You are reading:
Resipi Ampap Ikan Basung

Resipi Ampap Ikan Basung

Posted on: Wednesday, December 30, 2020

ikan ampap



Resipi Ampap Ikan Basung | Kali ni aku kongsikan pula resepi ikan basung masak ampap. Makanan ni popular di kalangan penduduk Sabah, kalau nda familiar dengan resepi ni bukan orang Sabah tu kono. Kidding. Tapi aku rasa ikan ampap ni lebih terkenal dekat kawasan Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. Tempat lain aku sendiri nda sure sebab lain tempat lain dia punya makanan yang popular, mungkin ada juga tapi namanya mungkin lain. 

 


FYI, resepi ni based on aku punya resepi sendiri. Bahannya slightly different but basically ianya tetap sama. Sebelum ni aku pernah kongsikan Resepi Ikan Basung Rebus Kuning which is kalau dekat Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan nama ikan singgang. Sebenarnya lama sudah aku mau kongsikan resepi ni tapi disebabkan mood memasak aku kelaut so kali ni baru dapat kongsi. 2020 ni memang jarang ba kono aku masak entah sampai ka tidak 10 kali lol teruknya lahaiii 😂😂


Bahan-bahan (bahan utamanya sama seperti ikan rebus kuning tu iaitu ikan basung) ;

  • Ikan basung a.k.a ikan sardine
  • 1-2 cawan/gelas kecil air putih
  • Tomato (boleh juga digantikan dengan asam keping/gelugur)
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada putih / cili api
  • Serbuk kunyit (kunyit hidup lagi better dan sedap)
  • Serai
  • Daun bawang, bunga kantan (optional untuk menggantikan daun kunyit)


Cara-cara;

  1. Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, cili api, kunyi hidup dan ketepikan.
  2. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan ikan, bahan tumbuk, tomato dan serai yang telah diketuk. Jika menggunakan lada putih dan daun kunyit masukkan juga sekali.
  3. Masukkan perasa dan tutup periuk. Perlahankan api dan biar selama 5 - 10 minit.
  4. Selepas itu masukkan daun bawang dan bunga kantan, biarkan 1-2 minit sehingga masak dan siap!

 

lada putih dan daun ganda


Gambar diatas tu adalah antara bahan yang aku guna kecuali sawi tu hehe. Sebelah kanan adalah daun bawang yang aku guna, orang Kota Belud biasa sebut daun ganda ja. Nda pasti kalau ada nama lain selain daun bawang / daun ganda.


Tips untuk masak ikan ampap

  1. Suka aku mau ingatkan lagi sikit airnya lagi sedap hasilnya. Boleh juga kalau mau simpan kuah atau lebihkan kuahnya tapi basically ikan ampap ni adalah ikan yang dimasak dengan sedikit air ataupun tanpa kuah. Air tu hanya untuk bagi dia masak ja. So lagi sikit air lagi pekat dan sedap rasanya!
  2. Kalau mau ada kuah boleh ja lebihkan air tapi nanti bila ikannya sudah masak dan sudah masukkan semua bahan, rasa pun sudah okay..kau kurangkan ja kuahnya (asingkan letak dalam bekas lain). Nanti masa mau makan hidanglah sekali.
  3. Gunakan kunyit hidup dan letak daun kunyi. Ini untuk bagi aromanya lagi menyelerakan, rasa pun lagi sedap.
  4. Lebihkan sikit garam supaya tahan lama (2-3 hari) dan cili api. Kalau aku memang suka makan pedas so memang banyaklah cili api atau lada putih yang aku guna.

 
*biasa kalau masak ikan ampap ni nda perlu potong pun ikannya tapi aku potong sebab periuk aku kecil comel ja haha biasalah kalau orang bujang ni, makan pun sorang-sorang so masaknya pun sikit-sikit tu pasal periuknya kecil, lagi senang 😄

 

Kalau tidak tahu apa itu ikan basung atau ikan sardine boleh rujuk dekat entri Ikan Basung Rebus Kuning tu. Di sana aku ada selitkan sekali gambar ikannya. Ikan basung tu antara ikan yang selalu kau akan jumpa dimana-mana sebab ikan tu memang popular di Sabah ni, plus harga pun standard tapi biasanya harga sekilo hanya sekitar RM6 - RM13. Kalau memang masa tu ngam-ngam musim ikan basung nahh..RM2 - RM4 sekilo pun ada.

Comments

  1. waaaaaa thank you sharing resepi.. tak pernah lagi rasa masakan ni.. nanti nak suruh my mom cuba.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubala nanti ya..mana tau kena dengan selera atie 😊😊

      Delete
  2. Suka lauk begini rasa macam menyihatkan. Betul pedas menambah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann lagi pedas lagi sedapp n berselera mau makan 😋😋

      Delete
  3. Tak pernah tahu nama ikan basung
    Rupa2nya ikan sardin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saja kekalkan sabahan style bagi dia unik sikit 😂😂

      Delete
  4. wah sedap tuu...nanti boleh cuba. Macam masak pindang, ada rasa masam, pedas...ahhh terliur sudah

    ReplyDelete
  5. daun bawang tu kalau belah sini dipanggil lokio, ada juga kawan belah sarawak panggil losun... akak suka ubi dia tu sedap masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh dia ada ubi ya.. baru tahu sebab biasa beli yang siap potong suda, nda pernah tanam pun hehehe

      ganda, lokio n losun.. unik namanya ya

      Delete
  6. seronok baca lgi Itah ni sbb apa tau..mcm2 resipi org sabah yg sis tak tahu..ikan basung pun x penah tgk..Itah..bagaiaman keadaan di Sabah..semoga semua terhindar dari covid ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sis jm lamanya menghilang huhu ingat senyap terus mcm few rakan blogger senyap sampai skrg..rindu jgk mau baca penulisan dorg.

      alhamdulillah sy sihat ja akak, harap sis pun sihat2 ja^^

      Delete
  7. kah kah kah ikan basung ikan sardin ke patut nampka serupa tp pelik pesal nama lain..rupanya sama cisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha adik beradik ja tapi actually ikan basung ni ada dua jenis..yg satu yg biasa yang satu lgi femes dgn nama ikan sardin. ada sedikit perbezaan rupa sebenarnya tapi kalau sekilas mcm sama ja xD

      Delete
  8. Replies
    1. Its sabahan food kaksyaz hehe thats y la hehehe

      Delete
  9. masa duduk di Papar dulu pernah makan ambuyat berlaukkan ikan basung singgang gini dgn daun katong. terkial2 nak guna penyepit tu. what a memory!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha susah kan pakai penyepit tu sy sampai skrg nda pandai kahkah pakai suda n garpu ja janji masuk mulut 😂😂

      Delete
  10. rabia tak pernah makan lagi ikan basung ni tq for share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 cuba la nanti mana tahu Rabia mau try masak 😁

      Delete
  11. tgk pun sedap tu.. tak pernah makan..

    ReplyDelete
  12. Iya.. kalau teringin tu memang kena masak sendiri la sbb jarang orang jual dkt restoran pun kadang2 ja ada

    ReplyDelete
  13. cili warna kuning/putih? first time dengar nama ikan. mungkin di semenanjung nama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cili putih.. di Sabah ni femes tu hehehe
      Rasanya ada ja dekat sana cuma namanya lain 😁

      Delete
  14. Replies
    1. Anies datang sini..sy masakkan utk anda hehehe 😄😊

      Delete
  15. Seronok baca ni sebab boleh belajar vocab Sabah. Hehe. Masak singgang saya guna cara basic je. Pemalas sikit bab masuk dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bole phm jgk kn sbb sabahan sy nda pekat mana pun.. sy guna bahasa basic ja dkt blog ni supaya org senang phm hehehe

      Delete
  16. first time saya dengar nama menu ni.. menarik..

    ReplyDelete
  17. Ohh macam masak singgang ye. Tapi ni kira versi kering gitu. Sedap jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fizah tryla nanti bagi dia pedas2 sikit fuhhh nyaman!

      Delete
  18. Belajar benda baru hari ni. Ikan basung adalah ikan sardin. Akak tak pernah masak cara macam ni. Macam singgang, tapi tak banyak air. Boleh cuba. :)

    ReplyDelete