Saturday, September 28, 2013

My First BF


arwah ayah


My First BF | Salam sabtu semua dan selamat berhujung minggu hee. Handsome tak my first boyfriend? Hehe dia adalah lelaki pertama yang aku lihat tau dari zaman baby lagi sehinggalah aku umur 15 tahun sob sob sedih pula terasa. Korang percaya tak kalau aku kata ini la satu-satunya gambar arwah ayah yang family aku ada? Arwah memang tak suka bergambar tau, paksa la macam mana pun kalau dia kata tak nak maka tak nak la jawabnya. Tapi tak apa even tak ada gambar pun wajahnya tetap terpahat dihati :) 
 kalau rindu sedekahkan al-fatihah dan surah yasin untuknya

Kata-kata itu la yang selalu ku pegang. Sometime tu tengok orang lain bermanja dengan abah diorang rasa cemburu pun ada. Tapi aku bersyukur sebab masih ada ibu , alhamdulillah :) 
Buat korang-korang yang masih ada ayah dan ibu tu hargailah mereka, sayangilah mereka, peluklah mereka seeratnya, kucuplah tangan mereka, bermanjalah sepuasnya dengan mereka, buatlah apa saja yang mampu menggembirakan mereka selagi mereka masih ada.. 

with love~rrp.cik itah

11 comments:

  1. al fatihah..be strong be happy okay :) jangan bersedih kerana yang hidup pasti mati.yang masih hidup ni kena hargai sesama kita kan. ehem..belajar ape tu?

    ReplyDelete
  2. Ada juga gambar wlaaupun satu..boleh adik tengok bila terasa ingin.. jangan sedih ye.. Allah dah buat yang terbaik.. ayah meninggal awal tapi kasih sayang lain tak kurang...

    ReplyDelete
  3. Tersentuh hati . Alfatihah buat arwah ayah akak .

    ReplyDelete
  4. salam blogwalking. betoi, bila rindu menyapa hadiahkan mereka bacaan yassin & al-fatihah. inshaAllah. semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yg disayangi Allah

    ReplyDelete
  5. SAYA HANYA MAMPU MENGAMINKAN SEMOGA ROH BAPA AWAK DICUCURI RAHMAT.. AMIN...

    NAMUN, DOA YANG TERBAIK IALAH DOA DARI ANAK SENDIRI.. SESUNGGUH APABILA MATINYA SESEORANG TIADA APA YANG DAPAT MEMBANTUNYA DI DALAM KUBUR KECUALI :

    1. DOA DARI ANAK YANG SOLEH
    2. ILMU YANG BERMANFAT
    3. SEDEKAH JARIAH

    WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
  6. betol 2..hargailah mereka yg masih ada :) al-fatihah bt arwah ayah Itah..smoga rohnya ditempatkn dikalangan orang yg beriman..Amin..

    ReplyDelete
  7. cik itah tgh belajar ape tu??tak sabar nk tunggu isnin :P

    ReplyDelete
  8. kita sama yer dik...kehilangan ayah
    alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  9. Great beat ! I would like to apprentice while you amend your website,
    how could i subscribe for a blog site? The account aided me a
    acceptable deal. I had been a little bit acquainted
    of this your broadcast offered bright clear idea

    ReplyDelete