Yo minna hehe.
Pernah dengar diet Intermittent Fasting (IF)? Mestilah pernah kan. Diet yang sekarang ni makin ramai orang buat sebab dia tidak sesusah diet Atkins. Kenapa aku kata Atkins susah? Sebabnya terlampau banyak pantang larang kau kena ikut. Jujurnya aku sendiri pernah cuba diet Atkins dan memang betul-betul berkesan. Atkins lebih kepada makanan apa yang kita patut dan tidak patut makan. Intermittent fasting ni pula fokusnya kepada bila waktu kita kena makan dan bila waktu kita tidak boleh makan. Intermittent Fasting atau IF ni ada banyak cara tetapi ada tiga method yang paling popular yang biasanya orang buat.
- The 5 : 2 diet. Diet di mana kita kena makan hanya 500 - 600 kalori dalam masa dua hari berterusan dan lima hari yang lainya boleh makan seperti biasa kita buat.
- Eat-Stop-Eat. Diet di mana kita kena berpuasa selama 24jam, sekali atau dua kali seminggu.
- The 16/8 method. Diet yang kita kena skip breakfast atau skip dinner di mana kita hanya ada tempoh selama lapan jam untuk makan dan lagi enam belas jam tu berpuasa. Rasanya yang ni paling popular dan ramai orang buat termasuk aku sendiri sebab lagi mudah berbanding dua cara tadi.
So for those yang berminat mau cuba IF ni aku recommend kamurang untuk download BodyFast Apps dekat playstore. Apa yang seronoknya aplikasi tu kalau daftar yang berbayar punya dia siap ada coach sekali untuk bantu kita mendapatkan kita punya berat ideal dan capai target. Dekat situ juga kita boleh cek kita punya perkembangan diet tu (macam dekat gambar diatas tu), bila waktu kita makan, berapa jam lagi kena diet dan macam-macam.
Antara kebaikan Intermittent Fasting ni termasuklah ketosis dan autophagy. Ketosis ialah proses dimana badan kita tidak cukup karbohidrat untuk dibakar dan sebaliknya akan bakar lemak untuk dijadikan tenaga. Autophagy pula adalah proses pembuangan sel-sel yang lama yang telah rosak untuk digantikan dengan sel-sel yang baru dan sihat. Proses ini juga membantu menaikkan tahap pertahanan tubuh atau sistem imunisasi kita (imune system).
Untuk pengetahuan puasa IF ni dia bukan puasa macam kita selalu buat tu. Puasa IF ni puasa yang tidak boleh makan tetapi boleh minum (air putih atau teh tanpa gula). Tapi kalau mau berpuasa betul-betul pun boleh juga.
Selain 16 : 8 (16jam puasa - 8jam makan), ramai juga yang memilih untuk 14 : 10 (14jam puasa - 10jam makan), so terpulang dengan kita mau buat yang mana. Kebaikannya tetap sama. Kalau aku buat masa ni aku masih kekal dengan 16 : 8 dimana aku mula berpuasa daripada pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 tengah hari esoknya. Alhamdulillah seminggu mengamalkan IF ni aku berjaya turunkan 2kg. Badan pun terasa ringan dan bertenaga.
semoga dipermudahkan urusan IF ;)
ReplyDeletesemoga konsisten hendaknya hehe baru start balik ni lepas 3 days tinggal sebab kena abiskan antibiotic hehe
DeleteMemang selalu makan sebelum pukul 7 atau 8 malam tapi tidak konsisten.
ReplyDeleteokayla tu hehe lama2 nanti biasala tu :)
DeleteKalau tidur lewat uruskan kerja cepat rasa lapar tengah malam dah jadi low sugar hehehe..
ReplyDeleteHappy IF.
sy kadang tidur lewat juga sebab tengok anime hehehe
DeleteAssalamualaikum, done follow. Terima kasih atas sharing ni. Pernah juga terbaca, teringin nak buat pun pernah, tapi belum pernah buat. tak tau laa bila nak start buat. hehee
ReplyDeletewalaikumusalam..terima kasih follow nanti sy bw n follow ya bt masa ni busy huhu belum dapat bw lg :(
Deletekalau start nanti download sekali BodyFast App ya, bole bantu utk konsisten hehe
IF is good tapi kena study betul2 n pilih tempoh yang sesuai dgn badan =)
ReplyDeletebetul hehe mula2 payah jugak tapi lama2 ok
Deletepernah buat yang 16/8 tu.. mmg berkesan.. tapi skrang dah x tahan dah nak buat.. hehehe..
ReplyDeletehaha sy terpaksa stop kejap ni sebab kena abiskan antibiotik lol
Deletei am doing this right now tapi baru dua minggu huh so tada perubahan lagi huhuh
ReplyDeletesy pun baru start balik ni sebab kena abiskan antibiotic course huhu
Deleterasa mcm berat naik balik dua minggu stop huhu
Ramai dah cuba buat IF. Memang berkesan. Saya je hangat hangat chicken poop. Tak cuba lagi. huhu
ReplyDeletehaha mula2 dulu susah mau konsisten..tapi bila ada apps ni makin rajin buat hehehe
Deletekira mcm skip breakfast la kan.. oke je sbb mmg kita selalu tak breakfast tp minum pagi..
ReplyDeleteye betull.. senang ja buat x susah mana pun hehe
DeleteSaya selalu juga IF. Pernah guna Bodyfast App. Memang boleh kurang berat, bila amalkan. Cuma perlu disiplin yang tinggi.
ReplyDeleteya betul tu.. kalau disiplin x tinggi mmg susah hahha
Deletewow baru tahu pasal diet ni.. sesuai utk pembaca yg tengah berusaha nak diet kan :)
ReplyDelete