Tuesday, January 31, 2017

Dalam Hidup Ni Kau Kena Tahu Apa Yang Kau Nak..


Assalamualaikum & hi

Dalam Hidup Ni Kau Kena Tahu Apa Yang Kau Nak..

Dalam Hidup Ni Kau Kena Tahu Apa Yang Kau Nak | Yes, kau kena tahu apa yang kau nak atau kau nak masa kau  terbuang dengan sia-sia. Aku ada seorang kawan ni sebelum ini dia dah bekerja gaji 3k belum masuk OT, kereta pun dah ada. Orang bujang gaji 3k bagi aku dah lebih dari cukup. Tapi dia berhenti kerja sebab nak study, katanya pelajaran tu pun penting. Sekurang-kurangnya dia nak memiliki diploma. Sepatutnya tahun ini dia dah masuk semester kedua, awalnya dia bersemangat untuk ulangkaji katanya semester satu pointer dia teruk. Dalam hati aku baguslah kalau dia fikir macam tu.

Makin lama makin jarang aku tengok dia ulangkaji pelajaran. Sentuh buku memang tak lah. Aku perhati ja. Pernah juga aku tanya tapi alasannya nanti dan nanti. Baru-baru ni dia muncul. Aku tegurlah..

" uihh...lamanya kau menghilang, aku ingat dah tak jumpa jalan balik rumah haha "
"hampir..haha hampir aku lupa"
"lama kau cuti..", dia diam tapi lepas tu dia sambung lagi.
"dah tiga minggu aku tak pergi kelas. aku nak berhentilah. i just found out that aku takda hati nak study pun. aku nak kerja.."
"what ??? ", terlopong aku.
"habis..family kau dah tahu? ", aku tanya lagi.
"belum. nantilah aku bagitau", selamba ja jawapannya.

Frankly speaking nak dapat kerja sekarang ni bukan senang. Ada seorang housemate aku ni dia mencari kerja. Lama juga dia duduk menganggur dekat rumah. Takda pilihan dia bekerja dekat celcom punya branch dengan gaji basic rm800. Kerja tu baliknya malam tapi sambil bekerja dia masih mencari kerja yang sesuai dengan sijil yang dia ada. Lama-lama dia penat and end up balik kampung. Sekarang ni pun housemate baru aku pun tengah mencari kerja. Selama tiga minggu tu setiap hari dia keluar hantar resume ke sana sini. Ada juga dia terima panggilan interview tapi tak sangkut..

Faham tak apa sebenarnya yang aku nak sampaikan? Aku tak nak kau buang masa dengan sia-sia. Berapa kali kau nak mula dari bawah? Dah dapat peluang yang bagus kenapa lepaskan? Dah elok-elok kerja gaji pun okay berhenti sebab alasan nak study. Bila dah study pula berhenti sebab baru sedar diri lebih suka bekerja dari study. Em em..

Nasihat aku buat mereka kat luar tu terutamanya dekat mereka yang belum cukup matang tu, cubalah fikir sejenak dalam hidup ni apa yang kau nak sebenarnya. Kita ni makin hari makin tua, takkanlah kita tua macam tu ja tanpa membalas jasa kedua ibubapa kan.. Nak belajar, belajar betul-betul. Kalau nak kerja, kerjalah sebaiknya.


thanks for reading!
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

13 comments:

  1. itulah pntgnya kena fkir.
    iktkan dia nak study tu maybe ada tekanan lain.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Itah,

    Hidup kena ada perancangan, bak kata Benjamin Franklin : "If you fail to plan, you are planning to fail."

    Betullah kata Cik Itah, kita kena tau apa yg kita nak dalam hidup.. :-)

    ReplyDelete
  3. Kenal pasti apa yang kita nak kemudian fokus..insyaAllah boleh.

    ReplyDelete
  4. betul tu cik itah. kena ada target & kena ada push factor yg kuat to maintain the momentum, untuk buatkan kita keep going.

    ReplyDelete
  5. nice share.. tapi hidup ni kadang2 komplicated.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. kita kena ada pendirian yang tetap. sebab tu kalau apa apa nak buat, fikir tu positif dengan negatif supaya tak susahkan diri kita dan orang lain kan :)

    elsa cari 45 pemenang. jemput join ga elsa :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-happy-birthday-aireen-by.html

    ReplyDelete
  7. Betul jugak tu. Dlm hati ni mmg ade niat nk study. Tp pikir2 balik kekangan2 yg ada. Takut terhenti di tgh jalan aje

    ReplyDelete
  8. Yelah kan....sekarang ni nak cari kerja bukan senang. Ramai org yg beratur tunggu peluang. Dah ada kerja sayang kalau saja saja lepaskan. Tp entahlah CI mungkin dia teringin nak belajar pulak kot. Dan mungkin jugak dia org senang. Duit bukan jadi masalah pada dia.

    ReplyDelete
  9. itulah jiwa manusia yg sentiasa ada konflik dalam.menentukan jalan hidupnya..sebab tu kita disuruh sentiasa berdoa untuk ditunjukkan jlm terbaik utk kita..moga kita sentiasa dlm.jagaan Allah

    ReplyDelete
  10. sebelum buat sesuatu tu, kena fikir masak2. adakah itu jalan/masa depan yg kita nak. bila dah decide, x boleh la pulak berhenti separuh jalan. rugi segala usaha yg kita buat.

    ReplyDelete
  11. setuju sgt.. hidup mesti ada perancangan.. kdg2, apa y kt rncang x semestinya baik sbb tu kna fikir ke depan.. dlm ekonomi sekarang, bg lya.. klo dh ada kerja kukuh..just teruskan.. klo nk samb belajar, blh samb pjj tnpa bhenti kerja..

    ReplyDelete