Assalamualaikum & hi
P/S Terima Kasih kepada TZ yang selalu jadi penasihat kewangan Cik Itah hihi
Sebelum itu, entri ini adalah khas buat mereka yang masih hidup bujang a.k.a single macam aku, mungkin bermanfaat juga buat mereka yang sudah berumah tangga.
Seperti yang kita tahu purata gaji (basic) di Malaysia hanya diantara RM800 sehingga RM1500. Ada juga yang lebih rendah sehingga RM500 sebulan. Frankly speaking gaji aku sekarang tidaklah setinggi mana. Jawatan pun hanya kerani, kerja pun dengan laywer firm. Orang selalu kata orang bujang ni tak perlu susah hati sebab tak perlu tanggung apa-apa yela hidup bujang kan. Silap okay! Habis tu mak bapak dekat kampung siapa nak bagi duit? Sewa rumah, PTPTN, loan kereta..siapa nak bayar? Simpanan takkan tak ada? Berkahwin ke bujang sama-sama ada tanggungjawab kan kan?
Gaji Rendah Dan Poket Kering Setiap Hujung Bulan? Ini Cara Aku Untuk Kekal Stabil Sehingga Gaji Yang Seterusnya.
1. Aku Buat Senarai Agihan Duit dan Jumlahnya
Ini paling penting bila dah dapat gaji. Sebolehnya aku akan buat senarai agihan duit dahulu seminggu sebelum gaji. Senarai agihan ini termasuklah senarai barang keperluan, duit untuk keluarga (mak ayah), simpanan, sewa rumah dan sebagainya.2. Aku Bezakan Keperluan dan Kehendak
Kena tahu membezakan antara keperluan dan kehendak. Jangan penuhi kedua-duanya. Contoh keperluan ialah makanan. Kehendak pula seperti barang perhiasan.3. Aku Buat Simpanan dan Takkan Sesekali Gunakanny
Simpanan sangat penting untuk masa depan so kena belajar kawal diri supaya tidak boros dan berbelanja lebih. Esok hari susah kita tiba bukan semua orang dapat bantu kita tau. Kau minta duit dengan family pun belum tentu mereka dapat tolong. So setiap bulan aku akan tentukan saving aku berapa. Kalau bulan ni tak pakai banyak duit so aku akan lebihkan sedikit untuk simpanan.4. Aku Simpan Duit Syiling (Jangan Remehkan)
Jangan pandang sebelah mata duit syiling. Mungkin nilainya tidaklah sebesar note RM100 tapi orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 10 sen, 20 sen dan 50 sen..aku akan simpan. Duit 5 sen tu aku kumpul so kalau beli barang dekat mana-mana kedai dan memerlukan duit syiling aku akan bayar pakai 5 sen tadi. Contoh harga barang RM16.35, RM2.05 dsbg.5. Aku Dahulukan Apa Yang Penting
Dapat sahaja duit gaji aku akan bayar dahulu apa yang penting seperti sewa rumah, duit untuk mak ayah (Ini penting untuk keberkatan rezeki. Hulurlah walau sedikit untuk mak ayah kita), loan kereta ke rumah, PTPTN dll.6. Hidup Bersederhana
Hidup biarlah bersederhana, jangan sibuk nak kejar jadi macam orang lain. Apa yang kita ada syukuri lah kalau itu saja yang kita mampu sebab ada orang yang hidupnya lagi susah dari kita. Sudah kalau sewa bilik ja kita mampu buat apa susahkan diri sewa sebuah rumah? Kalau nak sangat sewa sebuah rumah boleh tapi ajak kawan-kawan menyewa sama so ringanlah sikit beban membayar tu. Lagi satu kalau gaji bawah RM2000 ke bawah tu tak perlu la sibuk nak beli kereta semua, kau naik public transport cukup. Lainlah kalau ada orang support, family ke.7. Aku Jadi Pengguna Yang Bijak
Aku suka bandingkan harga barang dari satu kedai ke satu kedai. Even 5 sen pun aku akan titikberatkan sebab 5 sen itu akan mencukupkan 10sen, 10 sen akan mencukupkan RM1, RM1 akan mencukupkan RM10.8. Aku Bagi "Reward" Untuk Diri Sendiri
Sebulan sekali aku belikan sesuatu untuk diri aku seperti jam tangan, baju, minyak wangi, kasut dan sebagainya. Kita mungkin tak dapat shopping banyak macam orang lain tapi sekurang-kurangnya kita ada beli sesuatu untuk diri kita dan kita rasa bahagia dengannya kan? Contoh, bulan ni aku dah beli tudung so bulan depan beli sepasang dua baju pula. Tak perlu harga mahal..cukuplah baju RM35 sepasang. Sebolehnya kos untuk reward ni RM150 ke bawah, kalau ada lebih simpan. So bila dah bagi reward untuk diri sendiri takdalah keinginan tu membuak-buak nak beli itu ini.9. Tegas
Tegas untuk diri sendiri, jangan manjakan sangat diri tu. Orang makan sedap setiap hari kau pun nak makan sedap-sedap. Orang shopping itu ini kalau pun nak beli itu ini. Sesekali ajar diri tu untuk hidup susah. Biasakan diri.
Kesimpulannya, jika kita bijak menguruskan kewangan kita takdanya istilah poket kering hujung bulan. Dari kita ja sama ada nak boros atau jimat? Sekian dan semoga bermanfaat.
P/S Terima Kasih kepada TZ yang selalu jadi penasihat kewangan Cik Itah hihi
Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek
Bagus CI. Tips ini boleh membantu jika betul-betul bijak mengagih
ReplyDeleteJgn ikut sedap boleh bengkarp, ikut rasa binasa, ikut hati memang matilah hihi...
Nice tips sharing dear.. yg penting berbelanja la ikut keperluan bukan kehendak.. InsyaAllah senang hidup..hee
ReplyDeleteSy pun pernh hidup bujang dlu memg kna pndai rncg kewangan.klau x memg kebulur la d pertghn bln, lgi satu kna rajin bawa bekal pi tmpt kja, msk sndiri jimat hihi
ReplyDeletegood sharing dear...nanti irda sharw cara irda saving utk dptkan sebuah rumah ye dear...insyaAllah.kita share bukan nak.menunjukkan.just hope dpt brmanfaat utk org lain
ReplyDeleteHehe, nice..btul2..
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.. tq share��
ReplyDeletelaw firm ke dear.. as legal dept or corp dept or conv dept.. kalau legal sakit kepala selalu.. hahaha
ReplyDeleteboasalah org bujang hujung berbeza. senang cover. kalau dah kahwin byk kena bijak uruskan kewangan. tanam sifat menabung. insyaAllah
tq cik itah untuk tips ni. boleh diguna kan .. :)
ReplyDeleteGood sharing, sekarang nak berbelanja pun kena pikir dua tiga kali. Kalau tak tengah bulan makan manggi jelah jawabnya..
ReplyDeletewahhh tips yang sungguh berguna. Bagus tips ni untuk orang yang belum berkahwin amalkan.
ReplyDeletetq for the tips. insya Allah, akan diaplikasikan. :)
ReplyDeletenice share.. dulu jarang.. tp skrg sejak dah ada macam2 komitmen, hujung bulan je terpaksa kacau skit duit simpanan.. hehehe
ReplyDeleteYang no 1 tu memang wajib buat.. simpanan buat secara main kutu..Syiling pula anak2 punya.. hehehe..
ReplyDeleteNice sharing cik itah..Biasa belum abis bulan, duit dah kering.. Hadoii..
ReplyDeletebab berbelanja ini lah paling susah nak kontrol. Huhu. bab simpan duit syiling itu bagus. Memang jangan sesekali diperkecilkan. Kumpul banyak2 jadi gunung duit satgi :)
ReplyDeletesalam kenal.. CT follow sini.
ReplyDeletenice tips. insyallah ada yang boleh CT ikut nak dipraktikkan =)