You are reading:
Antara Makanan Popular di Kota Belud

Antara Makanan Popular di Kota Belud

Posted on: Wednesday, January 27, 2016


Antara Makanan Popular di Kota Belud | Teringat conversation aku dengan pekerja part-time (Kak Anifah) pada hari jumaat lepas (22.01.2016) mengenai makanan yang dia amat gemari di Kota Belud. Timbul idea untuk kongsi beberapa makanan yang agak popular di kalangan penduduk Kota Belud tidak kurang juga turut digemari oleh penduduk dari luar kawasan Kota Belud seperti Kak Anifah yang berasal dari Beaufort, Sabah.

1. Ikan Pangi

Antara Makanan Popular Di Kota Belud
sumber gambar : EatingAsia
Ikan Pangi kebiasaannya dijual di Tamu Ahad KB dan boleh juga didapati di Pasar Tani KB. Harga dalam satu tumpuk [lebih kurang 10 hingga 15 ekor saiz sederhana] adalah RM5 hingga RM10. Ikan yang selalunya digunakan untuk membuat Ikan Pangi ialah Ikan Talapia atau Ikan Belanak [orang KB biasanya panggil Ikan Kembura]. Bahan perapan untuk Ikan Pangi pula adalah buah Buah Keluak atau Buah Kepayang atau lebih dikenali dengan nama Buah Pangi dikalangan penduduk setempat.

Ikan Pangi boleh digoreng terus[tak perlu cuci] dan di cicah dengan air limau+lada dan dimakan bersama nasi putih. Rasanya memang sedap!

 2. Ikan Liking

sabahan food
sumber : EatingAsia
Ikan Liking pula diperbuat dari Ikan Talang yang dilumur dengan garam dan lada. Selepas itu dikeringkan. Ikan Liking boleh juga dibuat dari ikan lain selain dari ikan talang tapi rasanya agak kurang sedap. Ikan Liking boleh didapati di Tamu Ahad KB dan Pasar Besar KB. Biasanya harga Ikan Liking ni sekitar RM10 hingga RM25 atau lebih [bergantung kepada saiz].

Ikan Liking biasanya dipotong kecil-kecil dan digoreng. Sedap dimakan bersama cicah air asam dan nasi putih.


3. Bubuk

sabahan food
sumber : EatingAsia
Bubuk diperbuat dari Udang Geragau atau Udang Rebon yang telah dikeringkan. Kebiasaannya harga Bubuk adalah RM2 atau RM3 sebungkus [bergantung pada kuantiti] dan dijual di Tamu Ahad, Pasar Besar dan Pasar Tani mengikut musim. Bubuk kebiasaannya dimakan bersama nasi juga digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Bubuk juga boleh dibuat cucur dan dimakan bersama sambal lada dan rasanya memang sedap!

Selain ikan pangi, ikan liking dan bubuk, banyak lagi sebenarnya makanan yang popular di Kota Belud seperti kuih Penjaram, Berati, Laru' dan Lato'. Kedengaran pelik bukan? Tapi jangan risau semuanya HALAL. Inshaa Allah aku akan kongsikan nanti.


Sekian dan salam sayang buat semua blogger :)


with love~rrp.cik itah

Comments

  1. Ikan liking tu macam best je.. Pos sini sikit.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?

      bru nk komen mcm ni ..hehe
      mcm sedap je dpt mkn ngn nasi panas2 kan? :)



      JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
      https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

      JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
      http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

      Delete
  2. 2 ikan d atas lya x pernh lgi mkn..yg bubuk tu memg pernh
    Slalu lya buat cucur

    ReplyDelete
  3. Yg Cikna tau bubuk beras.... Rupanya udang geragau kat sana panggil bubuk...;-)

    ReplyDelete
  4. Ikan liking tu mesti sedap sebab dah macam ikan talang.. ;)

    ReplyDelete
  5. Salam kenal cikna..
    Baru akak tahu makanan kegemaran dikota belud tu ye..
    Kalau kesana boleh dicuba :)

    Akak follow #1088 jemputlah ke blog kecik akak :)

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh nak kakak mencuba semuanya tapi nun jauh di sana
    Kalau udang geragau di sini pun mahal dik
    Tapi bila dah nak makan mahal pun beli jugalah - buat cucur memang sedap:)

    ReplyDelete
  7. Hi kalau bab ikan memang bab tak berapa tahu.Banyak banyak ikan,ikan Pari saya suka (masak asam pedas) Ehh.. keluar daripada tajuk ..hehehe ;)

    ReplyDelete
  8. memang tak pernah dengar nama-nama ikan ni hehe

    ReplyDelete
  9. wah teringin pulak nak rasa hehe sheda jenguk cik itah

    ReplyDelete
  10. Wahhh. First tengok ni, tapi macam sedapppp. Lagi2 ikan pangi tu. Heheh Nice sharing :)

    ReplyDelete
  11. udang geragau dah pernah cuba...sedap cicah sambal belacan

    ReplyDelete
  12. sna kaya ngn makanan seafood.. kering mahupun basah

    ReplyDelete
  13. Kena pergi jalan2 di Kota Belud nampaknya ^-^

    ReplyDelete
  14. wahhhhh.. tiga2 ikan nie e'in tak penah mkn pun..

    ReplyDelete
  15. Even Sha kat Tawau, ikan - ikan tu semua x pernah jumpa lg. Udang geragau tu adalah :)

    ReplyDelete
  16. Hi u ols..sy syorkn sgt2 yg xpnh mkn ikan liking tu,MESTI TRY,WAJIB..hehe..sbb skli mkn msti nk lg..fav sy dr kcik..mak msak perghh,dr jauh pn bole bliur tau d bt nya..skg ni ikan liking sy otw dr fmly kt kota belud ke kunak..kirim kt dorg,dh mcm ngidam pula.hahahaahha..x sbr menanti ketibaan ikan liking tu..hehe..

    ReplyDelete