Wednesday, June 18, 2014

Antara Fakta Dan Auta | Orang Selalu Cakap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Antara Fakta Dan Auta | Orang Selalu Cakap..


Orang selalu cakap itu tandanya ini, ini tandanya itu dan sebagainya. Namun adakah ia Fakta atau Auta? Sebelum itu apakah fakta dan apakah auta?

Fakta – Suatu peristiwa, kenyataan atau pemerhatian yang diketahui benar atau dianggap benar berdasarkan pemerhatian.

Auta – Suatu yang orang cakap-cakap kosong atau cakap tak berasas maksudnya tanpa bukit. kebenarannya tidak diketahui.

 Antara Fakta Dan Auta | Orang Selalu Cakap..


1. Masa kecil dulu aku selalu dengar orang cakap bila bulu mata jatuh tandanya ada orang rindu kat kita. Ehh?? Habis tu kalau tiap hari ada sepuluh orang rindu kat kita botaklah bulu mata hahaha. Ini fakta atau auta??

2. Orang cakap bila kita tersedak masa makan atau minum maknanya ada orang teringat-ingat kat kita atau tengah mengumpat kita masa tu. Tapi masa zaman hingusan aku dulu kakak aku kata itu maknanya ada orang sebut nama kita kuat-kuat. Oo ehh?? Huhuhu fakta atau auta?

3. Ini pula petua yang selalu aku dengar dari orang sekeliling aku. Mereka cakap bila kita beli kasut baru, kita kena gigit dulu supaya kasut tu tak gigit kaki kita. Pelik bunyinya kan? Korang rasa ini fakta atau auta? Percaya atau tidak aku pernah try benda ni okay..sound funny kan? Hahaha tapi takda maknanya! Kasut tu tetap gigit kaki aku aihhhh~

4. Ini aku pasti korang selalu dengar. Whenever you think about someone a lot, its because they were thinking about you first. So bila kita rindu dengan seseorang tu maksudnya dia yang rindu kita dulu ke? Fakta atau auta? Ermmm..i’m thinking :D

5. Orang selalu cakap bila kita mimpi tentang sesuatu atau seseorang itu disebabkan kita terlalu memikirkan orang atau hal tu sebelum kita tidur. That’s why lah sampai termimpi bagai. Hm ini aku setuju ianya fakta sebab selalu terjadi dengan diri ehehehe :D

6. Orang cakap bila kita mimpi ular hitam, itu maknanya ada orang berniat nak hantar sihir dengan kita. Huuuu seram bunyinya kan? Simpang malaikat 44! Ini fakta atau auta? Hmm sebut tentang sihir ni mengingatkan aku tentang kisah aku masa study dulu.. :(

7. Orang cakap lagi, bila kita mimpi ular kejar kita itu tandanya ada orang minat kita dalam diam. Namun jika kita mimpi dikejar ular dan kena patuk ditangan itu tandanya ada orang nak masuk minang kita, boleh jadi cepat atau lambat. Maksudnya jika bukan masa ini mungkin setahun dua adalah tu meminang. Fakta atau auta? Hmm susah nak cakap.

Pengalaman aku la kan, aku pernah mimpi macam tu, dikejar ular dan kena patuk ditangan. Aku mimpi awal tahun lepas dan percaya atau tidak awal tahun ni someone telah melamar aku, kawan masa sekolah dulu. Bukan niat nak tolak jodoh atau keikhlasan hati dia namun sungguh aku berlum bersedia untuk terikat dengan mana-mana lelaki samaada atas ikatan boyfriend, tunang mahupun suami. Kejamkah aku?

Okay sudah! Back to topic, benda ni tak boleh juga kut nak cakap fakta dan aku pun tak cakap auta huu atas pagar. Tapi nak dijadikan cerita just percaya pada Qada dan Qadar Allah. Mungkin semuanya hanya kebetulan kan? :)

Okay. Itu antara fakta atau auta yang aku dengar dan orang selalu cakap. Korang pula? Jom kongsi :)


with love~rrp.cik itah

29 comments:

  1. no 7 tu pnh kt mimpi.. tp takdelah smpai msk minang..

    kena risik gitu je..wakakaka

    ReplyDelete
  2. @nuyui a.k.a miss YUI hahahaha lebih kurang la tu yuii hehhhehe :D

    ReplyDelete
  3. selalu jugak dengar mcm tu. tp sekadar dengar je lah. malas fikir panjang. haha!

    ReplyDelete
  4. tak pernah pun mimpi kene patuk ular..hehee.

    ReplyDelete
  5. kalau no 7, ikut perubatan islam it's a kind of sihir...yg mungkin dihantar oleh seseorg...nauzubillah....

    ReplyDelete
  6. kalu no 7 tu, ikt perubatan islam it's a kind of sihir...nauzubillah

    ReplyDelete
  7. terfikir jugak..ada yg mcm fakta..tp ada yg mcm auta..yg pasal gigit kasut tu pn niesa pernah cuba..kihkih..

    menabung jetta kat sini.. :)

    ReplyDelete
  8. point num 3 tu, tak pernah dgr lagi...hehe
    yg lain selalu dgr, tp x bleh nk percaya sngt...sbb point num7, pernah gk mmpi, tp smpai skrg, x da pula msuk minang...haha

    ReplyDelete
  9. fakta atau auta... ntah la itah..sekarang pun banyak fakta yang diputar belitkan..hehe

    ReplyDelete
  10. mcam bnyak auta jer dr fakta., tp tuk amik kebaikan xsalah kot klu nk ikut., err slagi xtrpesong la., huhu

    ReplyDelete
  11. Semua cik pernah dengar kecuali yg tentang kasut tu..hihihi
    Yang pasal sihir tu memang fakta.cik pernah tengok kat tv ada ustaz terangkan tengang mimpi ular hitam dan sihir...

    ReplyDelete
  12. setengah itu mungkin betul atautidak..
    tapi mcm awk ckpla kita pcaya kepada qadar..mungkin itu satu kebetulan :)

    ReplyDelete
  13. Macam kena gigit kasut tu walaupun benar fakta maybe zumal tak kan lakukan kot... Hehe :)

    ReplyDelete
  14. auta je.. nak fakta tunggu benda tu jadi kata kita hehe.. gurau je. yang penting kita yakin dgn takdir yang Allah dah aturkan untuk kita. :)

    wink.

    ReplyDelete
  15. ular putih maksudnya jodoh.. yg ni kalu ular ular tu kontot ke maksudnya adalah yg nak datang merisik tu pendek haha.. kalau mimpi naik tangga, maksudnya kita akan berjaya capai matlamat..

    ReplyDelete
  16. mimpi naik kuda kira lagu mana

    ReplyDelete
  17. kat drama korea pun ada mention bila tersedak masa makan maknanya ada orang sdg mengata kita .... adeh

    ReplyDelete
  18. 1, 2, 3, : tu petua orang tua2.. petua tu x bermaksud 'literally' tapi ada maksud tersirat disebalik bnda yg disuruh/dilarang tu..

    4. kalau kita ingat kat dia sbb dia igt kat kita dulu, habis tu, masa dia igt kat kita dulu tu, ada ke kita ingat kat dia dulu? then kalau kita yg ingat kat dia dulu, adakah sbb dia yg ingat kat kita dulu? so, sapa yg mula dulu sebenarnya ni? konfom auta. hehe

    5. ianya fakta. antara fungsi mimpi adalah sebuah mesej yg ingain disampaikan oleh minda separa sedar (subconscious mind) kita. kalau selalu teringatkan seseorang, ada possible terbawa dalam mimpi. itu normal.

    6. ini ada disebut ulama' yg ahli dalam bahagian sihir. boleh jadi benar, boleh jadi hanya mainan tidur. sekadar mimpi, x cukup untuk menjadi indikator kita disihir, kena check symptom2 lain sama.

    7. cuma cakap2 orang tua. macam petua2 yg lain, x bermaksud literally..

    wallau a'lam.. :)

    ReplyDelete
  19. kalau kita mimpi satu tmpat tu, mksudnya roh kita ke situ time kita tdoq..hihi,, xtau la auta ka fakta..ngee..

    ReplyDelete
  20. Hahaha, adakalanya, dah jadi mengarut sangatt kan...

    ReplyDelete
  21. ada yang betul secara kebuetulan dan ada jugak yang mitos semata mata...

    ReplyDelete
  22. tak tau nak cakap macam mana...tapi biasanya orang tua2 dulu nasihat dia berlapik..tu yang keluar banyak pantang larang tuh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  23. No. 7 tu betul jadi kat Kak Fiza.. tak tipu..

    ReplyDelete
  24. orang tua nie pun kadang2 kata2 mereka tu double meaning... tapi kita yg muda nie tak faham... kita nie straight forward jer... akhirnya pemahaman jadi lain... pastu pi sampaikan kat org lain plak....

    ReplyDelete
  25. ada sesetengah secara kebetulan terjadi tp macam Itah ckp, percaya pd Qada dan Qadar Allah

    ReplyDelete
  26. Hmmm tak taulah saya.. wallahualam.. :D :D

    ReplyDelete
  27. dari no 1 - 7 tu ada yg mmg fakta dan ada juga yg auta..so yg mana satu auta n fakta...carik sendiri hahaha

    ReplyDelete