You are reading:
Anime Review | Psycho Pass Season 1

Anime Review | Psycho Pass Season 1

Posted on: Tuesday, November 24, 2020

Review Anime Psycho Pass Season 1


Yo! ✌️


So kali ni aku mau Review Anime Psycho Pass Season 1 which is aku baru juga habis tengok Season 1 ni. Review ni based on aku punya personal review, lain orang lain pendapat kan hehe. Total season ada tiga dan untuk Season 1 ni total episode is 22. Genres : Crime, Sci-Fi, Psychological, Action


Psycho pass melangkah ke teknologi yang agak advance, ianya mengisahkan bagaimana keadaan negara Jepun pada abad ke-22 yang mana pada zaman ni mereka hanya menggunakan Sibyl System untuk mengesan ancaman jenayah yang bakal dilakukan oleh rakyat jelata. Kalau pada zaman sekarang ni semua negara masih guna manusia as a justice and enforcement. Berbeza dengan dunia psycho pass ni dimana boleh dikatakan 80% adalah machine atau robot yang take over, manusia hanya 20%. 


How does this Sibyl Sistem works? Di seluruh tempat terutamanya di kawasan bandar boleh dikatakan di setiap pelusuk ada scanner khas which is ianya berfungsi untuk mengimbas tahap mental dan tekanan seseorang yang mampu mengukur sejauh mana kecenderungan orang tu untuk melakukan jenayah dan itulah yang dipanggil sebagai Psycho Pass. Bila scanner ni tadi mengesan sebarang ancaman automatically ia akan bagi signal stress level dan petugas khas (Inspector & Police) akan segera ke kawasan stress level tinggi ni tadi untuk mengangkap suspek and next will be put in rehabilitation. 


Tujuan rehabilition ni adalah untuk bagi peluang kepada individu tersebut untuk mengurangkan stress level dia. Decrease, you will be out but if not mereputlah dekat dalam tu haha. Sepanjang tempoh ini juga semua individu ni akan kena monitor untuk melihat sama ada mereka ada potensi untuk menjadi Enforcer - lebih kurang macam detektiflah kononnya.


Ada tiga watak utama dalam Psycho Pass ni iaitu Shougo Makishima (penjenyah utama), Shinya Kougami (Enforcer) dan Akane Tsunemori (Inspector). Dalam ceritanya ni mengisahkan tentang Akane yang baharu saja dilantik sebagai new inspector, kiranya jalan cerita tentang bagaimana dia adapt dengan dia punya new profession ni and how does she handle the case. Permulaan psycho pass ni okay cuma jujur aku katakan kurang minat watak si Akane ni haha bikin gerigitan sebab kadang aku rasa dia slow gila, not sharp thinking macam watak si Kougami, orang bawahan dia. Yang paling bikin panas tu part kawan dia dijadikan hostage oleh si Makishima, bagi akulah kan masa tu dia ada peluang pun untuk selamatkan kawan dia but she messed up and her friend end up dead.


Episode ke 20 anime ni, baru watak si Akane berfungsi sikit. Maksud aku barulah watak dia main peranan dan nampak apa yang dia buat even dia punya orang bawahan sekalipun, si Yayoi Kunizuka hujung-hujung cerita baru dia trust si Akane ni mampu buat kerja dia sebagai inspector. Sebelum tu hesyy betul-betul macam mau minta tampiling watak dia..eeii! 😤 Tapi ngamlah juga, sudah namapun new inspector kan hehe


Overall cerita dia okay and worth watching. Lepas ni mau tengok dia punya Season 2 and 3 pula. Aku curious apa yang akan terjadi dengan Sibyl System sebab bagi aku after tahu kebenaran tentangnya i just hope that by end of the series Sibyl System will be destroyed because its really unfair and destructive. Kenapa? Haa yang sudah tengok anime ni rasanya tahu sebab apa. Apa yang aku boleh katanya, dunia ni kalau terlebih canggih nda best juga. 


Rating: 7/10.


Till then. You guys stay safe and stay healthy. Don't forget to make someone smile today ya 😊

Comments

  1. sounds so interesting! i am gonna put this anime in the list

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nk komen dr mana..sbbnya shida xtgk pun citer ni hahaa ^_^

    ReplyDelete
  3. Anak akak dah tengok ke belum entah anime ni.Nanti nak rekemen kat kat dia kot2 belum tengok.menarik sinopsis nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okla la jugak ceritanya hehe sy rate 3/5 star..

      Delete
  4. rasa anime yang penah tngk Sailormoon / Sakura tuu..
    n SlamDunk kot.. mmg old school punya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tengok jugak sailormoon n sakura tapi suda lupa macam mana jalan cerita haha

      Delete
  5. lama tak tengok anime ni, asik layan budak2 tengok yokai watch je haa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasala kalau suda ada anak2 ni..mereka adalah keutamaan hehe

      Delete
  6. Macam menarik ni! Unik konsep anime ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugakla ceritanya tapi season 3 belum tengok lagi..busy tengok lain2 anime

      Delete
  7. akak mmg tak tau lah pasal anime ni. tp my first son mmg gilos bena dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kalau lelaki ni kalau minat anime dia bukan fan biasa tetapi otaku hehe

      Delete
  8. Banyak season ye. mesti best sambung sambung tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla hehe yg ni season 3 belum tengok lagi hehehe banyak betul anime in que konpius mau layan yg mana dulu haha

      Delete
  9. wah ada season2 jugak ni.. menarik bila jepun buat sistem canggih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..season 3 pun suda finished airing cuma belum tengok lagi.. season2 suda tengok n review suda draft tinggal mau publish ja hehe

      Delete