You are reading:
Hari Gelap Hari Tertutupnya Pintu Taubat, Sudah Bersediakah Kita?

Hari Gelap Hari Tertutupnya Pintu Taubat, Sudah Bersediakah Kita?

Posted on: Friday, September 30, 2016

Assalamualaikum & hai..

hari gelap

Hari Gelap Hari Tertutupnya Pintu Taubat, Sudah Bersediakah Kita? | Seawal 5.00am pagi kita bangun dan solat subuh, kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sampai pejabat jam 7.30am, hari masih gelap. Mungkin kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk pejabat, buat kerja apa yang patut dan kita tengok jam 10.00am, sudah time nak pergi breakfast.

Keluar pintu pejabat, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan. Tapi kalau sudah jam 12pm pun masih gelap, apakah petanda itu? Keesokan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya dan begitu juga dengan lusa. Masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya kiamat! Maka tertutuplah pintu taubat. Yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan tertutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca al-Quran, 24jam baca Quran, golongan yang tidak pernah solat jemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

Kenapa kita tidur time Allah memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?
Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?
Kenapa kita lebih sangat senang memuji ARTIS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH? Pikirkan itu.

*copypaste dari group whatsapp.

Comments

  1. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah... Terima kasih atas perkongsian Cik Itah...

    ReplyDelete
  2. peringatan yg baik.. thanks..

    ReplyDelete
  3. Semoga kita tidak lalai dlm menjalani kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  4. Peringatan yang bagus..
    Saat kita terleka ketukan seperti ini mengingatkan pada panggilan yang semakin dekat..

    ReplyDelete
  5. Takut nya... Malu pada Allah sbb kadan masih terleka walau sedar diri byk dosa.. huhu

    ReplyDelete