Thursday, March 9, 2017

Resepi Kari Sotong

Assalamualaikum & hi

Resepi Kari Sotong

Resepi Kari Sotong

Bahan-bahan ;
  • Sotong, cili kering, terung, asam keping, serbuk kari, bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, perasa dan daun sup sebagai hiasan dan penaik bau sedap.

Cara-cara ;
  1. Tumis halia, bawang merah, bawang putih sehingga layu
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis dan cili kering
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Masak lama supaya kari lebih umphh tapi pastikan api sederhana, jangan terlalu kuat sehingga kari hangus. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air sehingga kari menjadi pes. Kacau agar kari tidak hangus
  4. Masukkan sotong dan kacau sekata dengan pes kari tadi. Kecilkan api dan biar sehingga sotong sedikit kecut (berair)
  5. Masukkan pula sayur terung yang telah dipotong mengikut kesesuaian dan asam keping.
  6. Tambahkan sedikit air dan biar hingga mendidih. Perasakan
  7. Jika rasa sudah sesuai tutup api dan hidangkan.


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

11 comments:

  1. sedap ni cik itah..
    pagi2 tgk ckup membuka salera

    ReplyDelete
  2. CCL new follower blog ni #1112
    Pengemar sotong bolwh try menu ni untuk makan tengah hari

    ReplyDelete
  3. sedap nampak sutun msk kari tuh.... akak kalu sutun msti msk kicap tak pun msk merah tak pun sutun grg kunyit... nnti nk try jgk la kari sutun ni

    ReplyDelete
  4. tngok masakan ni time tngh malam . hehe. sedapnyaaa cik itahhh

    ReplyDelete
  5. mmg nampak sedap sangat sotong ni

    ReplyDelete