You are reading:
Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba: Mugen Train | Anime Review

Anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba: Mugen Train | Anime Review

Posted on: Wednesday, March 10, 2021

 

Mugen Train


Anime Mugen Train ini sebenarnya disiarkan pada October 2020 tapi tulah since kita pun PKP so banyak sektor ekonomi yang terpaksa ditutup sementara waktu termasuklah operasi panggung wayang dan baru-baru ini telah dibuka semula. Aku buka ja aplikasi GSC terus booking tiket untuk tengok Mugen Train ni. Ingatkan akulah paling awal rupanya banyak seat yang sudah kena book haha. Aku pergi tengok wayang sorang ja and yes aku lagi selesa sendiri kesana kesini, lone ranger ja orang kata hehe.


Anime Review | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba: Mugen Train | Anime ini adalah kesinambungan dari anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Mengisahkan cerita tentang Tanjiro, Nezuko, Zenitsu dan Inosuke yang menaiki kereta api N1 untuk membantu Hashira Kyojuro Rengoku dalam misinya untuk memburu demon (iblis) yang telah membunuh banyak demon slayer (pembunuh iblis). Tidak lama setelah menaiki train, mereka semua being enchanted dan tertidur nyenyak. Enmu, Lower Rank One of the Twelve Kizuki, instructs four passengers untuk memasuki mimpi demon slayer dan memusnahkan spiritual cores mereka untuk mengelakkan mereka daripada terjaga. Sebagai pertukaran, Enmu akan membolehkan four passenger ni tadi tidur dengan lena dan bermimpi indah. Semasa tidur, Tanjiro dan rakan-rakannya mengalami mimpi indah bagaimanapun Tanjiro menyedari bahawa dia sedang bermimpi dan berusaha untuk bangun dan pada masa yang sama, Nezuko juga menggunakan kekuatannya untuk cuba membangunkan Tanjiro.


So what's next? Haa since anime ni masih lagi disiarkan di panggung wayang di Malaysia dan setakat ini belum lagi disiarkan online, DVD pun takda so akupun nda mau bagi spoiler banyak-banyak. Yang pastinya anime Demon Slayer: Mugen Train ini ceritanya best dan terbaik, nda rugi tengok. Cuma tulah di penghujung cerita Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba: Mugen Train ini, sudahnya Rengoku mati selepas pertarungannya hebatnya dengan Akaza, the Upper Moon Three.


Aku part tu memang feeling2 weii sedih gila. Ingat aku sorang ja nangis rupanya lelaki yang duduk selang satu seat sebelah aku nangis juga huhu nda lama lepas tu makin ramai penonton yang tarik hingus 😭😭 . Bagi aku filem Mugen Train ni plotnya memang terbaik, animasi okay, music pun okay. Kalau kamu belum tengok cepat-cepat book tiket ke GSC okay. 

 

Overall rating: 9/10.


FYI, anime Demon Slayer ni akan ada Season 2 dan trailer nya sudah leak di YouTube. Based on trailer season 2 tu pun macam best ja. Nda sabar pula mau tengok.


Till then. See ya!

Comments

  1. Anime ni kalau layan mmg boleh nangis

    ReplyDelete
  2. eventho i am not a big fan but i still tggu season 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham hehe hari tu masa tengok wayang ada yang siap pakai baju n beg tema demon slayer haha

      Delete
  3. hampir nk booking tgk anime ni tempoh hari tp sudahnya tak jadi hahahah

    ReplyDelete