You are reading:
Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama

Posted on: Monday, March 13, 2017

Assalamualaikum & hi..

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama


Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita : Suntikan Kali Pertama | Hari khamis lepas aku pergi ke Klinik Nur Sejahtera Kota Kinabalu untuk mendapatkan suntikan percuma HPV. Sebenarnya dah lama tahu pasal ni cuma aku malas nak buat dan bila aku nampak housemate bersemangat nak pergi aku pun terus semangat hehe. Dia buat suntikan pada hari rabu, aku pula pada hari khamis. Tak dapat buat dalam hari yang sama sebab kuota terhad, kebetulan pula officemate cuti so pergerakan akupun terhad.

Seawal pukul 1.50 petang aku dah sampai ke Klinik Nur Sejahtera memandangkan pejabat akupun tak jauh dari sana. Sampai ja depan klinik terkejut tengok ramai dah orang beratur. Mati-mati aku ingat akulah orang pertama rupanya ada lagi awal dari aku. Terfikir juga sempat ke tak sempat ni? Sebab sebelum datang aku call dan katanya diorang akan terima 30 yang terawal ja untuk hari tu. Tepat pukul 2.00 petang semua serbu masuk, akupun berebut sekali lah. First come first served tu ! Nasib aku lucky hehe kalau lambat sikit ja memang takda peluanglah untuk hari tu. Next day or next week lah nampaknya..

Untuk membuat suntikan ni aku kena isi borang dahulu tapi disebabkan kuota terhad dan ramai orang, nurse yang bertugas akan minta I/C terlebih dahulu dan kira sehingga 30 orang sahaja. Selebihnya kena datang esok harinya (terhad 20 orang sahaja) atau minggu ini (jika ada stok). Lepas isi borang nurse akan panggil nama lepas tu akan cek blood pressure kita dan tanya belah mana nak inject - masa ni juga kita kena bayar bil pendaftaran sebanyak RM5 dan dapat kad temujanji untuk dos kedua dan ketiga.

Untuk sesiapa yang belum pernah terima vaksinasi HPV dan  lahir antara tahun 1990 hingga 1996, bolehlah dapatkan suntikan percuma HPV ni dimana-mana cawangan Klinik Nur Sejahtera. Suntikan percuma ni untuk orang yang belum berkahwin ja tau, kalau dah kahwin tu kena bayar RM150 untuk setiap suntikan.


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Ok la tu brbaloi juga kan biarpun berebut

    ReplyDelete
  2. sampai kene berebut tu yg tak tahan tuh...

    ReplyDelete
  3. bagus2.. selamatkan diri dan komuniti dengan vaksinasi..

    ReplyDelete
  4. Susah juga ya ada kuota..
    NAsib baek datang awal..

    ReplyDelete
  5. Dah terlebih had umurlah cik Itah....so nampaknya kalau nak kena injek kena bayar huhu.... boleh tahan jugak ye harganya..

    ReplyDelete
  6. Ehh..dekat LPPKN boleh dapat free suntikan kan? kalau tak silap lah..

    ReplyDelete
  7. kalau dah kahwin ...suami la yang tolong bayar untuk suntikan HPV..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Ha ah betul, pelik juga kenapa yang dah kawin kena bayar?

      Delete
  9. Ada lagi eh suntikan percuma nie..

    ReplyDelete
  10. bagus. cegas lebih baik dr mengubati

    ReplyDelete
  11. Tq sharing.. Oh yang kahwin kena bayar rupanya.

    ReplyDelete
  12. Nice info sis. So buat yg belum dptkn suntikan, do it now! Hehe

    ReplyDelete
  13. lamanyaa tak kena inject.. xtahu pulak pasal ni. bdk 1990

    ReplyDelete
  14. mana cik itah entry baru.rindu ni

    ReplyDelete
  15. busyra zaman u dulu dah cucuk ketiga2.. alhamdulillah.. walaupun takut jarum. haha

    ReplyDelete