You are reading:
Resepi Ayam Masak Lemak Yang Sedap

Resepi Ayam Masak Lemak Yang Sedap

Posted on: Sunday, November 17, 2019

ayam masak lemak yang sedap

Resepi Ayam Masak Lemak Yang Sedap | Entri yang dah lama terperap dekat draft baru hari ni publish haha. Kali pertama rasa masakan ni dekat restoran Halimah Nasi Kandar, Habour City Kota Kinabalu. Masa ni nda tahu lagi resepinya macam mana, mau tanya memang nda lah kan and i don't think they will reveal the recipe. Masa tengah google2 terjumpa satu blog ni, resepi ikan masak kuning. Dia punya bahan-bahan ni ada sedikit sama cuma cara masak dan ada bahan yang takda macam daun limau purut, so aku cubalah trial and error. Hasilnya memang tidak mengecewakan.

Bahan-bahan; Ayam, santan (santan kelapa @ santan kotak), serai, kacang buncis, bawang besar, lengkuas, halia, cili kering, kunyit hidup, asam keping, minyak masak dan perasa.


Cara-cara;

  1. Potong ayam dan bersihkan. Lepas tu toskan (boleh juga perap dengan garam dan kunyit sementara kisar bahan masak).
  2. Kisar serai, halia, kunyit hidup, cili kering dan bawang besar sehingga halus (kalau menggunakan santan kelapa, masukkan sedikit santan cair untuk menggantikan air)
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Kacau sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam dan kacau. Apabila ayam sudah sedikit masak masukkan santan cair dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan kacang buncis dan daun limau purut. Kacau seketika dan masukan santan pekat. Perlahankan api supaya tidak pecah santan. 
  6. Perasakan dan kacau sebati.

Resepi ni bukan sahaja sedap malah dia punya bau tu sangat-sangat menyelerakan. Wajib cuba ok!

*Nota : Ayam boleh juga digantikan dengan ikan kalau kamu mau guna resepi ini untuk ikan masak lemak. Rasa pun sedap yo!


Comments

  1. Sedapnya tgk makanan tu.. lapar pula mlm2 gini.. :D

    ReplyDelete
  2. Sedap..biasa masak campur kentang..campur kacang buncis belum cuba lagi. Boleh cuba resepi Itah ni. Tq share :)

    ReplyDelete
  3. akak suka tambah daun limau purut dalam masak lemak cili api, bau dia tu memang lain tapi best lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..
      samala kita sy pun suka letak daun limau purut dalam masakan

      Delete
  4. makanan feveret anak2 kak. suka sangat depa dengan masak lemak ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. Okey , esok masak ye saya nak datang rumah . Hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau dekat bole ja takda masalah tapi jauhh laa :D

      Delete
  6. Ayam masak lemak antara masakan yg paling digemari dkt umah tu...:)

    ReplyDelete
  7. kalau letak belimbing buluh waduhhhhh sedapnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. feveret izzat ni.
    kalau di anak, dia akan kata, "bu, masakkan yellow ayam" :).
    lagipun, masak lemak ni senang and cepat.

    ReplyDelete
  9. ni pun sedap. alahai, terus rasa mau buat, tapi anak anak saya ndak makan yang lemak2. cerewet la pula dorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakla nanti sis..sadap tu..sekarang lg d KK hujan2 hehe

      Delete
  10. feveret anak bujang.. selalu minta mama masak :-)

    ReplyDelete
  11. Sedap. Masak lemak kuning ni memang favourite.

    ReplyDelete
  12. letak halia dan lengkuas jgk??? biasa sis JM letak serai jek..aduhh kn try lah kalu dah cckp sedap..

    ReplyDelete
  13. ehh daun limau purut pun letak jgk?? ok ok nak try

    ReplyDelete
  14. sha kerap masak ni juga..sebab edan n baba suka mkn hahah..sng ja masak..campak2 ja kan

    ReplyDelete
  15. Aiseyyy.... macam nak kena lunch awal jerk.... kikikiki

    ReplyDelete