Saturday, March 4, 2017

Rebus Rebung Bersama Udang

Assalamualaikum & hi..

Rebus Rebung Bersama Udang

Rebus Rebung Bersama Udang | Masakan orang kampung hehe mak aku selalu masak rebung macam ni ja tanpa perlu simpan santan. Sangat ringkas. Sihat lagi :)

Bahan-bahan ;
  • Sayur rebung, udang, sedikit garam dan cili api (kalau suka pedas)

Cara-cara ;
  1. Rebus sayur rebung selama beberapa minit (10-15 minit). Tos dan ketepikan. Biasanya cara ini adalah untuk mengurang rasa pahit rebung.
  2. Didihkan air didalam periuk (kuantiti air mengikut kesesuaian)
  3. Masukkan udang dan biarkan selama 5 - 10 minit
  4. Masukkan sayur rebung yang telah direbus tadi
  5. Masukkan pula cili api yang telah dipotong halus
  6. Tambahkan sedikit garam dan biar hingga mendidih dan tutup api
  7. Siap!

Ringkas dan mudah kan? Selamat mencuba :)


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

11 comments:

  1. Wkmsalam.
    Jarang2 rebus rebung ni.
    Biasanya masak lemak + udang.

    ReplyDelete
  2. simple gila.. hahaha.. nice..

    ReplyDelete
  3. busyra suka makan rebung rebuss. sedap! tambah2 manis udang pulak kan. hehe.

    ReplyDelete
  4. perghh tak pernah makan rebus udang dengan rebung ni,kalau masak lemak udang dengan rebung selalu juga..hehe..thank you for sharing

    ReplyDelete
  5. Alamak.. Akak tak makan rebung.. hehehe..
    Tapi udang tu memang feveret..

    ReplyDelete
  6. btl2 simple nih... tanpa bawang bagai/.....

    ReplyDelete
  7. Lama suda ni nda mkn rebung, x pernh lgi rebus cmpur udang..next time blh try

    ReplyDelete
  8. Haa camtu je? Sgt simple tp susah nk dpt rebung fresh.. byk tu rebung yg dah d jeruk

    ReplyDelete