You are reading:
Beluku @ Tungul, Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud

Beluku @ Tungul, Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud

Posted on: Wednesday, September 21, 2016


Siput Gondang

Beluku @ Tungul, Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud | Beluku atau tungul (siput gondang) ialah sejenis siput air tawar yang agak popular di kalangan penduduk Kota Belud. Beluku atau tungul ini jarang didapati kerana spesisnya kini hampir pupus. Kebiasaannya beluku atau tungul ini hidup di dalam sungai dan parit sawah. Tetapi jangan pula tersilap kerana terdapat sejenis siput beracun yang hampir serupa dengan beluku ini yang terkenal dengan nama siput gudang emas (haiwan perosak padi).

Kalau ada sesiapa nak rasa atau mengidam beluku atau tungul ni boleh lah ke Pasar Jumaat yang beroperasi setiap hari jumaat bermula dari jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi di Kampung Labuan, Kota Belud. Biasanya beluku yang dijual sudah dibuang kulit, hanya perlu cuci dan masak. Di Pasar Malam Pekan Kota Belud pun ada dijual tetapi jarang, kalau ada dijual (yang sudah dimasak) itu kira lucky lah :)

Cara memasak terpulang lah nak masak kari ka kunyit ka, bakar pun sedap makan dengan cicah limau bersama dengan nasi putih. Fuhh sedap tu !

siput gondang

siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Mcm tu rupe sipun gondang. Fiza tak pernah mkn..

    ReplyDelete
  2. Macamni rupanya siput gondang. Pernah dengar je la. Hai cik itah lama kinah tak singgah sini. Masih ingat kinah lagi

    ReplyDelete
  3. waa nampak mcm sedap.. belum pernah try lagi ni..

    ReplyDelete
  4. Owh.. Siput gondang ye.. hehehe.. X pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan cik itah...siput-siput ni arz kurang skit...siput sedut pun tak reti sangat nak sedut ngeee

    ReplyDelete