You are reading:
Sihir VS Buatan Orang II

Sihir VS Buatan Orang II

Posted on: Sunday, February 12, 2017


Sihir VS Buatan Orang II


Sihir VS Buatan Orang II | Sebelum ini aku pernah berkongsi cerita mengenai sihir atau buatan orang. Kalau korang perasan dekat popular post blog ni entri tu lah paling mendapat tempat. Apa yang best sangat entri tu aku sendiripun tak tahu. Tak pernah lapuk ditelan zaman sebab sehingga ke hari ini entri itu juga yang paling popular di blog ni. Search keyword pun mostly pasal sihir sedangkan aku cuma publish satu entri sahaja mengenai sihir ni. So aku putuskan untuk sambung topik yang sama tetapi kali ini aku kongsikan kisah orang-orang terdekat aku yang pernah terkena buatan orang. 

Amaran penulis untuk pembaca. Korang boleh percaya dengan sihir, buatan orang ni semua sebab dunia lain selain dunia kita memang wujud (dunia jin, syaitan etc) but please jangan terlalu obses. You know what i mean..right? 


Kisah Pertama

Sihir semaieh. Bukan orang lain tetapi aku sendiri. Kalau korang pernah baca entri sihir vs buatan orang sebelum ini rasanya korang tahu pasal ni. Semuanya terjadi semasa aku meneruskan semester ketiga aku di politeknik. Bermula dengan kemunculan satu jerawat di dahi aku, hari demi hari makin bertambah. Penuh satu muka sampai merebak ke leher aku. Kawan-kawan tanya, family tanya. Kenapa dengan muka? Aku tak tahu nak jawab apa. Benda tu gatal dan panas. Aku tak mampu tengok wajah aku di cermin sebab tiap kali tengok cermin aku jadi takut. 

Mulanya aku pendam ja sebab aku ni bukan jenis yang suka luah segala masalah dengam family. Makin lama makin aku tak tahan. Akhirnya aku mengadu dengan kakak aku segala yang aku rasa pasal 'jerawat tu'. Mak aku bawa aku pergi berubat dengan seorang pak cik ni tapi bukan bomoh ya sebab aku berubat ikut cara islam. Apa yang aku tahu pak cik tulah yang sembuhkan mak cik aku yang terkena sihir lontong. Alhamdulillah selepas dibawa berubat jerawat tu beransur-ansur hilang. 

Pak cik tu pernah kata orang tu dekat dengan aku dan dia juga pesan untuk rendam semua tudung aku dengan air panas. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Apa yang aku tahu semuanya disebabkan perasaan dengki dan sakit hati. Aku tak nak ambik tahu pun siapa yang buat aku tapi mungkin Allah nak tunjuk siapa 'dia' yang sebenarnya. Disebabkan hal tulah aku takda istilah "kawan baik" dalam hidup aku. Aku bergaul dan berkawan dengan semua orang tapi aku tak pernah rapat dan percaya dengan sesiapa lagi-lagi dengan kawan perempuan. Aku tak kata kawan baik perempuan tu teruk, aku cuma fobia.


Kisah Kedua

Sihir lontong. Terjadi di kalangan ahli keluarga aku juga tapi aku tak tahu dengan mendalam pasal ni. Apa yang aku tahu dia terkena sihir lontong dimana perutnya membesar macam orang mengandung. Buang air besar, air kecil tak boleh. Even sendawa dan kentut pun tak boleh. Perut dia terus membesar. Keluarga aku hampir berputus asa sebab sihirnya terlalu kuat untuk dirungkai. Dia berdepan dengan kematian tapi Allah panjangkan umurnya dan alhamdulillah kini dia sihat wal afiat, sudah bercucu pun. 

Menurut cerita yang diceritakan kepada aku, ada seorang mak cik ni tak suka anaknya berkawan dengan dia. Mak cik tu upah orang ketiga untuk kenakan si dia ni. Paling mengejutkan bila kawan dia sendiri sanggup khianati dia disebabkan 'upah' tu. Wow !

Kisah Ketiga

Sihir demam. Aku sendiri tak tahu ini jenis sihir apa, mungkin sihir biasa. Apa yang aku tahu anak buah aku masa tu baru masuk tiga tahun. Demamnya tak pernah kebah, bawa pergi hospital doktor kata takda apa yang seriuspun. Siang dia nampak normal, badannya langsung tak panas. Tetapi setiap kali selepas sahaja waktu maghrib panas badannya akan naik dengan mendadak. Lebih dari dua minggu dia ditahan di wad, makin susut badannya. Keadaannya tetap sama. Allah, remuk hati tengok keadaan dia macam tu. Akhirnya kami bawa dia berubat di kampung dan disitulah terungkai segalanya..

Rupanya ada seseorang yang telah menghantar sihir dengan anak buah aku. Yang dibenci ibunya tetapi anak yang menjadi mangsa. Budak yang baru umur tiga tahun terkena sihir. Bunyinya memang merepek tetapi itulah hakikatnya. Paling menyentuh hati aku masa aku datang melawat dia sehari setelah dia dibawa berubat, dia seolah-olah baru tersedar dari dunia lain. Terketar-ketar tangannya meminta bubur disebabkan terlalu lapar. "Umi..lapar", pintanya dengan ibu dia. Bayangkan budak tiga tahun dua minggu tak makan, kau rasa macam mana keadaannya? Alhamdulillah sekarang dia sihat..tahun ni tahun pertama dia bersekolah tadika.


Kisah Keempat

Sihir santau. Terkena dengan seseorang yang sangat bermakna dalam keluarga kami, seseorang yang sangat penting yang kami sayang. Dia tak pernah bercerita tentang sakit dia dan kami tak pernah sangka sakitnya disebabkan buatan orang. Kami cuma terfikir mungkin sakit tua. Dia pernah ditahan di wad hospital seminggu dua lepas tu discharged dan dia back to normal. Dia langsung tak menampakkan apa-apa tanda sehinggalah suatu hari dia terlantar tak boleh berdiri. Ada juga kami bawa berubat kampung tapi tak dapat kesan sehinggalah kami menghubungi atok kami yang tinggal di KM tapi sayang kami terlambat. Suatu hari dia koma dan dikejarkan ke hospital. Dia menghembuskan nafas yang terakhir didepan mata anak dan cucunya. That day is so heartbreaking.

Kalaulah kami tidak terlambat mungkin ada harapan untuk atok hidup sehingga kini. Tapi takdir Allah kita tak dapat lawan. Dialah Yang Berkuasa. Apa yang aku tahu atok termakan sihir santau sehingga memakan organ dalamannya. Muntahnya bercampur kaca halus. Poor him :(

Nota dari penulis.

Apa yang aku cerita dalam entri ni terpulang pembaca untuk menilai. Aku tak paksa sesiapa untuk percaya sebab aku tahu ada yang tak percaya dengan benda ni semua. Aku bukan obses tapi apa yang aku ceritakan memang benar-benar terjadi. Aku dulupun tak percaya dan pandang remeh benda ni semua hinggalah aku sendiri terkena dan rasa bagaimana rasanya bila terkena buatan orang. It's so hard to explain. Jangan pula terlalu obses sehingga apa sahaja sakit yang menimpa keluarga kita, kita rasa itu sihir atau buatan orang ya. Pikir positif.

Kisah ketiga, kami sekeluarga hampir tejebak untuk pulangkan balik sihir tu dengan tuannya. Tapi atok aku dari KM datang dengan pesannya;

"bila orang terjun neraka, biar dia terjun. Jangan kita terjun sekali dengan dia".

Comments

  1. Wkmsalam.
    Mudah2an kita dijauhi dan diselamatkan daripada gangguan amalan khurafat tersebut.

    ReplyDelete
  2. seram juga irda baca kisah cik itah..tak sangka di zaman ini masoh ada org kita yg suka menghantar sihir ni ..mcm xtakut hukuman Allah kerana syirik padaNya

    ReplyDelete
  3. Zaman berubah makin maju tapi masih ada manusia yang mengamalkan sihir ni. Tak faham sungguh dengan orang camtu. Dosa yang ada pun tidak tertanggung, bagaimana nak tanggung dosa buat orang? Haih.

    Family siqah pun ada terkena buatan orang. 3 orang pernah kena. Betul cakap cik itah. Bagaimana sakit hati pun kita dengan orang yang hantar sihir pada kita, biarkan. Jangan sesekali pulangkan kembali. Jangan samakan kita dengan dia..

    ReplyDelete
  4. seriau akak nengok gambo tuh dik oi... jgn mimpi udah huhuhu

    nk ckp psl sihir nih, walaupun di zaman serba moden nih, sebenarnya msh ramai yg mengamalkan

    akak percaya sihir, santau ni ada sbb family akak pernah kena... atuk, mak, makcik2 akak penah terkena... mmg kalau di fikirkan tak sangka dlm dunia moden ni ada lg org nk buat...
    tp hati manusia mana lah kita tau kan

    ReplyDelete
  5. Sihir nie memang ada walaupun zaman dah makin moden.. sebab manusia ini selagi dengki beraja di hati dan bertuhankan nafsu memang takkan pernah senang melihat orang lain senang.. Kita kena sentiasa berhati-hati dan meminta pertolongan Allah..
    Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah..

    ReplyDelete
  6. sihir ini syirik kerana berdamping dengan syaitan.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua dilindungi Allah dari perbuatan sihir dan sebagainya

    ReplyDelete
  8. Aduii seram pulak baca cerita2 tu.. Mintak dijauhkan semua ni dari kita..

    ReplyDelete
  9. byknya jenis sihir ni kan. sapalah yg sanggup buat benda syirik mcm ni. phew

    ReplyDelete
  10. nice share.. dunia ghaib ni setiap org ada pndangan masing2..

    ReplyDelete