You are reading:
Mentholatum Botanics Brightening & Moisturizing Face Mask | Guardian 1 Borneo

Mentholatum Botanics Brightening & Moisturizing Face Mask | Guardian 1 Borneo

Posted on: Saturday, July 25, 2020

Mentholatum Botanics Brightening & Moisturizing Face Mask

Makin dekat usia ke angka 30 ni makin rajin aku jaga kulit muka. Kalau dulu fokus aku kepada barang makeup but now nda kisah sudah pasal tu sebab akupun memang nda rajin makeup. Sekarang ni mau fokus dengan skincare ja since akupun nda lama akan..pshh rahsia haha. Mungkin terlambat tapi its better than never right. Sebenarnya aku ni pelanggan setia Watsons, apa-apa produk penjagaan peribadi aku memang semua aku beli dekat Watsons. 

Beberapa hari lepas my colleague ajak pergi Guardian. Niatnya sekadar cuci-cuci mata tapi ehh terbeli pula barang dekat sana. Aku grab dua face mask Botanics, one is for brightening and moisturizing and the other one for hydrating. Dua ni aku beli for only RM6 (RM3 each), murah gila kan harga promosi dia. Aku nda puas hati sampai tanya dengan staff Guardian betul kah tidak harga tu. 

Jarang sungguh aku masuk Guardian since aku ni pelanggan setia Watsons so memang boleh kira setahun tu berapa kali ja aku masuk Guardian dan ada setahun tu langsung nda masukpun. Satu yang aku perasan harga barang dekat Guardian ni lebih murah jika dibandingkan dengan Watson. Salah satunya harga untuk Lennox Firm-Up Plus+ Collagen. Harga sekotak (16+4 bottle) aku beli dekat Watson adalah RM78 tapi kalau dekat Guardian hanya RM74. Jauh beza oii. Serius aku cakap harga barang-barang dekat Guardian jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Watsons. Satu ja kurangnya Guardian ni, dia takda member card macam Watsons. But to be honest kedua drugstore ni memang terbaik but maybe after this aku mungkin jadi customer setia for both 😁

Alang-alang cerita pasal botanics brightening and moisturizing mask ni so aku review lah sikit. Mask ni lebih kurang sama ja benefitnya with another brand of face mask. Masa pakai tu muka terasa sejuk ja. Paling best bila malam kau pakai sebelum tidur dan esoknya bangun muka berseri-seri 😍🥰

Comments

  1. Saya pernah cuba, best kan hehe

    ReplyDelete
  2. memang perlu sangat jaga muka bila usia dah menginjak ni, kulit dah kurang vitamin dan pelembap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis. tu kena consistent pakai skincare n lifestyle juga hehe

      Delete
  3. Akak pelanggan setia guardian. Watson ni leceh sikit sebab asyik tanya ada member card tak. Lepas tu masa bayar ada je dia promot barang kot2 kita nak beli. Kalau Guardian kita bayar je. tak payah nak cakap2.

    Hahha.. bagi orang yang tak suka bercakap kami memang ambik kesah benda nih..

    ReplyDelete
  4. Akak pun kalau maduk guardian ke,watson ke,mau berjam2 kt situ,semua mcm nk rembat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan..inila dia masalah kita orang perempuan ni. semua nampak cantik dimata :D

      Delete
  5. wife saya kalau masuk guardian or watson, susah dah nak keluar.. hahahaha..

    ReplyDelete
  6. Suka jugak ber'facemask'. Tapi yang ni tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  7. Mmg bagus mula jaga kulit dr muda. Nanti pakai make-up pun senang. Mak Andam pun happy. Dulu saya suka keluar masuk Watson & Guardian di 1B, sbb berdekatan. Blh banding2 harga. Tapi skrg ni mgkn penat kalau keluar msk sbb nanti mo kena scan pula balik2. So sejak MCO, x sudah masuk Watson/Guardian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..bikin malas kan masuk mana2 kena scan n tulis nama.
      leceh tapi kena buat jgk demi kebaikan kita dan orang sekeliling
      kes covid ni nda pandai habis ba

      Delete
  8. Samalah saya ambil berat kesihatan muka. Baru terfikir nak guna pelindung cahaya matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sama2 kita menjaga kesihatan muka sebelum terlambat hehe

      Delete
  9. Replies
    1. true indeed. wajah terasa cool dan naik seri^^

      Delete
  10. jenama ni tak pernah lagi cuba..murah harga tu..boleh la cari lepas ni

    ReplyDelete