You are reading:
Masker Putih Telur

Masker Putih Telur

Posted on: Saturday, October 26, 2013


masker putih telur

Masker Putih Telur | Aku suka makan telur tapi telur rebus ja la yang lain-lain kurang sikit. Percaya tak kalau aku kata dalam sehari aku makan 5-10 biji telur rebus? Hahaha memang tak la kan. Paling banyak pun aku makan dalam sehari tu 4-6 biji telur rebus ja la hihi. Telur sebenarnya banyak khasiat tetapi bila bercakap pasal telur ramai yang berfikir tentang kegemukan betul tak? Takut gemuk makan putih telur ja la kuning telur tak payah he he he.

Putih telur sebagai masker muka. Siapa selalu amalkan kita memang geng haha aku kalau bab-bab cantik ni memang suka ambil tahu dan suka mencuba sesuatu tetapi tak termasuk la bab-bab cream muka, make-up solekan apa semua. Sedangkan muka pun aku just tempek bedak badan hahaha simple!
Back to topic, masker muka memang banyak jenis dijual di pasaran tapi guna yang asli lagi bagus kut rasanya sebabnya tak perlu guna banyak duit pendek kata lagi jimat lebih-lebih lagi bila kita guna masker telur. Korang yang tinggal kat kampung macam aku lagi la jimat tunggu ja ayam dalam kandang tu bertelur then ambil la satu..free ja even satu sen pun tak perlu bayar hahaha

So macam mana nak buat masker telur? Sebiji telur pun da cukup just asingkan putih dan kuning telur tu. Kalau nak guna putih telur ambil putih telur ja la kuning tak payah tapi jangan pula buang kuning telur tu..sayang , kan boleh goreng buat lauk :) Lepas tu putih telur tadi pukul hingga kembang then boleh la sapu rata kat muka. Biarkan selama 15 hingga 30 minit lepas tu cuci muka dan bilas bersih , tak guna pencuci muka pun tak apa :)

Kebaikan atau khasiat masker putih telur? Aku list'kan kat bawah ni ;
  • Membersih dan menegangkan kulit wajah
  • Mengecilkan liang pori
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Mengeluarkan minyak pada liang pori
  • Mengurangkan whitehead
  • Menyembuh dan menyuburkan kulit muka
  • Membantu mengurangkan jerawat (untuk kesan terbaik campurkan sedikit jus lemon)
  • Melembap dan menghaluskan kulit wajah yang kering
P/S : Lakukan satu hingga tiga kali seminggu. Untuk kulit berjerawat tidak digalakan untuk memakai masker kuning telur cukup la putih telur sahaja dan untuk kulit wajah yang memang halus mulus nak guna putih atau kuning telur tak jadi masalah :)

Comments

  1. kadang2 suka pakai masker putih telur ni..tp suka pakai bila rajin la..bila malas..nak cakap pun malas la..hahahaha

    ReplyDelete
  2. sekali sekala guna juga putih telur bt masker..takpun tomato lenyek..pun best..kulit jadi lembab gitu..:)

    ReplyDelete
  3. wow... :) guna telor ayam kampung mesti lagi efektif kan.

    ReplyDelete
  4. simple je kan..lebih mudah,murah and anytime :)

    ReplyDelete
  5. nice sharing =) boleh than jugak..4,6biji tlur mkan shari..prmpuan suka sgt cntik2 kn..

    ReplyDelete
  6. https://www.facebook.com/NoreenHaniBeauty

    ReplyDelete