You are reading:
Resepi Kerabu Udang Yang Mudah Dan Ringkas

Resepi Kerabu Udang Yang Mudah Dan Ringkas

Posted on: Wednesday, January 30, 2019



kerabu udang



Resepi Kerabu Udang | Siapa yang alergik udang tu memang rugilah sebab tak boleh makan udang. Udang ni masak apapun sedap tapi paling sedap udang bakar perghh tiba-tiba rasa terliur pulak cakap pasal udang bakar ni. Pernah cuba buat kerabu? Haa boleh tahan sedap juga. Kali pertama aku makan kerabu udang ni masa pergi seminar dulu dekat Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, kalau boleh tapau nak ja aku tapau malangnya tak boleh hahaha bikin malu saja.


Punca terjebak mencuba kerabu udang ni ternampak posting salah seorang rakan blogger dekat Facebook pasal kerabu sotong then aku teruslah google resepi kerabu sotong dan masa ni kebetulan ternampak resepi kerabu udang dan aku pun apa lagi cubalah dua-dua tapi bukan dalam masa yang samalah bahannya saja aku beli dalam masa yang sama. Hari ni aku buat kerabu sotong so esoknya pula aku cuba kerabu udang. Rasanya memang not bad lah hehe 


Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kerabu sotong ialah;

  • Udang
  • Buah Mangga
  • Tomato
  • Bawang Besar
  • Cili Api dan Perasa. 


Cara Menyediakan kerabu sotong ;

  1. Rebus udang (30 saat dan toskan). Simpan ke dalam peti sejuk ataupun boleh juga letak ais dan biarkan seketika sementara menyediakan bahan masak yang lain.
  2. Hiris kasar buah mangga mudah, tomato, bawang besar dan cili api.
  3. Masukkan udang dan gaul bersama bahan hirisan tadi.
  4. Masukkan perasa dan siap untuk dihidang bersama nasi putih. 


Masakan orang bujang ni ringkas sahaja. Selamat mencuba ^^

Comments

  1. Sedapnya.. selalu makan kerabu udang atau kerabu mangga.. Tak pernah pula makan kerabu udang + Mangga.. nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. uiishshhh... kerabu udang, sedap nie. akak suka, meleleh leleh air liur :D

    ReplyDelete
  3. Menarik sekali, perlu saya coba ini..
    kebetulan lagi cara tentang hal ini.

    ReplyDelete
  4. Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???

    Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

    ReplyDelete
  5. menu baru ni..resepi pun senang je. nanti boleh la cuba :-)

    ReplyDelete
  6. Kerabu udang??? X penah mkn..kena try buat ni

    ReplyDelete
  7. sedapnya cik itahhh.. nnti wajib try buat ni..

    ReplyDelete