You are reading:
Irritant Contact Dermatitis

Irritant Contact Dermatitis

Posted on: Sunday, November 15, 2020

 

Contact Dermatitis

Yo there!


Pernah dengar Irritant Contact Dermatitis? Contact Dermatitis ni adalah salah satu daripada 7 jenis eczema dimana permukaan kulit timbul ruam-ruam merah dan gatal. Paling teruk bila kulit mula membengkak, jadi keras serta luka. Radang ni adalah disebabkan oleh sentuhan terus (direct contact) dengan perengsa. Keradangan kulit ni boleh jadi dekat kawasan tertentu dekat kita punya body part seperti tangan, siku, kaki, leher dan lain-lain tempat.


Jujurnya aku sendiri nda pernah tahu pun pasal contact dermatitis ni semua sampailah aku sendiri terkena hahaha. Kulit aku memang jenis yang sensitif tapi nda pernah sangka yang aku ada eczema. Semuanya bermula pada tahun 2019, time tu aku baru pindah tempat kerja dan bos aku pula berpindah ke pejabat baru so banyak kena kemas termasuklah buka carpet tiles dekat office lama so aku betul-betul terdedah dengan habuk and any other substances yang nda sepatutnya. 


Few weeks after that, certain part dekat badan aku mula gatal-gatal dan timbul ruam. Awalnya aku self medicate ja but then aku nda tahan sebab makin teruk so mau nda mau terpaksa juga bawa pergi hospital dan doctor sahkan yang aku terkena allergic. Tanya juga dengan doctor apa punca alahannya tapi doctor kata itu susah untuk dipastikan. Ianya boleh jadi sebab makanan atau direct contact with any substances yang kulit aku nda ngam. Terus teringat pasal buka carpet tiles dekat office lama so i guess that's the cause of my allergic.


Itu kisah 2019, 2020 ni pula beberapa hari lepas again with this ruam-ruam, gatal-gatal. Paling teruk bila part yang timbul ruam tu mula rasa sakit and burning. Serius kulit aku nampak macam betul-betul terbakar and scaly. Aku macam mau nangis pun ada so takda jalan lain aku bawaklah ke Klinik Sihat yang terletak di Indah Permai, Sepanggar. Kali ni doctor sahkan yang aku terkena irritant contact dermatitis, katanya ia boleh disebabkan oleh sabun badan, minyak wangi, detergent dan lain-lain dan aku teringat pasal detergent yang aku guna sekarang ialah brand yang baru lagi aku cuba. Nampaknya terpaksa tukar detergent lah macam ni huhu.


Serius kalau ada ezcema ni memang nda best, kulit jadi sangat-sangat sensitif. Sebelum ni pernah cuba losyen vaseline dan badan macam biasa gatal-gatal dan kulit mengelupas hukhuk. Buat masa ni aku stick pakai losyen Nivea memadangkan ianya sesuai dengan kulit aku dan tidak timbul radang. At same time juga aku guna aloe vera gel untuk legakan gatal-gatal pada kulit.


Pesanan aku buat mereka yang ada masalah eczema ni jangan garu kulit yang gatal tu untuk elakkan jangkitan bacteria dan jangan tunggu bila sudah teruk baru bawa ke hospital. Love your skin and protect it. 


That's all for my latest update and don't forget to make someone smile everyday. Stay safe!

Comments

  1. Semoga sembuh cepat.
    Memang saudara kena hati-hati perkara yang boleh buat ruam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..thank u NA :)
      Alhamdulillah after 2 days makan ubat makin ok suda skrg ni ^^
      stay safe ya..

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahah cant deny..been there done that lol spesis bantingal ni 🀭😂😅

      Delete
  3. ayyooo mesti tak selesa.. get well soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh huhu
      alhamdulillah hari ni last ambik antibiotik n suda makin ok :)

      Delete
  4. Itah..shida pun pernah kena tau! berapa tahun tahan sakit ni sejak 2015 sampai 2018..tp tahun 2018 tahun last mmg jaga betul kesihatan msa tu sbb nk kawen..sampai jumpa doc pakar kulit la ..kena refer..smpai la satu tahap kan rasa mcm betul2 dah pulih dan minta discharge dgn doc..doc ckp ini pertama kali patien minta discharge selama dia bekerja hahhaaa ^_^

    kena ekzima ni mmg byk betul mkn ubat..smpai satu time shida sndri tak lalu nk mkn huhuuu..serius!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..when it comes to skin takut gila huhu bukan apa kita as a women ni mmg kena jaga diri n banyak kena jaga hehehe sampai kdg rasa mcm complicated betul jd org perempuan ni lol

      Delete
  5. Banyaknya ubat T_T Alhamdulillah ok sikit bila dah makan ubat. Saya pon ada juga alergy, tapi makanan la. Cuma sampai skrg sangat susah nak detect makanan apa tu, lol. tahu2 je rasa mcm nak cabut je hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab makanan tu susah jugak sbb nda dpt detect kn..
      rugi kalau ada alergi makanan ni sbb banyak makanan sedap2 nda bole makan hehe

      Delete
  6. Boleh bayangkan camne rasa gatal tu. Mesti tangan berhenti nak menggaru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul huhuhu tapi bab rasa burning tu yg serius nda tahan
      tidur pun terganggu nasib baik sekarang semakin ok

      Delete
  7. Semoga cepat sembuh ya. Eczema ni mmg sensitif, tak boleh usik langsung. Kalau tak, jadi makin teruk & tinggal kesan parut

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u.. :)
      ya betul tu bila mula gatal sy sapu aloe vera gel tuk kurangkan gatal
      mmg kena jaga betul2 supaya x tinggal parut

      Delete
  8. Teman doakan tuan admin semoga cepat sembuh... rajin-rajin sapu ubat tu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u dear..alhamdulillah its gettin better now :)

      Delete
  9. My friend ada yg sakit sama macam ni and kalau kena panas sikit naik merah kulit dia. Lepas tu kalau salah makan jadi naik ruam macam terseksa je tengok dia menahan gatal. Kesian. Harap cepat sembuh. Rajin makan ubat and jaga makan k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang sangat2 menganggu aktiviti harian lagi2 bila suda timbul ruam tu.. Allahu..
      btw thank u^^

      Delete
  10. Memang kalau masalah alahan di kulit ni susah nak sembuh macam tu je. Akak sendiri dah dekat 3 tahun kena gegata . Pi klinik katanya sebab alahan habuk la apa. tapi sampai sekarang tak ok2 lagi. seminggu 2,3 kali kena makan ubat bila gegata muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal..
      kena sentiasa berpantang huhuhu
      dulu kulit sy x sensitif macam ni..last year ja baru start macm ni
      bertabah seja la kita kann :(

      Delete
  11. Carpet modern ni memang kuat bahan kimia dia supaya tahan lama.
    Take care dear. Moga cepat sembuh nya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tula pasal..
      Alhamdulillah sekarang ok cuma gatal tu pandai datang2 kena sentiasa jaga environment huhu

      Delete
  12. Hi dik, dah ok? Pernah kena juga sebab kulit sensitif dan end up doc confirmkan eczima. Pernah sebab cuaca sejuk then jadi tompok gatal then tak tahan pergi jumpa doktor. Dapat suntikan dan ubat. Next time pergi klinik pakar kulit dan minta ubat bebas steroid. Anak no dua dulu setahun menderita. Alhamdulillah beransur pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..
      terima kasih info nya sis, lepas ni bole la jumpa terus dgn pakar kulit

      Delete
  13. allahuakhbar.. x selesanya rasa kalau naik gatal2 tu..
    semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  14. Kalau dah mula menggaru tu yang payah nak stop tu kan. Semoga cepat sembuh Litah. Aaminn

    ReplyDelete
  15. memang derita kalau ada masalah kulit sensitif nie.. mkn nk kne jaga, kebersihan semua kne lebih ketat dr biasa.. semoga cpt sembuh yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tula pasal..
      alhamdulillah sekarang suda ok :)

      Delete
  16. Saya harap, Litah dah ok sekarang. Take care ye.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah dh sihat sejahteraa kan sekarang bahh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. sekarang suda ok ba kono hehehe

      Delete
  18. Eczema ni bahaya juga. kalau both parents ada confirm anak pun akan ada. huhu
    anak cousin gatal-gatal teruk betul.

    Take care, kena rajin jaga kulit

    ReplyDelete