Friday, 23 September 2016

Resepi Bunga Betik

Assalamualaikum & hi..

Pernah makan bunga betik?. Ramai orang tak suka makan, pahit katanya tapi bagi aku sayur ni antara sayur kegemaran aku hehe sedap walaupun pahit :)



Cara Memasak Bunga Betik


Bahan-bahan :
  1. Bunga betik
  2. Seulas bawang merah
  3. Seulas bawang putih
  4. Telur @ Ikan bilis (ikut selera masing2)
  5. Air (untuk merebus)

Cara-cara memasak :
  1. Rebus bunga betik selama 20-30 minit (air ikut kesesuaian). Rebus dengan ranting dia sekalipun tak apa sebab nanti bila dah masak bunga betik tu akan gugur dengan sendiri dari ranting dia.
  2. Selepas rebus asingkan ranting bunga betik
  3. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Masa cuci tu perah bunga betik untuk mengurangkan rasa pahitnya so tak adalah pahit sangat bila makan
  4. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak
  5. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  6. Masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit
  7. Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa atau aji no moto. Gaul sekata dan kacau 5-10 minit
  8. Masukkan dua biji telur dan gaul sekata bersama bunga betik sehingga garing.
  9. Siap!

 Note*Kalau masak dengan ikan bilis, sila tumis bilis bersama bawang sekali ya :)


Dibawah ni aku sertakan sekali gambar yg sempat aku snap-snap hihi ^^



with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Thursday, 22 September 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Assalamualaikum & hai..

Beauty Box Giveaway

Produk yang aku pakai. Aku bukanlah pengguna yang hanya setia dengan satu brand. Aku pakai campur-campur produk. Oleh kerana kulit aku jenis yang berminyak so produk yang aku pakai semuanya khas untuk oily skin dan aku selesa menggunakan semuanya.

Aku ni sebenarnya simple ja. Untuk penjagaan muka aku hanya gunakan pencuci muka, scrub dan toner. Untuk pencuci muka dan scrub aku menggunakan produk dari Nano White Fresh (with Tea Tree Oil). Untuk toner pula aku menggunakan Oily Control Toner by OXY (alcohol free). Kalau nak keluar jalan-jalan ke pergi kerja aku hanya pakai bedak compact (OXY for oily skin), gincu dari IN2IT dan Obuse Eyebrow tapi aku tak lukis kening aku cuma colourkan sahaja hehe. Sebelum ni aku lukis tapi since aku terjangit dengan penyakit malas so akupun malas nak lukis bagai..warnakan saja :)


Sekian..

with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Wednesday, 21 September 2016

Beluku @ Tungul, Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud

Assalamualaikum & hai..

Beluku atau tungul (siput gondang) ialah sejenis siput air tawar yang agak popular di kalangan penduduk Kota Belud. Beluku atau tungul ini jarang didapati kerana spesisnya kini hampir pupus. Kebiasaannya beluku atau tungul ini hidup di dalam sungai dan parit sawah. Tetapi jangan pula tersilap kerana terdapat sejenis siput beracun yang hampir serupa dengan beluku ini yang terkenal dengan nama siput gudang emas (haiwan perosak padi).

Kalau ada sesiapa nak rasa atau mengidam beluku atau tungul ni boleh lah ke Pasar Jumaat yang beroperasi setiap hari jumaat bermula dari jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi di Kampung Labuan, Kota Belud. Biasanya beluku yang dijual sudah dibuang kulit, hanya perlu cuci dan masak. Di Pasar Malam Pekan Kota Belud pun ada dijual tetapi jarang, kalau ada dijual (yang sudah dimasak) itu kira lucky lah :)

Cara memasak terpulang lah nak masak kari ke kunyit ke..bakar pun sedap makan dengan cicah limau bersama dengan nasi putih. Fuhh sedap tu !

Siput Gondang

 Beluku @ Tungul , Makanan Popular Di Kalangan Penduduk Kota Belud


siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang
siput gondang


with love~ Cik Itah @ ramaramapendek