You are reading:
Sediakan Payung Sebelum Hujan

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Posted on: Monday, December 23, 2013



Sediakan Payung Sebelum Hujan

Sediakan Payung Sebelum Hujan | Sekarang ni tak sah kalau tiap petang tak hujan, so pesanan aku buat semua warga Kota Kinabalu ni silalah bawa payung masing-masing. Sesetengah orang nak bawa payung malas tapi kena hujan tak nak pula. Mula la mengelabah bagai, takut rambut kena hujan lah, apa lah, itulah, inilah..macam-macam. Susah-susah sangat beli ja la payung yang boleh lipat-lipat tu, simpan dalam beg kan senang nak bawa kemana-mana :)

Okay stop. Aku sebenarnya nak cerita betapa pentingnya menjadikan beg kita tu seperti poket doremon, semua ada. Kalau dulu masa study, aku pergi bandar pun segala macam barang pun aku bawa. Dengan staplernya, pemadam, pen, gam air, solutape (mini), payung, semua la, sampaikan classmate aku kata "kau ni beg ja kecik tapi macam poket doremon, semua ada".

Bukan apa kan, in case kita perlukan sesuatu tu tak perlu la kita susahkan diri sendiri atau orang lain kan sebab semua kita dah sedia awal-awal. Di antara barang-barang yang sentiasa ada dalam beg aku termasuklah ;

  • Keronsang-penting buat orang yang bertudung sebab mana la tahu kut-kut keronsang yang kita pakai tetiba rosak, tak ke naya jadinya, kes ni pernah terjadi dengan ku :)
  • Payung-manalah tahu tetiba cuaca yang panas tu bertukar mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Bukankah masa tu payung sangat diperlukan :)
  • Pen dan Nota Kecil-berguna untuk mencatat sesuatu perkara.
  • Tisu-berguna untuk lap peluh atau tangan yang basah atau lap hingus ataupun lap air mata hehe mana la tahu kut-kut termenangis masa tengok wayang sedih haha mengarut. Aku maksimum bawa tisu dua bungkus, satu tisu kering dan satu lagi tisu basah.
  • Hand Sanitizer-ni buat orang malas nak cuci tangan macam aku haha kerana malas nak pergi toilet yang berbayar tu, ambil ja HS dalam beg tu buat cuci tangan.
  • Hands Free dan Novel-aku selalunya balik bersama kawan tapi kawan balik kerja jam 6.00 sedangkan aku jam 5.00 so sementara tunggu boleh lah layan music sambil baca novel. Tak ada la masa tu terbuang begitu sahaja :)
  • Panadol dan Minyak Angin (FreshCare)-manalah tahu tetiba pening dan sakit kepala, boleh la makan dan sapu dekat kepala :)
  • Tuala Wanita-ini tak perlu kut aku terangkan yang pastinya aku bawa ke mana-mana kerana peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" ^-^
  • Cermin-asal namanya perempuan memang tak sah kalau tak ngadap cermin even dua saat pun jadi la haha
  • Pengecas HP-in case bateri HP habis caj kan senang kalau ada charger :)
  • Pemotong Kuku-ini kegunaannya bukan la selalu tapi aku memang takkan lengkap kalau tak ada dalam beg.
  • Gunting-aku memang sentiasa bawa sebab pada aku gunting ni satu keperluan dan maybe berguna untuk melindungi diri :)
  • Air-air sangat berguna semasa kita penat berjalan tambah-tambah lagi bila terkena virus batuk air memang sangat diperlukan.
  • Pendrive-aku memang sentiasa perlukan benda ni dan pergi mana-manapun aku akan bawa.

P/S : korang apa pula barang wajib yang sentiasa ada dalam beg?

Comments

  1. wajib ada beg duit n hp..itu je pntg. huhu

    ReplyDelete
  2. Salam itah,ada yg sama dlm beg kita..minyak angin,tisu, pendrive,charger,tuala wanita,earfon antra bnda2 wajib dlm beg niesa..hihi...payung je sgt malas nk bawak klua jalan2..

    ReplyDelete
  3. banyaknya barang... tak berat ke?

    ReplyDelete
  4. rasa nya paling utama tu cermin kot. pastu lipstick n bedak. pastu diikuti dgn benda2 lain

    ReplyDelete
  5. hahaha bagus-bagus ^_^ tapi sering terjadi blia masa tak bawa itu terjadi

    ReplyDelete
  6. Biasanya jam 4 ptg dah mula hujan rintik2...

    ReplyDelete
  7. err cik itah..dari atas ke bawah saya cari..

    handphone xde ke? :)

    ReplyDelete
  8. kalau umi ...umi akan selalu bawak powder .. lipstik dan minyak wangi hihi ..

    ReplyDelete
  9. byk nye barang cik itah.. Fiza yang penting beg duit, hp dan bedak jer.. hehe...

    ReplyDelete
  10. Wah. Banyak juga tu barang dlm beg cik itah.. mudah kalau macam ni.. nak apa je ada.. takla kalut nanti.. akak selalunya tambah pampers anak.. haa.. jadi mak ni kena pikir pasal anak pula.. lagipun malas bawa banyak2 beg kalau keluar..jadi masuk semua dlm beg tangan mak.

    ReplyDelete
  11. isi tabung...

    banyaknya masuk dalam beg...

    ReplyDelete
  12. hehe.. licha main hentam je. apa pon boleh ,

    ReplyDelete
  13. saya tak pakai beg tapi dalam poket wajib ade phone sebab ia merupakan peneman luka lara saya,..hahahaha..klik inti sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Memang perlu ada segala barang tu..manelah tahu in case nak jadik ape²kan

    ReplyDelete