Beberapa minggu lepas Kak Cleaner tempat aku bekerja tanya "Ko pakai produk apa, berkilat ja muka". Aku senyum ja, dia nda tahu minyak muka aku ni tahap nda boleh bawa bincang. Ya, muka aku memang kulit jenis berminyak dan dalam masa yang sama juga kulit muka aku mengalami masalah dark spot (brown spot) and pores tapi dah semakin okay, nda macam dulu. Sebelum ini aku menggunakan produk Nano White Fresh dan pernah kongsikan juga dekat blog ni dan ianya merupakan salah satu daripada the most popular entry of all time in this blog tapi dah setahun lebih dah rasanya aku berhenti pakai tapi bukan sebab produknya tak bagus ya. Jujur aku cakap produk Nano White Fresh memang bagus cuma aku rasa ianya lebih sesuai untuk mereka yang berumur 26 ke bawah. Since umur aku semakin meningkat so i decided to change my skincare.
Skincare Combination That I Used to Take Care of My Skin
Macam yang korang nampak dekat gambar di atas tu aku bukanlah jenis yang hanya pakai satu jenama produk dalam satu-satu masa dan bagi aku nda apapun kalau kita guna lain-lain jenama kan as long as produk tu ngam dengan kulit kita dan tiada side effect. Untuk cleanser dan toner aku menggunakan produk dari Bio Essence, manakala untuk serum dan moisturiser aku guna produk dari Cosmoderm dan ST. Ives untuk scrub. So today i will review all the product one by one (short review only) and to be honest yes, i'm very satisfied! Kalau korang pengunjung setia drugstore Watson's dan Guardian korang memang familiar dengan semua produk ni kan..
Review Bio-White Tanaka + Camellia Advanced Whitening Cleanser by Bio Essence
Comes with tagline, for rosy fair skin. Bagi aku produk ni memang bagus. Lepas ja cuci muka, kulit muka terasa segar, bersih dan lembap. Aku dah guna setahun dan ianya memang mengekalkan tahap kecerahan wajah. Rakan serumah dan adik aku pun tegur katanya muka aku makin cerah sekata dan pink2 gitu haha so memang ngamlah dengan dia punya lines for rosy fair skin tu.
Review Bio-White Tanaka + Camellia Adcanced Whitening Refiner (Toner) by Bio Essence
Bear the same taglines, for rosy fair skin. Mengekal tahap kecerahan dan tona kulit secara menyeluruh dalam masa yang sama juga ianya mengekalkan kelembapan kulit dan mampu mengecilkan liang pori dan juga mengurangkan dark spot. Paling best bila pakai refiner ni is dia boleh meningkatkan tahap penyerapan produk yang kita pakai. Kalau korang tanya berkesan atau tidak, jujurnya Bio-White Tanaka cleanser and refiner is really works well on your skin if you use it together. Seriously!
Review 24K Bio Rose Gold Water by Bio Essence
Aku guna yang 30ml ja sebab yang ni pun berbulan boleh pakai. Sebelum ni aku guna 24K Bio Gold Water Bio Essence yang biasa tu tapi aku tukar pakai rose gold water. Kedua produk ni memang bagus, aku suka sebab ianya melembap dan melembutkan wajah aku sepanjang hari. Paling terasa tu bila pakai sebelum tidur, esoknya bangun lembap dan lembut ja muka - aku suka pegang muka aku tiap kali selepas bangun tidur haha. Fungsi utama produk ni adalah untuk memperbaiki dan mengekalkan tahap hidrasi, mengurangkan garis halus dan mengetatkan liang pori disamping mengimbangi sebum wajah agar kulit kekal halus dan licin.
Review Tea Tree Oil, Oil-Control Serum by Cosmoderm
Serum ni aku dapat free hasil join giveaway blogger Cik Nor dekat Instagram dan aku terima kiriman dari pihak Cosmoderm dalam awal bulan Mei so kira aku dah pakai dalam lima bulan rasanya. Sebelum ni aku pakai Golden Ratio Double Serum 24K Bio Gold by Bio Essence. Masa terima kiriman Cosmoderm kebetulan serum aku dah habis so why not aku cuba kan dan alhamdulillah TTO Oil Serum sesuai dengan kulit aku, sebum balanced and flawless ja kulit wajah aku lepas pakai serum ni. TTO Oil Serum adalah khas untuk kulit berminyak di mana ianya mengurangkan jerawat, whitehead and blackhead dan mengawal pengeluaran minyak (unclog pores).
Review Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser by Cosmoderm
Pelembap ni adalah water based and oil-free moisturiser, fungsi utama untuk mengurangkan minyak berlebihan pada kulit, memperbaharui sel kulit dan melembapkan kulit di samping memberi perlindungan daripada UVA and UVB with SPF15 PA++. Aku pernah tanya pakar kulit Bio Essence katanya pelembap yang mengandungi SPF ni tidak berapa sesuai dipakai pada waktu malam tapi bukan bermaksud tak boleh pakai. By far aku pakai okay ja, takda masalah tapi aku suka pakai waktu siang ja pelembap ni dan aku sangat suka pelembap ni sebab lepas pakai biasa aku terus tempek bedak compact ja sebab aku memang bukan jenis yang ber'makeup so of course lah nda pakai foundation kan tapi adik aku kata sejak aku pakai pelembap Cosmoderm ni macam pakai foundation ja sampai diapun mau cuba pelambap ni so overall its great!
Review Fresh Skin Apricot Scrub by ST. Ives
Oil free scrub with its lines - deeply exfoliates to reveal smooth skin, produk ni memang bagus dan berkesan membersihkan kulit dan menanggalkan sel kulit mati agar kulit kekal licin dan berseri. Aku guna dua kali seminggu selepas membersihkan muka dengan pencuci/pembersih muka. Masa bilas tu memang akan rasa "kelicinan" kulit dan ya kulit nampak berseri selepas di ikuti dengan toner, serum dan lain-lain.
Kesimpulanya, semua produk ni memang bagus dan aku suggest untuk korang guna tapi jangan terlalu mengharap hasilnya akan sama, lain orang lain jenis kulitnya. It works on me but that doesn't mean it will works on you too. If your current skincare is good then there is no need for your to change your skincare but if you still searching then why not give it a try lah kan..
Dah alang-alang aku kongsi sekali cara aku pakai skincare yang aku guna ni by correct order. Siang - Tanaka Cleanser > Apricot Scrub (2x per week only) > Tanaka Refiner > TTO Oil Serum > Rose Gold Water > Day & Night Moisturiser. Kalau malam pula, Tanaka Cleanser > Tanaka Refiner > Rose Gold Water.
Kalau ada yang tertanya kenapa aku pakai serum dan moisturiser pada waktu siang ja, malam tidak? Sebabnya ialah yang sebenarnya 24K Bio Rose Gold Water tu tiga dalam satu, essence, toner dan moisturiser. Refiner pun toner juga, boleh ja lepas pakai Tanaka Cleanser tu terus pakai Rose Gold Water tapi macam aku nyatakan tadi dekat review Tanaka Refiner tu ianya membantu tahap penyerapan skincare yang kita pakai so that's the reason. Siang aku pakai lengkap semua sebab yala kan siang pergi kerja terdedah dengan cahaya matahari dan macam-macam jadi kenalah jaga betul-betul kan. Siapa nda sayang kulit muka dia oii..
wow..makin berseri la awak..:)
ReplyDeleteThank for the TTO Oil serum sis hehe
DeleteNgam dgn kulit sy.. Confim akan stick with TTO :)
rose gold water tu mmg best..
ReplyDeletetahan lama jgk walaupon botol kecik je.. hehe
kan hehe beli botol kecil ja cukup
Deletest. ives tu sy mmg pakai ;-)
ReplyDeletebest pakainya
Deletebetul best sgt harga pun murah
Deletesusah jugak nak cari produk yg sesuai kan
ReplyDeletekadang2 ya susah jugak hehe
Deletei still haven't found the best one for my face.
ReplyDeleteeventually u'll find one hehe
Deletekita pakai scrub st ives yg sama...
ReplyDeletekalau produk nya bagus ramai ja orang akan guna hehe
DeleteNice sharing Cik Itah
ReplyDeleteTq Zumal 👍👍
Deletewanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan
ReplyDeletehaha betull
Deletelogik sahaja itu..
DeleteKak guna jg Bio Essence tapi yg Bird Nest. Susah jg mau cari yg sesuai dgn kulit muka.. kan.. Alhamdulillah klu sesuai..
ReplyDeletebetul sis..dah jumpa yg sesuai tu alhamdulillah..
Deletekena konsisten baru dpt tgk hasil..
Deletesalam hujung minggu :)
St Ives tu memang fav dan Tea Tree Oil Cosmoderm tu..bila tengok teringat kat entry pasal TT Oil Cosmoderm yang masih tersadai dalam draf..heehe
ReplyDeletehaha publish la sis, jangan biar lama2 dekat draft
Delete👍Nice
ReplyDeletewaahh, terima kasih review. masih tengah mencari yang sesuai juga ni :-)
ReplyDeletescrub kita sama! hehe
ReplyDeleteTea Tree Oil, Oil-Control Serum by Cosmoderm tu best kalau nak kecutkan jerawat.
ReplyDeletepernah guna tea tree tu je..
ReplyDeletebanyak tu. patutlah makin berseri seri sekarang
ReplyDeleteNow a day’s most of the people are facing skin care problems due to moisturising and dust etc. Here you have discussed different types of skin care creams to overcome this problem. Along with this article I would like to share about Springdale clinic where we can get instructions on mental health issues.
ReplyDeleteMama pun suka guna at Ives Tu dah kewangi best Pula tu
ReplyDeleteok, abaikan dulu skincare tu.
ReplyDeletegambar last. minta satu tu bear. ekkee.
kulit cik itah x de prob
ReplyDelete