You are reading:
Bertudung Tapi Kongsi Gambar Tanpa Tudung Di Media Sosial

Bertudung Tapi Kongsi Gambar Tanpa Tudung Di Media Sosial

Posted on: Tuesday, December 20, 2016

Assalamualaikum & hi..

 
Bertudung Tapi Kongsi Gambar Tanpa Tudung Di Media Sosial. Aku sebenarnya hairan dengan sesetengah kawan-kawan dekat media sosial yang bertudung tapi upload gambar tak bertudung, tak faham aku. Kau dah kenapa? Buang tabiat betul !

Ini sekadar pendapat aku. Aku ni memang bukan ustazah, bertudung labuh pun tidak tapi kalau dah bertudung tu buatlah cara bertudung cik adik cik akak ooii. Tak perlulah upload gambar tanpa tudung tu dengan caption "test, test ja". Kau ingat soal tutup aurat atau tak ni macam microphone ke nak test test bagai. Adehh..

Ada sorang kawan aku dekat facebook ni (kenal di facebook sahaja), kebetulan ternampak di news feed dia post gambar tak bertudung tapi profile picture bertudung. Dalam hati aku "Eh kau ni bertudung ke tak sebenarnya". Aku pun gatal tanganlah pergi stalk timeline orang tu. Orangnya memang bertudung. Ada satu gambar throwback ni kawan dia tag dia komen "apasal la upload gambar takda tudung ni" but at the end dia sendiri upload gambar takda tudung, i was like..huh biar betul kau ni?

Soal tutup aurat atau tidak, itu bukan benda yang boleh dibuat main. Cuba muhasabah diri tu kau sebenarnya ikhlas ke tak bertudung? Atau sekadar ikut trend? Maklumlah sekarang ni macam-macam fesyen bertudung, lilit sana lilit sini, pusing sana pusing sini.. Cuba tetapkan pendirian tu. Kuatkan iman.

Pesanan aku buat mereka-mereka ni, tutuplah aurat dengan sempurna, betulkan niat. Tak labuh pun takpa asalkan bertutup dengan sempurna. Kalau betul nak bertudung, istiqamah lah. Kalau hati belum benar-benar terbuka untuk bertudung then don't force yourself. Kau jadi diri sendiri sudah. Aku bukan nak mengata, jauh sekali. Yes, aku sendiri belum tentu baik tapi tak salah kan kalau aku tegur. Sejujurnya aku sedikit kecewa dengan hal ni. Sedangkan aku manusia biasa yang melihat ni kecewa, bagaimana pula Allah?

Akhir kata, maaf jika bahasa yang aku gunakan dalam entri ini agak kasar. Bukan niat aku tapi itulah aku. Aku tak biasa dengan ayat-ayat formal ni. Aku menulis secara spontan. Maaf sekali lagi..


Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Setuju dengan cik itah. Huhu. Pelik jugak dengan orang yang share gambar tidak bertudung sedangkan dia bertudung. Tak kisahlah kalau acc private sekalipun, masih ada lelaki kan dalam tu. If takde lelaki langsung, okay lah kot which is mustahil je 😅😅

    Apapun, bergantung kepada individu. One day hope she'll change :)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kalau ikut agama tak ada istilah force/paksa. Kalau sudah tuntutan memanglah kena buat sayang. Kalau takut Allah kena buat. Kalau sayang mak/ayah/abang/adik lelaki kena buat sebab jika kita sebagai perempuan buat silap mereka/lelaki yg kita sayang itu semua akan terheret sama - sedih kan..

    ReplyDelete
  3. rasanya ramai kat FB masih tak privatekan photo tak bertudung jadi photo2 masih berlegar2 utk dikomen tapi kalau sendiri upload kononnya throwback..hurmm..

    ReplyDelete
  4. betul tu dear...kdg2 pelik..tujuan utk apa...attention seeker kot...aduhai..minta jauh dr irda..sebab irda pun xlah sebaik mana...Allahhu..moga Allah beri kita sentiasa petunjukNya..

    ReplyDelete
  5. Mereka hanya mengikut trend aje.
    Belum dapat hidayah lagi.

    ReplyDelete
  6. Islam bukan agama yang menghukum..tapi dalam Islam ada hukum yang wajib kita patuhi..

    ReplyDelete
  7. hurm, diharap kwn2 kt luar sana tu tersedar, kekdg tu seronok sgt sampai lupa..

    ReplyDelete
  8. ada je yang macam ni..aku pun tak paham apa yang nak sebenarnya?? tu la doakan je la muga2 dia sedar kan...mohon kita pun mampu istiqamah memperbaiki kpd yg lbh baik..

    ReplyDelete
  9. Hi Ucing singgah sini.Bertudung itu cantik..(^_^)

    ReplyDelete
  10. Itula pelik kan x fhm dgn sesetgh org ni, taw tpi buat2 x taw..

    ReplyDelete
  11. Tak berani akak nak cakap apa dik..
    Semuanya bermula dari istiqamah kita sendiri..
    Tetapkan pendirian...

    ReplyDelete
  12. semoga mereka tu diberi hidayah supaya sentiasa menjaga auratnye.. :)

    ReplyDelete
  13. tak faham jugak kenapa ada yg macam nie. :D
    kena istiqamah la selalu, n husnudzon je la :)

    ReplyDelete
  14. kita dtg follow awak tau..kita igt kita dah folo rupanya blm..ya ampun..:)

    ReplyDelete
  15. mmg ada orng mcm tu. doakan hope dorang berubah.

    ReplyDelete
  16. Hurm.. manusia.. bertudung sebab fesyen bukannya tuntutan agama.. tu yang jadi gitu..

    ReplyDelete