You are reading:
Memilih Sahabat | Lima Sifat Yang Perlu Ada

Memilih Sahabat | Lima Sifat Yang Perlu Ada

Posted on: Friday, February 5, 2016


lima sifat yang perlu ada semasa memilih sahabat
sumber : pakarcinta.com


Memilih Sahabat | Lima Sifat Yang Perlu Ada | Kata Imam Ghazali ketika memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. 
Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.


Orang yang berakal

Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

Orang yang baik akhlaknya.


Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dirinya dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.


Orang yang soleh

Hindarkan bersahabat dengan orang yang fasik yang kerap mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut kepada Allah itu tidak sesal dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akhirnya akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

Orang yang benar

Jangan engkau bersahabat dengan orang yang selalu berbohong,barangkali dia akan menipu engkau. Berdusta atau berbohong adalah perangi keji yang dicela agama dan tidak disukai oleh semua manusia. Dengan memilih sahabat yang baik mudah-mudahan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa mencegahnya. Mendengar orang mengumpat tanpa kita cegah pun sudah suatu dosa kpd kita.!

Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.


Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak kepada dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi jiwa dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia dibimbangi kamu pula akan turut tamak kepada dunia. 

(Ringkasan dari kitab Ihya & Bidayatul Hidayah). Dikreditkan kepada Ustaz Azhar Idrus (Original fan page)



with love~rrp.cik itah

Comments

  1. semoga kita tak tersalah pilih kawan :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bermanfaat ... salam jumaat :)

    ReplyDelete
  3. Semoga dpt sahabat baik dan jadi sahabat yang baik

    Perghhh terliur tgh.. mesti kenyang

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  4. Good sharing cikitah..
    Jom kita cari sahabat yg baik ;)

    ReplyDelete
  5. tqvm kerana sudi ke blog akak, akak dah lama x bw sibuk.. jom layan eSSP?

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua sentiasa dipertemukan sahabat yg baik utk sama2 berjaya di dunia dan akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
  7. kawan senang dicari tetapi dlm ramai2 kwn belum tentu jumpa sahabat.

    ReplyDelete
  8. peringatan yang bagus..zizie lebih aplikasikan untuk teman2 rapat.. :)

    ReplyDelete
  9. Lya x byk kwn..yg byk kwn blogger ja

    ReplyDelete
  10. susah nak aplikasi sebelum pilih...tapi kalau lepas tu mgkn boleh kita tgk ciri-ciri ni :)

    ReplyDelete
  11. sekarang zaman fitnah berleluasa..memang kena hati2 memilih kawan..dapat kawan yang betul unsyaAllah akan menjadi sahabat hingga ke syurga..dapat yang sesat , habis la jadi mangsa..

    ReplyDelete
  12. saya pun tak ramai kawan, yang ramai di alam maya je

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian Cik Itah tu..

    ReplyDelete
  14. kena berhati-hati kan sis? Kawan yang baik akan bawa kita menjadi baik, gitu juga sebaliknya. dan kita pun haruslah menjadi seorang kawan yang baik juga pada sahabat kita.

    ReplyDelete