You are reading:
Tonton Anime Sampai Puas Bersama Yoodo | Malaysia’s First Truly Customisable and 100% Digital Mobile Service #youdoitbetter

Tonton Anime Sampai Puas Bersama Yoodo | Malaysia’s First Truly Customisable and 100% Digital Mobile Service #youdoitbetter

Posted on: Thursday, February 4, 2021

 

Malaysia’s First Truly Customisable and  100% Digital Mobile Service #youdoitbetter

Yo kamurang! Apa khabar? Semoga sihat selalu 😀

Apa itu Yoodo? Bagi mereka yang tidak tahu Yoodo adalah penyedia perkhidmatan mudah alih digital yang pertama di Malaysia yang memberikan kebebasan penuh kepada pengguna dalam menyesuaikan dan memilih plan langganan mudah alih mengikut kemahuan dan keperluan mereka tanpa caj tersembunyi atau komitmen. Yoodo adalah telko terbaru yang dikuasakan di bawah Celcom dan ditubuhkan pada tahun 2018.

Apa yang menarik tentang Yoodo? Sesuaikan segalaya - Kuasa ditangan anda! Tidak seperti telko lain Yoodo ni kita boleh buat pelan sendiri berdasarkan pilihan kita. Berapa lama minit panggilan atau pesanan teks yang kita mahu dan berapa banyak data yang kita mahu atau perlu guna. Kalau telko lain dia bagi pilihan by package kan. Contoh langganan data RM35 di dalam package tu dia bagi data dalam 12g dan panggilan 60 minit. Berbeza dengan Yoodo, kita boleh kawal sendiri mengikut kamahuan kita dan pastinya banyak pilihan yang ada. Alaa, yang macam kita hias bilik sendiri lah - kita boleh design ikut suka kita 😍

 



Tiada simkad? Bukan menjadi masalah. Boleh ja 100% digital melalui servis eSIM tetapi ini hanya untuk iOS atau Android terpilih sahaja. Antara kelebihan Yoodo adalah;

1. Sesuaikan pelan tanpa had kita sendiri pada bila-bila masa - Haa yang ni macam mula-mula yang aku terangkan tadi, kita boleh kawal sendiri berapa banyak kuota sambungan internet atau hotspot dan kelajuan yang kita mahu. Contoh kalau 12GB data tidak mencukupi boleh ja kita kemaskini (upgrade) ke kuota lain dan kekalkan jumlah minit panggilan yang kita guna sama seperti pilihan kita yang sebelumnya.

2. 100GB highspeed data dengan harga serendah RM2 - Haa yang ini pula untuk gamers di luar sana, confirm suka ni. Lagi-lagi buat pemain pubg haa mesti lagi seronok main game bila data laju kan. Tidak perlu rasa tekanan bila internet siput.

 

Yoodo



3. Dapatkan ganjaran melalui Add-ons - Siapa yang selalu langgan internet tambahan tu nahh dengan Yoodo ni boleh dapat satu ganjaran Add-ons apabila membeli sepuluh Add-ons melalui aplikasi Yoodo. Ada banyak pilihan Add-ons dengan highspeed data diluar dari basic pelan yang kita ada. Contoh Add-ons untuk Mobile Legend, Facebook, Instagram, Spotify, Joox, AstroGo,Viu, DimSum, TikTok, Neflix dan banyak lagi. Kalau macam aku, aku kaki layan anime dekat Neflix so lepas ni lagi mudahlah untuk aku marathon anime. Habis data basic boleh ja tambah Add-ons 20Gb dengan harga serendah RM5. Yosh!

Apa yang Yoodo support untuk engagement bersama pengguna? Yoodo ada kumpulan dia sendiri tau dan korang pasti dengar mengenai Yoodo Gank dan Yoodo FV kan. Sebelum ini Yoodo pernah membuat kejohanan-kejohanan (tournaments) antaranya PUBG Mobile Campus Championship (PMCC 2020), Yoodo Stay At Home Cup dan Kejohanan Esukan Kampus Semester 3 (KEK3). Malah pernah berkerjasama dengan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2020, Sepak Takraw League and STL Champions Cup. Untuk pengetahuan korang Yoodo akan membuat banyak lagi event yang menarik dan akan umumkan dalam masa terdekat ni.

Pengalaman menarik bersama Yoodo? Sebelum ini Yoodo pernah membuat event menarik bersama pengguna antaranya Kpop recap series: Hallyoodo, Concert Giveaways: Monsta X, G-Idle dan Special screening: BTS documentary screening. Pernah baca satu posting blogger dekat blog dia mengenai pengelaman menyertai event bersama Yoodo ni memang menarik dan seronok!

 



Promosi dan tawaran menarik Yoodo? Haaa ini dia yang ditunggu-tunggu, sempena sambutan Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi dengan pembelian simkad Yoodo ni, kita berpeluang untuk mendapatkan Yoodo limited edition Ang Paos dan bonus RM18 Ang Paos untuk dimenangi dengan pengaktifan minimum RM35! Menarik bukan? Tawaran ni tamat pada 15 Februari 2021 ya so cepat-cepat rebut peluang ni!

Promosi istimewa pula semua data packs RM5 keatas akan mendapat RM35 for high-speed 20GB data berganda. Contoh beli 5GB data dengan harga RM25, dapatnya 10GB bukan 5GB sahaja. Nahh best kan!

Dimana mahu dapatkan simkad Yoodo ni? Dapatkan Yoodo simkad dengan percuma 5GB data di cawangan-cawangan 99 Speedmart dengan harga hanya serendah RM2! Kolaborasi istimewa Yoodo bersama Libresse pun ada tau. Walk-in ja mana-mana cawangan Watsons dan belanjakan RM15 untuk produk Libresse. Lepas tu boleh dapat simkad Yoodo dengan 5GB data percuma. Haa yang ni valid sampai 31st March 2021. So apa tunggu lagi? Jom dapatkan simkad Yoodo!


Psst. Belum habis lagi. Yoodo pun ada refer and earn reward tau. Caranya mudah sahaja hanya perlu ajak rakan kita untuk menyertai Yoodo menggunakan kod rujukan unik kita dan kita akan dapat RM20 kredit percuma Yoodo. Manakala rakan kita pula akan menerima sebanyak 7GB data percuma.

 

Menarik bukan telko Yoodo ni? So tunggu apa lagi, jomlah kita sama-sama bertukar ke Yoodo #youdoitbetter. Yang kaki anime macam aku tu haa dengan adanya Yoodo ni bolehlah layan anime sampai puas dari pagi ke malam tanpa henti dekat Neflix hehe takdalah gantung macam sebelum ni tengah siok layan ehh tiba-tiba kuota habis. Aduhh!

Comments

  1. Bagus boleh tetapkan jumlah data dan panggilan. Sesuai untuk semua orang yang ada keperluan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Yoodo mmg terbaik

    By the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. okayy noted sha^^

      jomla try yoodo. sy suda cuba, anda bila lagi hehehe

      Delete
  3. kat umah sis mmg dah layan NETFLIX :-)

    ReplyDelete
  4. now dah banyak telco and net lain boleh guna kan, TM dah tak best mcm dulu..

    ReplyDelete
  5. Ohh Yoodo ni under celcom rupanya. kalau celcom ni biasanya line dia cam okay sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya under celcom..tula tukar dengan yoodo skrg, sebelum ni pakai umobile tapi line internetnya aduyaii hari2 bawak gaduh huhu

      Delete
  6. menariklaa yoodo nii. takot takdee line je kat tempat nadyya ni -.- dahnya line unifi n tm xdpt lineee. wuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tula masalahnya kan. tapi biasa kalau under celcom line ok hehe

      Delete
  7. ooo under celcom rupanya... mati2 sblm ni sy igt yodoo under UMobile...😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya..under celcom ni hehe
      internet laju..add on pun murah2 ja hehehe

      Delete
  8. Akak baru tahu tentang yoodo ni. Special sikit ye, sebab boleh customize plan sendiri.

    ReplyDelete
  9. abe kie dah guna hotlink unlimited plan tu. Kalau x buleh je guna yoodo ni...

    ReplyDelete