You are reading:
Romance Anime You Might Want to Watch

Romance Anime You Might Want to Watch

Posted on: Thursday, July 18, 2019


best anime

Romance Anime You Might Want to Watch | Kali ini aku akan kongsi beberapa anime romantik yang aku dah tengok dan syorkan buat peminat-peminat anime diluar sana ataupun buat mereka yang baru mula tengok anime. Aku akan kongsikan tajuk dan sinopsis tapi sinopsis ringkas saja tau and of course the synopsis is based on anime, not manga sebab aku hanya follow One Piece punya manga ja, other than that memang nda follow

1. Sukitte Li Nayo (Say "I Love You")
Kerana pengalaman sewaktu zaman kanak-kanaknya, Tachibana Mei beranggapan bahawa orang akan mengkhianati antara satu sama lain, cepat atau lambat dan menjadikannya seorang yang sangat "anti social" namun sejak mengenali Kurosawa Yamato, seorang pelajar lelaki yang popular di kalangan pelajar wanita di sekolahnya, persepsi Mei berubah dan dia mula menyimpan perasaan terhadap Yamato. Genre : drama, romance, school, shoujo.

2. Ao Haru Ride (Blue Spring Ride)
Bagi Yoshioka Futaba, budak lelaki adalah terlalu kasar dan ganas kecuali Tanaka Kou. Jujurnya, dia menyukai Kou namun secara tiba-tiba Kou berpindah sekolah tanpa sebab yang jelas. Memasuki sekolah menengah, Kou muncul kembali dengan nama dan personaliti yang berbeza. Genre : comedy, drama, school, shoujo, slice of life, romance.

3. Tonari No Kaibutsu Kun (My Little Monster)
Mizutani Shizuku seorang yang kuat belajar dan hanya fokus kepada perancangan masa depannya. Satu hari dia ditugaskan untuk menyampai cetakan kelas ke rumah Yoshida Haru, seorang pelajar yang amat jarang ke sekolah. Sejak mengenali Haru kehidupan Shizuku menjadi huru-hara. Genre : slice of life, comedy, romance, school, shoujo.

4. Akagami No Shirayuki Hime (Snow White With The Red Hair)
Shirayuki, seorang pakar herba yang disukai oleh Prince Raj kerana keunikan warna rambutnya yang merah seakan-akan buah apple merah. Enggan menjadi gundik Prince Raj, Shirayuki memotong pendek rambutnya untuk ditinggalkan kepada Prince Raj dan melarikan diri. Pelarian itu membawa pertemuannya dengan Prince Zen dan mereka mulai jatuh cinta antara satu sama lain. Genre : fantasy, romance, drama, shoujo.

5. Kaichou Wa Maid Sama (Maid Sama)
Ayuzawa Misaki merupakan presiden majlis di Seika High School. Mempunyai watak yang tegas dan dikategorikan oleh pelajar lelaki sebagai seorang wanita yang membenci lelaki. Namun di sebalik reputasinya yang tegas, dia diam-diam bekerja sambilan di Maid Cafe tanpa diketahui oleh teman sekolahnya. Satu hari rahsianya diketahui Usui Takumi, seorang pelajar lelaki yang popular di Seika High School. Sejak itu kehidupan Misaki menjadi "miserable" kerana Usui selalu menganggunya. Genre : comedy, school, romance, shoujo.

6. Kamisama Hajimemashita (Kamisama Kiss)
Kerana gagal membayar sewa rumah, Momozono Nanami ditendang keluar dari rumah sewanya. Nanami bertemu seorang lelaki yang bernama Mikage dan pertemuan itu membawa pertemuannya bersama Tomoe, seorang Yokai. Tidak mengambil masa yang lama Nanami jatuh hati kepada Tomoe tetapi ditolak oleh Tomoe yang tanpa disedarinya bahawa dia juga menyukai Nanami. Genre comedy, demons, supernatural, romance, fantasy, shoujo.

7. Soredemo Sekai Wa Utsukushii (The World Is Still Beautiful)
Nike, Puteri ke-4 Rain Dukedom pergi ke kerajaan Matahari untuk berkahwin dengan King Livius demi negaranya tanpa mengetahui bahawa bakal suaminya hanyalah seorang budak yang baru berusia 14 tahun. Genre : adventure, romance, fantasy, shoujo.

8. Ookami Shoujo to Kuro Ouji  (Wolf Girl and Black Prince)
Kerana ingin menjalinkan persahabatan, Sinohara Erika berbohong dan memperkenalkan teman lelakinya melalui gambar curi yang diambilnya tanpa mengetahui lelaki itu adalah Sata Kyoya, lelaki yang sentiasa mejadi perhatian di sekolahnya. Erika meminta pertolongan Kyoya untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya dan permintaan itu dipersetujui oleh Kyoya dengan syarat Erika menjadi "wolf girl a.k.a pet " kepadanya. Genre : comedy, school, shoujo, romance.

9. Devils Line
Anzai Yuuki adalah separuh manusia, separuh vampire. Dia juga merupakan "police officer" dan ahli F Squad yang menangkap vampire yang membunuh dan meminum darah manusia. Misi kerjanya membawa pertemuannya dengan Tsukasa Taira, seorang manusia tulen yang kemudiannya menjadi kekasihnya. Genre : vampire, romance, action.

10. Kyokai No Kanata (Beyond The Boundary)
Kanbara Akihito menyelamatkan teman sekolahnya Kuriyama Mirai dari membunuh diri, Mirai tiba-tiba menikam Akihito dengan pedang yang terbentuk dari darahnya sendiri dan mendapati Akihito adalah separuh "youmu". Genre : fantasy, slice of life, supernatural.

 11. Sword Art Online
Pada tahun 2022, game "Sword Art Online" diperkenalkan dan semakin mendapat tempat di kalangan pemuda. Dengan "nerve gear", topi keledar yang meransang lima deria otak pengguna, pemain mengalami dan mengawal watak dalam permainan mereka. SOA membawa pertemuan Kirigaya Kazuto (Kirito) bersama seorang gadis bernama Yuuki Asuna yang kemudiannya menjalinkan hubungan dan berkahwin dengannya di dalam game SOA. Genre : action, adventure, fantasy, game, romance.

12. Zutto Mae Kara Suki Deshita (I've Always Liked You)
Enomoto Natsuki berterus terang dan meluahkan perasaan kepada Setoguchi Yuu, rakan zaman kanak-kanaknya. Bagaimanapun di akhir kenyataannya dia berbohong bahawa luahan itu hanya sekadar "practice confession" nya. Yuu yang turut menyimpan perasaan terhadap Natsuki berazam akan sentiasa menyokong walau siapapun lelaki pilihan Natsuki biarpun bukan dirinya. Genre : romance, school.

Selain itu banyak lagi anime-anime yang menarik untuk di tonton antaranya ialah
  1. Kimi No Nawa (Your Name)
  2. Hotarubi No Mori'e (The Light of Firefly Forest)
  3. Violet Evergarden
  4. Kimi Ni Todoke (From Me to You)
  5. Shigatsu Wa Kimi No Uso (Your Lie in April)
  6. Kimi No Suizo Wo Tabetai (I Want to Eat Your Pancreas)
  7. Clannad
  8. Orange
  9. Ore Monogatari (My Love Story)
  10. Toradora

For your information, anime yang aku share ni tak semua happy ending ya, ada yang hero/heroin "dead" di hujung cerita so buat mereka-mereka yang hati tisu tu bersiap sedia untuk menangis. Tengok anime pun boleh nangis? Huu kau jangan main-main. Once kau addict tengok anime ni semua perasaan kau akan rasa.

Why i liked anime? Well some people said "the only reason you don't like anime is because you don't watch it". Aku dulu tengok One Piece ja, punca terjebak tu sebab dulu One Piece tu disiarkan dekat tv, adik aku pula gila punya suka layan so akupun layanlah sekali, rupanya abang akupun sama. Bermula dari situ sampai sekaranglah layan dan lepas tu mulalah terjebak tengok anime yang lain. Tapi nda semualah aku layan, aku tengok genre dia juga, paling nda suka genre harem. Pernah sekali aku terlayan satu anime ni (lupa sudah tajuk apa), incest oii.. seram aku. Gara-gara itu aku dingin sekejap dengan adik beradik lelaki aku. Damn!

Oh ya satu lagi sebab aku suka tengok anime is because of their hilarious reaction to whatever it is, kalau kelakar tu kelakar gila, comel, gila comel, buat muka huduh, huduh gila..hahaha really made my day!


Comments

  1. No 4, 6 ngn 9 nampak menarik.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. No. 4 tu lebih kepada drama tapi best, no.6 tu pulak banyak lawak hehe, no.9 tu lebih kepada action..vampire kn hehe cuma macam ada gantung sikit haha harap ada season 2

      tapi overall yg sy share ni memang best semua sis hehe

      Delete
  2. memang anime die hard fan awak ni. dekat ig pun penuh dengan anime. hehe. tp kalau dah minat tu, apa salahnya kan.

    ReplyDelete
  3. What's up, after reading this awesome paragraph i am also happy to share my
    knowledge here with mates.

    ReplyDelete
  4. lps ni kena langgan pakej animax di astro la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ja website free hehe
      sy biasa download terus dekat telegram

      Delete
  5. I used to be able to find good information from your blog articles.

    ReplyDelete
  6. Dulu masa sekolah suka gile anime. dah beransur senja ni kurang minat dah

    ReplyDelete
  7. I'm really enjoying the design and layout of your site.
    It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant
    for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer
    to create your theme? Superb work!

    ReplyDelete
  8. Suka layan anime romantik ye? Kali terakhir saya layan anime one punch man season 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole la..hehe sy suka One Piece, One Punch Man tu belum pernah tengok lagi

      Delete
  9. Koe no katachi (a silent voice). Best anime ever

    ReplyDelete
  10. for your info, cik itah, anak sulung aida tetiba 2-3 minggu ni suka tgk anime.
    aduhai.
    before this, kdrama.
    aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha biasala tu sis.. tapi memang best tengok anime ni x hairan jika anak sis terjebak tengok

      Delete