You are reading:
Kekal Cantik Dan Sihat - Ini Rahsia Aku

Kekal Cantik Dan Sihat - Ini Rahsia Aku

Posted on: Wednesday, December 21, 2016



Kekal Cantik Dan Sihat - Ini Rahsia Aku | Amboi tajuk, macam ja kau cantik sangat cik itah oii haha. Okay abaikan ayat gedik aku ni. Kita kembali ke tajuk asal. Menjaga kecantikkan seiring dengan kesihatan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai orang diluar sana berlumba-lumba untuk kelihatan cantik tetapi mereka lupa untuk menjaga kesihatan mereka. Pelbagai jenis produk kecantikan dibeli. Ini nak cuba, itu nak cuba, namun benarkah ianya berkesan? Kali ini aku kongsikan bagaimana cara aku menjaga kecantikan aku seiring dengan kesihatan.

Bangun Pagi Seawal 4 -5 am, Jangan Bangun Lewat

Seperti yang korang tahu banyak manfaat apabila kita bangun awal antaranya tubuh akan menjadi segar, otak berfungsi dengan cerdas,  melancarkan peredaran darah, meningkatkan daya ingatan dan banyak lagi. Korang boleh google.

Minum Air Putih Sebaik Bangun Tidur

Minum air putih sebaik bangun tidur membantu pengaktifan organ dalaman dimana ianya mampu mengimbangkan sistem buah pinggang, menambahkan seri kulit dan darah, melangsingkan tubuh dan dapat membersihkan usus kita.

Minum Air Putih 30 Minit Sebelum Makan

Minum air putih 30 minit sebelum makan (breakfast, lunch or dinner) dapat melancarkan sistem penghadaman tubuh. So bila kita makan, apa sahaja yang kita makan akan cepat terhadam dan sumber-sumber vitamin yang diperlukan akan diserap dengan cepat oleh tubuh.

Minum Air Lemon Setiap Hari

Air lemon dapat membantu proses pencernaan, menguatkan kekebalan tubuh (tingkatkan antibody), detoks dan mengekalkan kecantikan kulit. Minum 30 minit sebelum sarapan dan selepas minum air putih. Caranya : masukkan 2 atau tiga hirisan lemon kedalam gelas dan tuang air panas. Berkesan atau tidak boleh klik SINI.

Jangan Skip Breakfast

Sibuk macam mana pun, malas ke, takda selera ke, jangan sesekali tinggalkan sarapan. Makanlah apapun walau sedikit untuk sarapan. Pentingnya sarapan tu sehingga ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak agar lebih cergas, peka dan fokus. Contoh sarapan ringkas : cornflakes + susu full cream/low fatt dutch lady.

Minum Air Putih 8 Gelas Sehari (mengikut keperluan badan)

Minum air putih mengikut keperluan tubuh korang. Keperluan air dalam tubuh kita tak sama ya, berbeza-beza. Boleh cek gambar di bawah.



Banyakkan Makan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Manfaat sayur dan buah ni rasanya tak perlu aku hurai panjang-panjang, semua pun tahu kan. Kalau dah lupa khasiatnya boleh google. Contoh sayur yang aku selalu makan seperti sawi, timun, salad, tomato, kacang panjang, bendi, terung, kubis, brokoli, lobak dll.

Minum Teh Hijau Selepas Makan Malam

Khasiat teh hijau, aku rasa korangpun sudah sedia maklum. Ini adalah salah satu kebiasaan aku, sebaik sahaja makan malam aku akan minum segelas green tea. Ianya membantu tubuh dan minda aku untuk merasa relaks.

Tidur Awal

Tidur seawal pukul 9pm, 10pm atau 11pm. Jangan sesekali tidur lewat. Mata dan tubuh kita ni memerlukan rehat tau so kena rehat secukupnya. Esok bangun mesti berseri hehehe


Kesimpulannya, nak cantik tak semestinya kena beli produk mahal-mahal dan pelbagai jenis. Cukup kita makan dan amalkan cara hidup yang sihat. Orang sekarang ni sibuk nak putih, cucuk vitamin c sana sini. Ladies, terlebih vitamin c dalam badan ni pun bukan bagus. Yes sekarang mungkin tak nampak effect nya tapi nanti nanti kita tak tahu kan. Alahh..biarlah tak putih pun janji comel hihi.

Boleh pakai produk, tak salah pun. Itu hak korang tapi kena pastikan korang minum banyak air lah supaya produk tu berkesan. Kalau tak jaga pantang larang produk pun mana nak berkesan kan. Aku sendiri pun pakai produk kecantikan tapi skincare sajalah.


Thanks for reading!
with love ~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Eh... Cik Itah memang dah cantik pun:)
    Minum air tu yg kakak selalu teralpa sebab tak dahaga kan
    Kalau kat office senang sebab atas meja tapi kalau kat rumah memang lupa.

    ReplyDelete
  2. wahhh! banyak tips...utk cara pemakanan tu dan minum air Sally setuju...

    ReplyDelete
  3. nice tips sharing...ptt la berseri2 orangnya..;p

    ReplyDelete
  4. Betul tu.
    kena kekal cantik dan sihat.
    kalau cantik aje tapi tak sihat pun tak guna.
    Kalau sihat tapi tak cantik masih kira ok.
    Cantik rupa parastu bonus anugerah tuhan, tapi cantik perangai tu yang utama.

    ReplyDelete
  5. patutlah akak nmpak cantik...heheh...salam kenalan.

    ReplyDelete
  6. Ehh mcm berubah suda blog ni...tip2 d atas 90% sy amalkn hihi

    ReplyDelete
  7. wahhh....nak cantik jugaklah..hehe

    ReplyDelete
  8. busyra slalu tak breakfast. huhu.. tq cik itah! btw cik itah mmg comel!

    ReplyDelete
  9. kecantikan bukan sekadar kehendak sekarang ni. dah jadi keperluan terutama baru wanita. mmg kena dan wajib jaga. tq for the tips :D

    ReplyDelete
  10. nice hare..mmg niat nk cari teh hijau.. tak tau kat mana jual.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Wah!! Perkongsian yang bagus.. nak kena konsisten nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Cik itah memang cantik pun :) Siqah tak suka green tea tapi terpaksa jugak minum. Huhu. Siqah paling ingat buat minum air selepas bangun tidur. Hihi.

    Btw, nice sharing dear <3

    ReplyDelete