Friday, October 3, 2014

Sedikit Info Tentang Pulau Sapi


sapi island
credited : http://visit-kk-sabah.blogspot.com/

Sedikit Info Tentang Pulau SapiMemandangkan ada kawan blogger yang bertanya dan ada juga yang baru tahu wujudnya pulau yang dinamakan Pulau Sapi.

Pulau Sapi merupakan salah sebuah daripada lima pulau yang diletakkan dibawah seliaan Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah. Dua cara untuk sampai ke Pulau Sapi iaitu dengan menaiki bot atau feri dari Jeti Jesselton Point Kota Kinabalu dan boleh juga dari Sutera Harbor dan ianya mengambil masa diantara 15 hingga 20 minit perjalanan bot dari bandar Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Sapi dan diantaranya ialah Scuba-Doo, Scuba Diving, snorkeling, Zipline (Flying-Fox) dan parasailing. Kalau setakat nak mandi manda pun boleh juga, cuci-cuci mata ke hehe. Pasal makanan pula jangan risau kerana pakej untuk Buffet ada disediakan tapi kalau nak bawa bekal makanan sendiri pun boleh :)

Tempat awam disediakan seperti tandas, tempat mandi atau bertukar pakaian dan tempat untuk berehat juga terdapat sebuah restoran tapi harga mahal sikitlah. Kalau nak save budget bawa ja bekal sendiri hehee

Okay itu saja yang aku nak kongsikan. Kalau nak tengok seronok ke tak seronok pergi ke Pulau Sapi ni bolehlah terjah entri aku di Pulau Sapi Memories | Part I dan Pulau Sapi Memories | Part II . Kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal Pulau Sapi boleh klik SINI. Manalah tahu kan korang ada merancang nak pergi so boleh terus dapatkan info dari web Jesselton Point atau Sabah Tourism.

with love~rrp.cik itah

18 comments:

  1. wah menarik ni, thanks for sharing itah...

    ReplyDelete
  2. Tq info..nk mskan pulau sapi dlm list bila blk sabah nanti

    ReplyDelete
  3. hello. nice info..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. Menarik ni Itah... In shaa Allah, ada rezeki & kelapangan, nak juga pergi.. Thanks sharing info ye.. :)

    ReplyDelete
  5. bila pegi sabah nak pegi sini la..hihi

    ReplyDelete
  6. wuu cntiknya cik itah...mesti mahal kan.HUHU

    ReplyDelete
  7. Bila le nak berkesempatan pergi ke sana..

    ReplyDelete
  8. Mtk cik itah sponser flight dr kuching ke kk:P

    ReplyDelete
  9. kat sabah memang banyak pulau cantik2 kan?/entah bila la dapat ke sana..

    ReplyDelete
  10. lya x pernah lagi pi pulau ni tringin juga tpi nnt la tunggu ada kelapangan hhee..menabung cne sekali itah

    ReplyDelete
  11. menarik sangat,,bestnye kalo dapat gi sana..

    ReplyDelete
  12. yeay...terima kasih Cik Itah kerana share..sis JM salah sorang yg tak tahu akan di mana letaknya Pulau Sapi ni..sedih kan huhuh

    ReplyDelete
  13. cantik la pulau ni.. baru 1st time dengar pasal pulau sapi

    ReplyDelete
  14. SubhanaAllah,.cantik sungguh pulau sapi ni cik itah ♡

    ReplyDelete
  15. Menarik. teringin nak berehat di pulau....sapa nak taja? hehehe

    ReplyDelete