You are reading:
Resepi Rasam

Resepi Rasam

Posted on: Saturday, November 7, 2020

South Indian Soup Rasam
Haipp lamanya aku nda share resepi masakan dekat blog ni and yes to be honest aku sudah lama nda memasak sejak masuk 2020 ni hahaha. And what's with this 2020 mannn..?? So many things happened beyond my expectation. Dengan Covid19 yang sekelip mata affected our financial dan ini sudah gelombang kedua, kes main naik dan terus naik huhu. Aku masak time raya itu hari first time mak aku tegur aku masak nda sedap hahaha biasa mak aku suka ja masakan aku dan tahun sebelum2 pun aku juga yang masak time raya cuma entah raya tahun ni aku sendiri akui masakan aku itu hari memang nda sedap lol macam kebanyakkannya yang jadi tahun ni hambar huhu , lepas tu tiba-tiba pula raya pertama tu banjir (FYI, kampung aku tahun ni ja nda terkira berapa kali sudah banjir). Tu belum lagi hal-hal lain yang Allah sahaja tahu betapa struggle nya kita melalui apa yang kita lalui. Some kind of tragic huh? Tell me about it 😌✌️

Apakah rasam? Rasam ialah sup herba dimana resepi asalnya adalah dari Selatan India. Sup yang rasanya pedas-masam-manis ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ianya boleh membantu proses pengeluaran toksin melalui peluh dan mempercepatkan metabolism tubuh juga tinggi kandungan antioksidan untuk mengelak radikal bebas. Rasam juga bersifat anti inflamasi yang disebabkan oleh bakteria dimana ianya boleh membantu menyembuhkan luka di dalam badan kita. 

Resepi ni dikongsikan oleh rakan sekerja aku dan sebenarnya ni kali pertama aku dengar dan rasa. Not bad, dia punya taste tu more to sour and spicy just like my taste. Oh.. maksud aku, aku suka makanan yang rasanya masam-masam pedas ni. Favorite!

Bahan-bahan;
  • Kayu manis*
  • Bunga lawang*
  • Bunga cengkih*
  • Lada hitam*
  • Halia*
  • Jintan Manis*
  • Jintan Putih*
  • Bawang putih*
  • Limau
  • Daun ketumbar
  • Cili kering
  • Daun kari
  • Rasam powder Babas
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk Cili
  • Garam
  • Asam Jawa
  • Tomato
  • Biji sawi

Cara-cara menyediakan rasam;
  1. Gaul air perahan asam jawa dan tomato bersama serbuk rasam, serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan ketepikan.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan daun kari
  4. Masukan bahan yang telah dikisarkan dan kacau seketika sehingga garing / naik bau dan masukkan sedikit garam.
  5. Masukkan air campuran dan biar sehingga mendidih.
  6. Masukkan daun ketumbar dan siap!

Mudah dan ringkas sahaja resepinya. Sup rasam ni boleh juga di pelbagaikan dengan menambahkan sayur atau ayam dan ikan. Aku masak tu hari aku buat dua jenis rasam. Satu sup ringan macam resepi ni dan satu lagi aku letak ikan, sayur terung dan kacang bendi and yes both is tasty so give it a try okay!

Comments

  1. Masakan india yang paling akak suka.kena dengan tekak melayu..kan?? rasa macam2 tu, siap boleh hirup kuahnya. Makan nasi siap bertambah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak kan.. sy suka makan dgn nasi beriani taruh kuah kari n hirup rasam fuhh..sedap gila!

      Delete
  2. Teringat Eina Azman selalu masak ni untuk husband dia kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nda pasti pulak dear, sy x follow tapi best kan tengok video masak2 ni hehe

      Delete
  3. Replies
    1. kann..nda familiar sungguh kn tapi serius sedap n sihat

      Delete
  4. Replies
    1. cubala nanti..ni kena dengan tekak melayu kita hehe
      makan dgn nasi beriani atau nasi putih lauk kari memang sedap

      Delete
  5. ohhh kawan indian kite selalu masak ni hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah rasa? hehe
      sy pun first time rasa itu hari pun kawan tu yg bawak..dia india asal dari chenai tp kerja dekat sini. mula2 dengar pelik jgk apa benda rasam2 dia sebut ni haha

      Delete
  6. rasam ni sedap kan my mom make it haritu , masih teringt rasa dia . Makan panas panas baru enak kan . Kalau demam pun boleh makn ni selain sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul! kalau tgh demam or flu memang ngam!

      Delete
  7. rasam ni , makan dgn papadom, sedapnyaa!!!! mama i selalu masak at least once a month :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius memang sedap dan sebab dia sup herba so bagus tuk kesihatan

      Delete
  8. Menarik. Thanks for the info. Tak pernah tau pula kewujudan rasam ni. uhuk~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha sy pun 29thun ni.. baru tahu jgk rasam ni haha

      Delete
  9. pernah makan tapi tak pernah masak heheheh... sedap sebab segar penuh herba

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la masak nanti hehe
      betul.. khasiat dia bagus

      Delete
  10. Shida tak pernah lg cuba mkn or masak..
    Boleh cuba nnt..itah tq sharing resepinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubala nanti ya.. mmg ngam dgn tekak melayu kita hehe

      Delete
  11. Samalah kejadian kita ni pada raya pertama. Sebelah petang raya pertama fikir2 baru nak jadi Ular sawa tidur sebab syok hujan mula turun hujan lebat.suami hati tak senang sekali Intai tu longkang sudah melimpah. Tergesa-gesa panggil orang tua sudah sangat lena tidur. Habis air masuk juga dalam rumah. Jadi kena penat pula mengemas masa hari Raya.
    Mula-mula ingat resepi laksam hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haru kan banjir x disangka hehe
      ohh kalau laksam sy fail lagi tu haha

      Delete
  12. Macam sedap je... tapi, teman tak pernah lagi rasa sup rasam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap hirup makan dgn nasi panas2 dgn lauk kari wahh mmg ngam!

      Delete
  13. Saya pernah cuba tapi tak kena dengan tekak..

    ReplyDelete
  14. satu kelainan bila mencuba rasam, sup herba n rempah versi india. mesti berkhasiat utk mrka yg demam...

    ReplyDelete
  15. saya pernah rasa sekali ada kawan masak sebab dia pun sangat suka rasam.. dia cakap kalau rasa badan x sihat tanda2 awal nak demam tu cepat2 makan rasam sngt elok..

    ReplyDelete
  16. mak mentua saya selalu buat.. dari situ la kenal rasam ni..

    ReplyDelete
  17. masakan kegemaran org penang ni.. FIL suka sgt

    ReplyDelete
  18. Macam pernah dengar rasam tapi tak tahu the exactly dish dia macamana. Sedap juga tu sup masam pedas.

    ReplyDelete
  19. Akak pernah rasa, tapi tak pernah masak. Yang akak rasa tu, pedas sangat, berpeluh terus, dan rasa herba yang kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa mungkin terlebih cili tu atau sememangnya org yg masak tu suka pedas2

      Delete