You are reading:
Perangai Di Kalangan Ahli Keluarga Yang Buat Kita Rasa "Annoying"

Perangai Di Kalangan Ahli Keluarga Yang Buat Kita Rasa "Annoying"

Posted on: Friday, August 19, 2016

Assalamualaikum & hi..

gambar keluarga
Gambar Hiasan

1. Mak Cik yang tv3 atau melodi


Gelaran untuk mak cik-mak cik yang agak kepoh..habis cerita itu ini dicanangnya satu kampung. Pantang dengar cerita pasal si A, si B..habis dikoreknya kalahkan TV3 dan melodi.  Grrr..dalam hati "..ee nasib baik mak cik kalau bukan..aku cili jugak mulut dia ni!..". Geram betul !

2. Si duit syiling talam dua muka

Haa inipun sama tak best. Betul-betul macam duit syiling..lain depan lain belakang. Depan kita dialah bawang putih yang suci lagi bersih tapi di belakang..dasar bawang merah betul !

3. Si pemalas

Kita suruh tolong buat ini, malas. Kita suruh buat itu pun malas. Eee..aku cekik jugak dia ni. Tak boleh harap betul !

Yuks! Kadangkala memang buat kita rasa menyampah kan dengan sesetengah perangai "mereka" yang tak boleh nak blah tu haha tapi kena ingat walaupun macam manapun karakternya dia tetap ahli keluarga kita :)

Perangai "annoying" ini boleh ada sahaja di dalam ahli keluarga kita..mungkin di kalangan adik-beradik, sepupu sepapat, mak cik, pak cik dsbg..betul tidak? Tapi ibarat patah pepatah "Air dicincang takkan putus", begitulah juga pertalian kita sesama ahli keluarga. Sayangilah keluarga kita :)



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. perkara biasa tu.. hee tp gmbr hiasan tu mcm tak patut jee selfie tmpt gtu..

    ReplyDelete
  2. Tulah.. ada masa stress dgn org mcm ni.. tp ada masa rindu.. family kan... :) :)

    ReplyDelete
  3. Tak suke yg jenis jaga tepi kain org pdhl keluarga sendiri huru hara.. huhu

    ReplyDelete
  4. macam-macam orang ada...yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jauhkan

    ReplyDelete