni tau.
ReplyDeletekan sedap kan sis..fav sy jugak hehe
Deletekalau sy kan, sy amik kuah je lepas tu mkn dgn nasi panas dan ikan masin goreng...fullamakkkk boleh bertambah 3 pinggan!
ReplyDeletehehehhe betul betul
DeleteAda nama lain ke untuk ikan basung ni?
ReplyDeletesaya nda sure tapi di Sabah ni memang panggil ikan basung ja xada nama lain
Deletelebih kurang Stail sha buat masak asam rebus kuning.. Cuma sha tak tumis.. Masuk je semua bahan, buh air dan jerang atas dapur..
ReplyDeletesama jugak rasanya tu sis..tetap sedap hehe
DeleteAduii..sedapnya bah ni sis.. kesukaan juga ni klu masak.. :)
ReplyDeletekan hehe
Deleteikan basung ni ala ala ikan kembung ikan selar macam tu ye. kalau semenanjung masak asam atau singgang kot namanya
ReplyDeleteada beza sis..ikan basung ni bulat bentuknya...ikan kembung n selar tu ada leper (lebar) sikit kan hehe
DeleteNice....ðð
ReplyDeleteikan basung macam nampak ikan sardin.. masakan tu lebih kurang juga macam singgang
ReplyDeletebetul la tu sis hehe
Deletekalo pantai timur alal2 singggang laa kan kalo masak mcm ni..hehe
ReplyDeletemantap jiwa... folback 1127
ReplyDeletesedap sgt dah ni., simple je
ReplyDeletetp kompom menambahð
sedap . Kalau dah habis idea nak masak apa , saya akan buat singgang nie .
ReplyDeleteIkan basung dengan ikan kembung sama ke? Ke lain?
ReplyDeletex sama, lain hehe
DeleteRupa mcm ikan sardin ja ( kalau kt kedah)
ReplyDeleteKt kelantan dipanggil ikan selayang..
aah betula tu..ikan sardin hehe
Deletemakan dengan nasi kampung..
ReplyDeleteboleh tambah berpingan-pingan nie
haha itu betul sangat2
DeleteMama panggil masak pindang
ReplyDeletesamala tu sis cuma dekat Sabah panggil rebus ja hehe
Deletekak pip suka ikan basung yang saiz besar sikit tu.
ReplyDeletesedap ni masak sup.
yg besar sedap masak rebus, kalau yg kecik tu sedap goreng sis hehe
Deleteikan basung? nampak mcm ikan sardin..sama tak? sis JM pun suka masak air rebus mcm ni kalau time x sihat tu hisup kuha dia panas2..rasa masam2 pedas..slurppp dap..tapi x pernah letak daun limau purut tu
ReplyDeleteaah betul la tu..ikan sardin hehe
Deletekalau taruh daun limau purut dia makin wangin n buat selera bertambah hehe
First time dengar ikan basung
ReplyDeletelama xmkn ikan basung..haha
ReplyDelete