You are reading:
Wardah Product That I Use | Makeup & Skincare

Wardah Product That I Use | Makeup & Skincare

Posted on: Saturday, May 8, 2021

 

Wardah Product That I Use | Makeup & Skincare

Wardah Product That I Use | Makeup & Skincare. Yo there! So kali ni aku mau share pasal Wardah produk pula. Famous ya Wardah ni sekarang, ramai orang share dekat TikTok. Aku pun pengguna TikTok juga but I do nothing there except stalking people lol. Sudah beli barang makeup kamurang untuk sambutan raya nanti? Walaupun belum pasti dapat sambut raya atau tidak tahun ini tetapi makeup tu adalah antara barang yang wajib dibeli. Why? Because people nowdays gila selfie posing-posing lepas tu kongsi dekat media sosial kan dan makeup tu wajib untuk kelihatan lagi cantik dan berseri 😄


Aku bukan kaki makeup but yes sometime tu aku makeup juga untuk kepuasan diri sendiri, bukan niat menujuk yang diri kita ni cantik kah apa but as a women memang akan ada desire untuk makeup sikit even makeup simple pun kan. Cantik untuk diri sendiri supaya lagi yakin tu nda salah kan? So aku mau kongsi produk makeup yang aku guna dari brand Wardah. To be honest I really really like the product sebabnya ianya sangat mudah untuk digayakan dan ringan dekat muka.


Wardah Lightening Gentle Exfoliator

First aku kongsikan pasal exfoliator  - kebaikannya adalah untuk mencerahkan dan menanggalkan sel kulit mati disamping itu ia juga membersihkan lebihan minyak pada wajah. Exfoliator ini sesuai untuk semua jenis kulit, PH balance dan mengandungi Niacinamide, antara ingredients yang memang bagus untuk kulit. Yang bestnya produk ni is dia punya texture lembut dan tidak kasar seperti kebanyakan scrub. FYI, aku pun sudah stop pakai scrub, lebih prefer pakai exfoliator ja sekarang.


Wardah Eyeshadow Palette

Eyeshadow palette ni ada dua kod iaitu 01. Sunset Brown dan 02. Rose Glow. Currently aku memang guna dua-dua kod but bagi aku perbezaan antara dua palette ni macam nda banyak beza pun. Sunset Brown ni lebih kepada warna tanah manakala Rose Glow dia more to pinkest pink but keduanya more to nude colors and i love it! Senang pakai, nda take time untuk kita blend dan senang untuk ditanggalkan.


Wardah Lip Palette

Wardah Lip Palette ini pula ada tiga set/jenis iaitu Pinky Peach, Perfect Red dan Chocoholic. Di dalam satu palette tu ada lapan (8) warna dan pilihan aku is Pinky Peach Lip Palette. Kombinasi warnanya seperti gambar diatas dan jujur aku katakan aku memang suka dia punya color sebab betul-betul ngam dengan aku sebab kadang ada warna gincu ni dia menampakkan wajah aku kelihatan amat matang 😅 terutamanya warna-warna Perfect Red tu. Lip Palette ni mengandungi Vitamin E yang berfungsi untuk menjaga tahap kelembapan dan kesihatan bibir.


Wardah EyeXpert Optimum Hi-Black Liner

Walaupun aku kurang gemar menggunakan eye liner still aku beli dan cuba juga eyeliner dari Wardah ni. Kalau rajin aku pakai juga eyeliner bila pergi kerja but most of the time memang aku malas but i tell you one thing Wardah Eyeliner ni memang senang gila untuk dilukis, biasa kalau aku pakai eyeliner banyak kali padam and adjust but eyeliner Wardah ni satu kali jalan ja siap, nda perlu padam sana sini, adjust itu ini. Satu ja aku fail bab eyeliner ni is kebiasaannya nda sama bentuk lukisannya. Belah kanan cantik sudah hasilnya sekali belah kiri fail habis hahaha typical problem yang dialami tiap kali pakai eyeliner 😂


Wardah Flawless Cover Cushion with SPF30+++

Untuk cushion ini ada empat kod tapi yang aku ingat hanya kod 03 Sandy Beige dan 04 Natural sahaja . Aku memang pilih kod 04 and for your information kod ni adalah yang paling gelap yang ada. Natural ni ngam untuk mereka yang kulit sawo matang ataupun tan. Untuk kulit yang gelap dari tan memang tidak ada dan disitulah kekurangan cushion ni, dia tidak ada pilihan warna yang gelap lebih dari natural. Cushion ni best sebab bagi aku dia memang bagi full coverage dan ringan.


Wardah Lightening Liquid Foundation

Foundation ini aku pilih kod 04 Natural juga, tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap. Yang bestnya foundation ni, dia natural matte finish and non comedogenic. Sama seperti cushion juga, with SPF30+++ dan sesuai untuk semua jenis kulit. 


natural makeup look
Natural makeup look without eyeliner, lens, fake lashes. Ignore any flaws ya.


Wardah Anti Aging Eye Cream

Kebaikan eye cream ini adalah untuk menyamarkan tanda-tanda penuaan di sekitar mata seperti kedutan, garis halus, panda eye dan kulit kusam tapi akupun baru juga pakai krim ni so belum ketara lagi hasilnya but sure kalau aku see any difference aku akan update dekat entri ini juga. Kandungan wajib dalam krim ini juga termasuklah  Niacinamide (antara bahan yang popular dengan kebaikannya yang mampu mencerahkan kulit).


Wardah C-defense DD Cream

DD cream ini dengan SPF 30 PA+++ dimana ianya mengandungi Vitamin C yang tinggi kandungan antioksidan yang membantu mencerahkan dan melembutkan kulit wajah sekaligus memperbaiki warna tona kulit yang tidak sekata. Kalau aku, aku guna kod natural tapi bagi aku dia agak cerah tidak seperti color cushion or lightening foundation yang aku guna but still ianya bagus dan senang untuk diratakan.


Wardah Everyday Cheek & Liptint

Currently aku guna kod 01 Red - not sure kalau ada color lain sebab masa aku beli itu hari memang itu ja kod yang available so aku grab ja lah satu. Untuk digunakan sebagai liptint ianya agak tahan lama dan melembapkan bibir. Actually color nya more to warna cherry and i like it tapi paling best bila digunakan sebagai blusher and hasilnya memang cantik tapi kena cepat-cepat blend lah supaya dia nampak lagi rata.


Wardah Exclusive Liquid Foundation with SPF30

Untuk ini aku guna kod 05 Coffee Beige - sedikit gelap sebenarnya tapi aku try ja sebab kulit aku bukan cerah mana pun, sawo matang ja so boleh blend juga lah dengan kulit aku tapi bila aku pakai aku akan kasi mix dengan DD cream yang lagi cerah so bila aku apply dekat muka hasilnya just nice. Foundation ini dilengkapi dengan Superfine Silky Particle formula khusus yang memberikan hasil flawless dengan coverage yang tahan lama dan Macadamia Oil yang membuatkan kulit tetap terasa lembap. Ohh ya foundation yang ni walaupun hasilnya matte tapi lightweight ja, tidak heavy seperti sesetengah foundation yang lain.


Wardah EyeXpert the Volume Expert Mascara

Mascara extra volumizing, curling and widelash yang mengandungi Argan Oil yang mampu mengekalkan kesihatan bulu mata. Hasilnya boleh tahan but not my favorite. Aku punya bulu mata memang jenis lurus so agak difficult sikit untuk aku cari maskara yang betul-betul sesuai sebab even lepas aku kasi curl pun dia akan cepat jatuh balik so yeahh. But the problem is not this mascara ya tapi bulu mata aku yang bantingal sikit haha.


Last but not least, Wardah makeup ini kesemuanya mengandungi ingredients yang bagus untuk kulit terutamanya Vitamin E dan Niacinamide, senang untuk dipakai dan senang padam, texture pun ringan terutama cushion, dd cream dan foundation nya dab2 pakai tangan ja nda perlu pakai sponge, hasilnya tetap rata dan nampak natural. Untuk mereka yang masih mencari-cari barang makeup untuk raya ini, apa kata kamurang try produk dari Wardah. Bukan sahaja ianya bagus malah harga pun murah. So cepat-cepat terjah Watsons ataupun Guardian terdekat okay! Hasil terbaik dan confirm nda menyesal beli.

 

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri in advance untuk semua. See ya!

Comments

  1. Teringin juga nak mencuba. Nak cuba yang baharu dan lain dari sedia ada.

    ReplyDelete
  2. Popular jenama Wardah. Ada ternpak si farmasi Watson's tapi tidak tergerak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. barangan makeup dia memang highly recommended!

      Delete
  3. Produk wardah yang pernah saya pakai serum apa tah lupa hehehe. Harga dalam RM30 macam tu kalau tak ada sale. Memang best! Kulit rasa lembut jeeeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngam dengan kulit la tu hehe good for u dear^^

      Delete
  4. lama dah x mekap2 since muka allergic... brand wardah ni pun x pernah lg try setakat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sikit kan kalau allergic ni..kulit jd begitu sensitif mau try produk pun takut2 kan

      Delete
  5. selamat hari raya maaf zahir batin LL

    ReplyDelete
  6. iyaaa kan dok trending Wardah nye products di Tiktok hehe.. tapi sbb yang dok ada banyak lagi x pegi tngk2.. dok aim da nak beli velvet matte tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..
      sampai sy pun terjebak beli..aduyaii

      Delete
  7. kita pakai wardah scrub je..best gila

    ReplyDelete
  8. nmpk cantik and nipis.... i love the make up on you

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u Atie^^
      try la mana tahu berminat kan hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. cantik sebab makeup..itu betul hahaha
      takda makeup macam hantu kaklimah tu kono kahkah!

      Delete