Tuesday, January 1, 2019

Pengalaman Terkena Herpes Zoster


kayap
Picture credited to WebMD.com

Pengalaman Terkena Herpes Zoster | Ingat blog ni lagi? Ya aku tahu, aku lama menyepi dekat blog. Kiranya tahun ni nak come back, inshaa Allah. How are you, good? Because i'm fine.

Herpes Zoster atau Shingles, di negara kita lebih dikenali dengan nama Kayap, ialah sejenis penyakit kulit berpunca daripada Varicella-Zoster Virus yang mana virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan Chickenpox, di Sabah dikenali sebagai Cacar.

Selepas jangkitan Chickenpox sembuh, virus ini tidak mati atau hilang daripada badan kita bahkan ianya hidup di dalam nervous system kita selama bertahun-tahun sebelum ianya aktif kembali sebagai Herpes Zoster atau Shingles atau Kayap. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca utama yang menyebabkan virus ini aktif tetapi seseorang dengan pertahanan tubuh yang lemah atau berumur 60 tahun ke atas lebih berpotensi untuk terkena Herpes Zoster. Seseorang yang pernah mengalami Chickenpox semasa kecil juga berpotensi untuk terkena Herpes Zoster tetapi tidak semua, di United States hanya 1 daripada 3 orang dewasa yang terkena Herpes Zoster ini. Info lanjut boleh baca di Shingles : Symptoms, Treatment, and Prevention by healthline.

Tanda-tanda awal yang aku rasai - It happens a few months ago. Satu malam tu aku tidur macam biasa esoknya bangun belakang sebelah kiri badan aku rasa macam pedih then perasanlah ada rash, daripada yang aku rasa (i've touch it) ruamnya berkelompok. Mulanya ingatkan kena gigit bed bug tapi hairan juga dari mana bed bug nya sedangkan sarung bantal, lapis tilam etc everyweek aku basuh dan bersihkan. To be honest yes, aku ni agak pembersih so when it comes to bed bug i was like "seriously my bed has that tiny little bug??" lah kan..

The next two days, satu kelompok lagi timbul dekat sebelah kiri dada aku (side area) dan pada masa tu juga aku dah start rasa sakit macam terbakar dan satu yang aku tak boleh tahan sakitnya, nerves pain, macam kena renjatan elektrik yang mana sakitnya dekat area dada which is at first i thought it was my heart or lungs that has a conflict or something worst. Bukan apa, orang Malaysia ni terutama aku pantang ada masalah kesihatan sikit-sikit google, so pikiran terbawa-bawa then mulalah percaya ada penyakit itulah inilah hahaha. So pesanan aku buat semua, don't google your symptoms kalau tak nak terkena penyakit kemurungan dan stress haha instead go to the nearest clinic or hospital and tell doctor's what symptoms do you have, be honest, tell him/her everything that he/she needs to know.

Then bila dah bawa ke klinik, doktor sahkan ianya adalah Herpes Zoster and that's the first time i've heard about it. From what i've been told, Herpes Zoster is not a life threatening, however the symptoms can be very painful and the nerve pain can be last in several weeks or months for some people. Ini aku akui, sakitnya Allah saja yang tahu, tak dapat tidur malam satu hal. I am totally messed when having this Herpes Zoster.

Lawaknya ingatkan kos setakat rm80 ke rm100 ja, bila pergi kaunter nurse bagi bil mahunya terkeluar biji mata aku haha dalam purse cuma rm200, bil rm335. Nasib baik boleh bayar guna kad debit. To be honest the cost is too expensive, for me lah sebab doktor cuma bagi ubat tahan sakit, kurang gatal, ubat sapu dan antivirus, dia cek pun tak sampai 15 minit so yeahh.. 

Take care of yourself and good day everyone !

with love~cik itah @ ramaramapendek

9 comments:

  1. thank you for sharing...moga cpt smbuh..

    ReplyDelete
  2. happy new year, dan selamat kembali berblogging. bab klinik tu, kalau pergi klinik panel boleh la tak payah bayar apa2 sebab company tanggung. tapi kalau nak yang murah, kena pergi hospital kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Seram juga penyakit ni. Moga cepat sembuh. Happy new year...

    ReplyDelete
  4. Mak aihhh mahal nya!!!! Sia JM pernah kena kat muka tau..sakit gila! Tapi kos rawatan kat hospital kerajaan murah jek la

    ReplyDelete
  5. Sis JM kena time dok peluk cium adik..dia ken campak dah kering rupanya berjangkit adehh

    ReplyDelete
  6. Happy New Year. Boleh tahan mahal juga ya kos rawatan. Semoga Cik Itah baik-baik saja :)

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru akak.. smoga akak sntiasa sihat ya..

    ReplyDelete
  8. Agaknya klinik tu Mahal kit ye. X sepadan sgn ubat

    ReplyDelete
  9. Wasalam.. And happy new year cik itah..
    Welcome back..
    Semoga dah makin sihat ye..

    ReplyDelete